Tag Archives: Kisah Masyarakat

Teks untuk Podcast 25 Oktober 2016

Podcast tersebut merupakan rakaman audio sebuah rencana yang diambil daripada majalah Mingguan Wanita bertarikh 26 Ogos 2016 dan teks asalnya adalah seperti berikut:

Kisah Masyarakat

Farhan takkan berhenti selagi Amna dan Amni belum boleh berdikari

Farhan Takkan Berhenti Selagi Amna & Amni Belum Boleh Berdikari
Memiliki anak yang sempurna sifat adalah impian setiap ibu bapa. Anak adalah zuriat penyambung warisan. Tetapi tidak semua yang diimpikan itu menjadi kenyataan.
Farhana Mohd Sharipoddin dan suaminya Zairol Hisham Hisham Abu Hassan redha dengan ketentuan Ilahi. Pasangan suaml-isteri yang menetap di Seri Manjung, Perak memiliki tiga orang cahaya mata. Dua perempuan dan seorang lelaki.
Cabaran awal dalam kehidupan berkeluarga pasangan ini bermula apablla anak sulung mereka Amni Najihah didiagnos mengalami sindrom Dandy Walker. Kemudian, apabila anak ketiganya, Amna Raihanah dilahirkan, doktor mengesahkan bayi perempuan mereka itu mengalami sindrom Joubert. Amni Najihah kini berusia lima tahun. Manakala Amna Raihanah berusia 2 tahun. Mereka bersyukur anak kedua mereka sihat dan normal.
Amni Najihah dilahirkan di Hospital Ipoh, Perak pada 2 Januari 2011. Dia telah didiagnos mengalami sindrom Dandy Walker sejak dalam kandungan lagi. Sindrom Dandy Walker merupakan satu keabnormalan pada bahagian otak yang melibatkan otak kecil dan ruang yang berisi cecair di sekitarnya. Sindrom ini merupakan satu gangguan genetik yang jarang berlaku dan dianggarkan berlaku sekitar 1 : 300, 00 kelahiran hidup.
Manakala Amna Raihanah yang dilahirkan pada 4 Ogos 2014 didiagnos mengalami sindrom Joubert sewaktu dilahirkan. Amna sukar untuk bernafas dan menyebabkan wajahnya berwarna biru pada awal kelahiran.
Dia telah dimasukkan ke dalam wad NICU selama 42 hari. Dia diberikan bantuan pernafasan kerana dia kerap lupa untuk bernafas (apnea) pada awal kelahirannya. Amna pernah disahkan telah tiada pada hari ke-24. Pada waktu itu dia di wad ICU. Namun dia dapat diselamatkan setelah CPR dilakukan.
Kemudiannya setelah MRI dilakukan, Amna disahkan mengalami sindrom Joubert iaitu salah satu gangguan genetik yang sangat jarang berlaku. la memberi kesan kepada otak (kawasan otak yang mengawal pernafasan, keseimbangan dan koordinasi), Sindrom Joubert dianggarkan berlaku dalam 1 : 100, 000 kelahiran.
Agak sukar kehidupan kedua-dua anak Farhana ini. Kesan kedua-dua sindrom ini melibatkan keabnormalan bahagian otak.
“Keadaan ini sekali gus mengganggu perkembangan mereka. Ciri-ciri yang paling ketara ialah kekurangan kawalan otot, hypotonia(lemah otot/lembik), perkembangan mata yang tidak normal serta juga menjejaskan pertuturan mereka,
“Kedua-duanya masih belum boleh bercakap, duduk mahu pun berjalan. Amna lebih memerlukan penjagaan rapi lika dibandingkan dengan Amni. Sebabnya Amna mempunyai sawan dan kerap lupa bernafas pada awal kelahirannya.”
Tiada Rawatan Khusus
Hati ibu bapa mana yang tidak terkesan apabila melihat dua anak terlantar. Tidak mampu menguruskan diri. Bukan saja fizikal perlu kuat tetapi emosi dan rohani juga harus tabah mengharungi ujian Allah ini. Farhana sungguh bertuah mendapat suami yang ringan tulang dan sering membantunya menguruskan anak-anak di rumah.
“Bantuan suami untuk memandikan anak, memberi makan dan sebagainya dapat meringankan tugas saya di rumah. Hal ini kerana semuanya memerlukan kekuatan fizikal oleh kerana si kakak (Amni) yang semakin membesar.
“Oleh kerana saya bekerja sebagai seorang guru dan suami seorang tentera, saya terpaksa menghantar anak-anak ini di sebuah taska yang berhampiran dengan rumah. Setiap pagi, dengan bantuan suami kami akan menyiapkan anak ini mandi dan menyusukan dulu sebelum hantar ke taska.
“Alhamdullllah ada taska yang sudi menjaga kedua anak ini sepeninggalan saya di tempat kerja. Kebiasaannya pada pukul 2 petang saya akan mengambil anak-anak sejurus balik dari tempat kerja. Secara rutinnya saya membawa mereka untuk temu janji hospital di sebelah petang dan rawatan alternatif di hujung minggu.”
Berkaitan dengan rawatan untuk anak-anak sepertf ini tidak ada rawatan khusus yang diperlukan kerana ia melibatkan genetik.
“Apa yang saya buat ialah berusaha agar mereka boleh berdikari seperti boleh duduk berjalan dan tidaklah terlantar seperti sekarang. Antara rawatan yang saya lakukan seperti Fisioterapi, Cara kerja, Stimulaterapi, Hidroterapi, Urutan, dan Rawatan Saraf.
“Saya juga mendaftarkan mereka di PDK (Pengkalan TLDM Lumut) serta mendaftarkan mereka di PKOC Manjung bagi mendapatkan rawatan fisioterapi setiap minggu. Selain mendapat rawatan di klinik pediatrik di hospital Manjung, mereka juga dirujuk di hospital Kuala Lumpur di bahagian genetik.
“Penting untuk mereka sentiasa follow up periksa darah bagi mengenal pasti fungsi organ masih dalam keadaan baik kerana sindrom ini boleh mengganggu fungsi buah pinggang dan hati. Selain itu, sampel darah mereka juga diambil untuk dibuat kajian penyelidikan di Rome, ltali bagi mengenal pasti kesilapan genetik yang berlaku. Lagi pun sindrom ini merupakan keadaan yang jarang berlaku.”
Kos untuk rawatan alternatif juga mencecah ribuan ringgit Selalunya untuk menampung kos rawatan ini Farhana menggunakan duit sendiri dengan cara menabung sikit demi sedikit.
Kumpulan Sokongan Facebook
Kumpulan sokongan amat penting bagi ibu bapa yang memiliki anak-anak istlmewa ini. Farhana dan suami tidak terkecuali mencarinya.
“Bila mula memiliki anak syurga sudah tentu kita buntu, sedih dan tercari-cari alternatif rawatan untuk mereka. Oleh yang demikian kumpulan sokongan sangat membantu untuk kita berkongsi rasa, kisah duka lara, rawatan yang oleh diambil dan sebagainya.
Antara kumpulan sokongan tersebut ialah grup super angel ataupun MOMS (moms on missions) yang boleh di dapati di Facebook. Kumpulan sokongan seperti ini banyak menganjurkan perjumpaan tahunan bagi meraikan anak syurga ini selain membantu saya mencari rawatan terbaik untuk anak-anak.
“Oleh kerana sindrom ini sesuatu yang jarang berlaku saya juga berusaha untuk menyertai grup ibu bapa dari luar negara di Facebook. Belajar dan ketahui dengan lebih terperinci tentang kedua-dua sindrom ini. Di samping itu, kami juga boleh berkongsi pengalaman.
“Memiliki dua anak syurga bukanlah sesuatu yang mudah. Namun saya suka melihat dari sudut positif kerana ia merupakan satu anugerah dari Allah. Harapan saya sebagai seorang ibu agar mereka sentiasa sihat, banyak perkembangan positif dari hari ke hari. Sokongan daripada pihak kerajaan dan orang awam juga penting bagi menyokong anak-anak ini untuk terus maju di masa hadapan.”
Anda boleh menyumbang kepada keluarga ini dengan menghulurkan bantuan pada akaun Maybank 158305294818 di bawah nama Farhana Mohd Sharipoddin.

Teks untuk Podcast 2 Oktober 2016

Podcast tersebut merupakan rakaman audio sebuah rencana yang diambil daripada akhbar Utusan Malaysia bertarikh 22 September 2016 dan teks asalnya adalah seperti berikut:

Kisah Masyarakat

Rasaidi Tow enggan hidup susah lagi

Satu ketika dahulu, Rasaidi Tow Abdul Rashid Tow, 40, pernah berdepan ujian sukar apabila salah seorang anaknya yang dilahirkan tidak cukup bulan, menyebabkan dia terpaksa berulang-alik ke Hospital Kajang dari rumahnya di Semenyih, Selangor, selama 32 hari dalam proses mendapatkan rawatan.

Ekoran keadaan mendesak, dia dan isterinya, Noraini Abdullah, 40, terpaksa berhutang dengan ah long sebanyak RM2,000 dan perlu melunaskan hutang berkenaan sebanyak RM45 sehari. Jika tidak dilakukan demikian, bimbang peratus faedah akan lebih banyak dikenakan atau perkara buruk lain berlaku.

Walaupun diburu rasa kesal kerana terpaksa berhutang, namun dia tiada cara lain demi menyelamatkan nyawa anaknya serta perlu menyediakan keperluan keluarga.

Ketika itu, dia menanggung tujuh orang anak dengan pendapatan sebagai penjual alat permainan di pasar malam dan memperoleh pendapatan yang kecil.

Namun, rezeki Allah tidak mengenal hambanya apabila dia mendapat tawaran berniaga di sebuah tapak festival dan beroleh sedikit keuntungan membolehkan dia membayar kesemua hutang ah long.

Sejak dari itu, Rasaidi Tow dan isterinya nekad tidak mahu berhutang lagi.

Bersandarkan kemahiran memasak isterinya, mereka cuba berniaga gerai makan kecil-kecilan bermula di bazar Ramadan dan pasar malam sekitar Semenyih, Selangor.

Atas keprihatinan rakan-rakan yang melihat kesusahan Rasaidi Tow, mereka menyuruhnya meminta bantuan zakat dari Lembaga Zakat Selangor yang membolehkan dia menerima bantuan di bawah kelompok asnaf sejak 2011.

Menurut Rasaidi Tow, detik perubahan hidup keluarganya bermula pada tahun yang sama apabila lembaga zakat itu bersetuju memberikan bantuan modal sebanyak RM3,000 bagi memajukan perniagaan gerai makan itu.

“Selepas saya menerima bantuan kewangan, permohonan saya untuk memiliki lori Usahawan Zakat Selangor pula diterima. Saya turut mendapat bantuan barangan bernilai RM9,000 termasuk dapur, pengukus dan dapur tungku pada awal tahun lalu.

“Saya dibantu sepenuhnya oleh Lembaga Zakat Selangor, semua peralatan gerai makan ini adalah duit zakat. Sebab itu saya berniaga bersungguh-sungguh dan niat saya adalah untuk membantu keluarga. Saya mahu anak-anak dapat bersekolah dan jadi orang berguna,” katanya.

Rasaidi Tow yang kini telah mempunyai 11 orang anak mengakui bantuan zakat merupakan pertolongan utama yang diterima dan digunakan sebaik-baiknya untuk keperluan keluarga termasuk menampung pendidikan anak-anak, bayaran sewa rumah serta perubatan.

Jelasnya, gerai makan yang dibuka setiap hari kecuali Isnin, memastikan dia dan isterinya perlu membuat persiapan seawal 6.30 pagi, kerana gerai perlu dibuka sepenuhnya pada 10.30 pagi.

Tambah lelaki itu, dalam soal penjagaan anak-anak di rumah sepeninggalan mereka berniaga, anak-anak yang agak dewasa akan bergilir-gilir menjaga adik-adik mereka yang masih kecil sebelum ke sekolah petang atau selepas pulang sekolah sesi pagi – Gambar Azrul Edham Mohd. Aminuddin

Tekad bantu orang lain

Biarpun pernah melalui kesukaran hidup satu ketika dahulu, namun usaha Rasaidi Tow untuk keluar dari kepompong asnaf menemui jalannya apabila mengusahakan gerai makan D’Santai Corner yang membolehkan dia memperoleh pendapatan kasar mencecah RM30,000 sebulan dan mampu mengupah seorang pekerja sebagai pembantu.

Ujar Rasaidi Tow, sudah sampai masanya dia keluar daripada menerima bantuan zakat dan kini dia pula perlu memberi zakat kepada orang lain agar rezeki dapat dikongsi bersama mereka yang lebih memerlukan.

Pesannya, jangan malu bergelar asnaf, namun jauh di dalam hati perlu menanam azam untuk berjaya di dalam hidup dan usah berhenti berusaha dan membantu orang lain jika mampu.

“Saya memasang impian untuk keluar daripada asnaf dan saya yakin tahun ini saya pula akan memberi zakat kepada orang lain kerana selama ini ramai orang telah membantu saya melalui wang zakat.

“Untuk berjaya dan keluar daripada kemiskinan, kita kena korbankan tenaga dan kudrat hidup, kita kena azam untuk berubah,” katanya

Teks untuk Podcast 2014 012 04

Podcast 2014 012 04, merupakan bahagian keempat rakaman audio rencana-rencana daripada Mingguan Wanita 20 Disember 2013 dan teks asalnya adalah seperti berikut:

Kisah Masyarakat

Rokiah tetap kuat walaupun diuji injap jantung rosak

Dadanya terasa berombak. Dari perlahan akhimya kencang sekali gus menyukarkan pernafasan. Namun dipendamkan juga. Sambil menyapu, dia berhenti rehat seketika. Fikirnya mungkin kerana penat bekerja membuatkan jantungnya berdegup kencang.

Sebelum ini, dia tidak pernah berkeadaan sebegitu. Semuanya balk-baik sahaja tetapi sejak beberapa bulan yang lalu, keadaan kesihatan Rokiah Abd Rahman, 49 sedikit terjejas.

Sebolehnya dia tidak mahu menyusahkan sesiapa terutamanya suami dan anak-anak. Dirasakan penyakit yang ditanggung hanya biasa-biasa. Tak mungkin serius. Namun, kesakitan yang dirahsiakan akhirnya terbongkar apabila dia jatuh dan tidak sedarkan diri.

“Waktu itu saya sedang melakukan kerja rumah. Dada ini terasa sungguh sakit. Mudah sangat penat. Bila terasa begitu saya duduk sebentar di kerusi dan menyambung semula kerja setelah sakit yang dialami sedikit reda.

“Menyangka sakit akan hilang dengan sendiri, saya ambil keputusan habiskan kerja yang terbengkalai. Tetapi, dengan tidak semena-mena, saya jatuh dan terus tidak sedarkan diri. Mujurlah ada suami ketika itu. Dialah yang membawa saya ke hospital,” imbasnya.

Setibanya di hospital, ujar Rokiah dia diperiksa dengan teliti oleh doktor. Dia kemudian ditahan di wad untuk beberapa hari bagi menjalankan pemeriksaan lanjut.

“Ujian demi ujian dilakukan. Akhirnya, doktor memberitahu bahawa injap di bahagian jantung saya telah rosak.

Tergamam saya mendengarnya kerana kalau ikutkan sejarah keluarga, mak dan ayah saya dahulu tidak pernah mendapat penyakit sedemikian. Cuma baru-baru ini ada anak dan cucu saudara saya yang terkena penyakit tersebut,” katanya ketika ditemui di Institut Jantung Negara (IJN).

Positif melihat masa depan

Ujar Rokiah sebelunn disahkan mengalami masalah jantung dia mengakui sering berhadapan masalah untuk tidur. Dia tidak boleh tidur terlentang kerana akan berasa sesak nafas. Jika beralih ke kiri atau kanan, bantal terpaksalah ditinggikan bagi memudahk pernafasan. Lebih sembilan bulan dia merasai sakit seperti itu. Langsung tidak menyangka masalah yang menimpanya berkaitan dengan jantung.

“Dari hospital di Terengganu, saya diminta pergi ke IJN untuk pemeriksaan dan pembedahan. Berdebarnya hanya Tuhan yang tahu. Dalam hati saya mengharapkan agar semuanya berjalan lancar. Maklum sahajalah. pembedahan kali pertama.

“Ditemani suami dan anak-anak. saya kuatkan diri untuk laluinya. Nyata. pengalaman yang dilalui membuatkan saya lebih bersyukur dengan apa yang dimiliki. Ujian penyakit ini membuatkan saya lebih positif untuk mengharung hari-hari mendatang,” tutur Rokiah.

Sambungnya syukur selepas pembedahan dia berasa lebih sihat sedikit malah kepenatan yang dirasakan semakin kurang setelah menjalani rawatan fisioterapi.

“Mujurlah saya ini suri rumah tangga sepenuh masa. Jika tidak, mungkin menyusahkan majikan untuk mendapat cuti lama. Pendapatan bulanan semuanya daripada suami.

“Dia bekerja sebagai pemandu kereta sewa. Wang itulah yang digunakan untuk membesarkan anak-anak sekali gus menampung perbelanjaan sekeluarga sejak dari dahulu lagi,” ujar isteri kepada Raja Haron Raja Ibrahim ini bersungguh-sungguh.

Perlu lakukan fisioterapi

Meskipun pertama penulis bertentang mata dengan wanita berjiwa kental ini namun dirasakan seperti ada keserasian antara penulis. Dia cukup mudah bekerjasama baik ketika ditemu ramah mahupun diambil gambar. Walaupun baru sahaja menjalani pembedahan beberapa hari, Rokiah tidak sekali-sekali menghampakan permintaan penulis untuk berkongsi cerita dengannya.

Kata Rokiah, anak sulungnya juga belajar di bidang komunikasi dan media. Sebab itulah dia faham benar dengan apa yang diinginkan oleh penulis.

“Alhamdulillah, anak pun sudah besar. Tinggal dua orang sahaja yang masih bersekolah. Selebihnya sudah berjaya masuk institusi pengajian tinggi. lni pun, anak-anak terpaksa bercuti untuk bawa saya pulang ke Terengganu.

“Kata doktor, saya perlu melakukan fisiologi sendiri bila sampai di rumah nanti. Paling tidak berjalan perlahan-lahan di sekeliling rumah, sepertimana yang diajar ketika berada di hospital ini,” ujarnya yang tidak pernah menjangka akan menghidap masalah jantung.

“Hendak kata saya tidak bersenam, rasanya setiap hari peluh keluar dengan melakukan kerja-kerja rumah. Makanan pun saya jaga, tak ambil sembarangan. Tetapi sudah ketentuan-Nya. Saya terimalah dengan hati redha.

“Mungkin ada hikmah besar di sebalik apa yang terjadi. Saya juga perlu datang lagi ke IJN untuk pemeriksaan susulan. Diharapkan semuanya baik-baik saja,” katanya sambil tersenyum.

Nyata, walaupun dalam keadaan kurang upaya namun Rokiah tetap kuat dan bersemangat untuk kembali pulih semula. Katanya, masih banyak kerja yang perlu dilakukan. Sebab itulah dia perlu kuat demi keluarga yang dicintainya. Meskipun tidak mampu aktif seperti dahulu tetapi Rokiah akan tetap melaksanakan tanggungjawabnya sebagai isteri dan ibu. Moga harapan dan impiannya dimakbulkan oleh Yang Maha Kuasa.

Kisah Masyarakat

Projek Mentari fokus bantu anak-anak flat

Tanpa dana besar dan fasiliti hebat, Projek Mentari berjaya menjadi nadi penyumbang membantu anak-anak daripada golongan susah.

Saat kaki melangkah ke Pusat Aktiviti Projek Mentari yang terletak di blok 8 Desa Mentari, Petaling Jaya hati dipagut pelbagai rasa. Manakan tidaknya, ia tidak seperti yang terbayang dalam fikiran sebelum ini.

Namun, penilaian mata kasar nyata salah kerana projek berkenaan yang dimulakan pada 2008 itu berjaya memberi impak positif kepada para pelajar khususnya calon peperiksaan utama iaitu Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Menurut Pengurus Projek, Nur Yasmin Osman, projek cetusan Ahli Dewan Undangan (ADUN) Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad bersama sekumpulan kecil pelajar dan sukarelawan yang terdiri daripada ahli profesional muda.

“Harapan projek ini adalah bagi mewujudkan persekitaran positif untuk membina keyakinan, harga diri dan seterus-nya menanam minat untuk belajar di kalangan anak-anak Desa Mentari.

“Anak-anak di Desa Mentari menjadi fokus kerana mereka berada dalam golongan kemiskinan bandar yang tinggal di kawasan perumahan kos-rendah yang amat padat dengan penduduk dan mencabar disebabkan masalah-masalah keselamatan dan sosial yang serius.

“Oleh itu, Projek Mentari merupakan sebuah pusat pembelajaran yang selamat bagi anak-anak ini. Aktiviti pembelajaran yang dijalankan ditumpukan untuk meningkatkan dan memperkukuhkan subjek-subjek asas anak-anak terutamanya Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Matematik dan Sains,” ujarnya.

Tambah Nur Yasmin, projek berkenaan turut mementingkan pembinaan modal insan di mana dididik tentang nilai-nilai murni, sifat kepimpinan dan kerjasama antara satu sama lain.

“Antara pengisian projek adalah kelas ulang kaji UPSR, PMR dan SPM dikendalikan selepas sekolah oleh guru-guru yang dibiayai oleh JUST Children, Kern Halatuju Mentari dan kem kepimpinan remaja kelolaan Leaderonomics, lawatan sambil belajar seperti ke Petrosains.

Selain itu, terdapat aktiviti sudut pembelajaran kendiri yang dibekalkan dengan komputer, laptop, iPad dan kemudahan Internet serta Program “Play Your Game” iaitu latihan bola sepak untuk pelajar-pelajar lelaki pada setiap pagi Ahad,” jelasnya.

Bayaran bulanan serendah RM10

Projek yang disifatkan sebagai serampang dua mata ini, ujar Nur Yasmin mendapat perhatian penuh pengetuanya Mawarni Hassan serta syarikat penaja seperti Saujana Beta Development, Vijayaratnam Foundation, TNB dan banyak lagi.

Sementara itu, Kordinator Akademik yang juga guru sepenuh masa di pusat berkenaan, Muhd Faisal Iskandar berkata, dengan yuran bulanan serendah RM10, pusat itu berjaya membantu pelajar lemah menguasai subjek dalam peperiksaan utama.

“Kita berbangga kerana dapat membantu pelajar di sini yang juga calon UPSR memperoleh keputusan lebih baik. Ada dalam kalangan mereka mendapat 4A dan sekurang-kurangnya memperoleh 1A.

“Masyarakat dan ibu bapa yang menghantar anak ke sini memberi maklum balas positif. Meski pada mulanya mereka tidak meletakkan harapan tinggi namun ia sudah cukup memadai daripada anak-anak berpelesiran tanpa arah tujuan serta mengisi masa lapang,” ujarnya.

Ungkap Muhd Faisal lagi, kebanyakan daripada pelajar lemah dalam penguasaan Bahasa Inggeris namun masih boleh diajar.

“Meski yuran yang dikenakan rendah, namun masih ada ibu bapa yang tidak mampu membayar dan menangguhkan bayaran. la menunjukkan taraf hidup masyarakat di kawasan ini sekadar cukup makan.

“Namun, kita di sini tidak mendesak ibu bapa membuat bayaran segera kerana paling utama adalah membantu anak-anak mereka mengulang kaji subjek yang diajar di sekolah di sini. Ada dari kalangan pelajar sangat bersungguh untuk belajar walaupun kadangkala ibu bapa terpaksa menangguhkan bayaran,” ujarnya.

Bantu pelajar disleksia

Menyifatkan pusat berkenaan tidak tertumpu kepada pelajaran semata-mata, jelas Muhd Faisal, pihaknya melahirkan rasa bertuah kerana pelajar dari pusat itu yang menjadi wakil dalam Pertandingan Robotik tahap kebangsaan “First Lego League 2013” dan berjaya membawa pulang Anugerah Strategi dan Inovasi Terbaik 2013.

“la bukan mudah namun pelajar kita berjaya sekali gus membuktikan projek ini komited dalam membantu pelajar nnenguasai pelbagai cabang ilmu pengetahuan. Bagi tujuan ini, aktiviti menyusun lego diadakan bagi mengasah kemahiran dalam teknologi robotik,” ungkapnya sambil menambah pusat berkenaan beroperasi setiap hari untuk pelajar seawal usia empat tahun.

Dalam pada itu, guru pusat berkenaan, Wan Nor Asma Wan Ahmad Puad menjelaskan, selain mencapai kejayaan dalam pertandingan tersebut, pusat berkenaan berjaya membantu seorang pelajar disleksia membina keyakinan

“Pada mulanya, keluarga pelajar ini hanya mengharapkan anak mereka boleh menulis nama sendiri namun berkat sokongan semua, pelajar ini sudah menunjukkan perkembangan positif. Kita juga menghantar pelajar ini ke Pusat Disleksia bagi menilai tahap masalah pembelajaran pelajar ini.

“Melalui usaha semua pihak termasuk keluarga, pelajar yang pada mulanya berasa rendah diri dan tidak mahu bergaul akhirnya mula berkawan dengan pelajar lain. Dia juga sudah boleh membaca dan mempunyai keyakinan diri,” kongsinya.

Masuk tahun kelima, dengan segala kemudahan dan bahan pengajar diperoleh hasil sumbangan orang ramai dan syarikat korporat, ternyata pusat berkenaan masih memerlukan dana bagi meneruskan operasinya.

“Kami pastinya berharap sumbangan dana bagi membantu meneruskan kelancaran aktiviti pembelajaran di pusat ini. Dengan lebih 50 pelajar ketika ini dan sudah membantu lebih 250 pelajar sejak 2008, kesinambungan membantu pelajar yang memerlukan sangat ditagih,” ujarnya menutup bicara.

BANTUAN

Sumbangan kepada Projek Mentari boleh disalurkan melalui akaun Bank RHB Islamic 2124 3960 000 836 atas nama Join Us Serve dan Teach Children Sdn Bhd. Maklumat lanjut layari laman web www.mentariproject.com

Di Sebalik Tragedi

Nurain saksi ibu maut selepas diragut

Hati siapa tidak hiba menatap kematian insan yang paling disayangi. Sekali pun panggilan ajal sudah tiba, namun jika cara kematian itu disebabkan perbuatan orang lain, ia menambah sebak di dada.

Inilah yang dialami Nurain Md Yusof, 23, yang menjadi mangsa ragut bersama Jamariah Ahir, 65, hingga menyebabkan ibunya itu meninggal dunia. Tragedi pahit itu pasti tidak dapat dilupakan sampai bila-bila. Semakin di-kenang semakin hiba, bertindih pula dengan rasa marah dan geram pada peragut itu.

Penulis sempat berkunjung ke rumah Nurain untuk mengetahui kisah selanjutnya mengenai tragedi hitam itu. Kebetulan kedatangan penulis tepat tujuh hari pemergian ibunya dan keluarga Nurain baru selesai mengadakan majlis tahlil.

Luaran, Nurain tampak tenang. Dia yang bertugas sebagai jururawat di Hospital Tuanku Jaafar Seremban sudah kembali memulakan tugas, selepas hampir seminggu bercuti. Parut luka di sikunya masih jelas kelihatan. Dia juga turut mengalami luka di pinggang dan lutut hingga menyukarkan dia duduk.

lmbas gadis ini kejadian berlaku pada 16 November lalu di Jalan Haji Mohd Said, Sikamat, Seremban ketika dia menunggang motosikal bersama ibunya, dalam perjalanan pulang ke rumah.

Sebelum itu kata Nurain dia baru selesai bertugas syif malam dan selepas bangun daripada tidur sekitar jam 10.30 pagi, dia menuju ke bandar Seremban membeli barang keperluannya.

“Sekitar 3.00 petang, saya jemput emak di hentian bas di depan tempat kerjanya. Mak pekerja kontrak pembersihan di sebuah bank di Seremban. Sewaktu menaiki motor dia meletakkan beg tangannya di bakul motor saya dan kami terus bergerak balik ke rumah.

“Dalam perjalanan emak suarakan hasrat hati mahu menziarahi anak saudaranya yang baru bersalin anak kembar. Saya mengajak mak pergi esok saja kerana hari Sabtu saya tidak bekerja. Mak setuju,” katanya perlahan.

Semasa melalui Jalan Tuan Haji Said, betul-betul di hadapan tanah perkuburan Islam di situ, Nurain perasan ada sebuah motosikal dari arah kanan merapatinya. Dia cuba mengelak dengan menjarakkan motosikal tetapi secara tiba-tiba tangan peragut terus merampas beg tangan ibunya yang diletakkan di dalam bakul motosikalnya.

Pada masa yang sama motosikal Nurain ditendang peragut hingga menyebabkan dia hilang kawalan. Akibatnya motosikal ditunggang tumbang, Nurain tercampak jauh dan dia tidak sedar apa yang berlaku selepas itu.

“Sedar saja, saya terus cari mak. Mulut saya menyebut-nyebut namanya. Bila saya toleh ke belakang, saya nampak mak dalam keadaan tertangkup di atas jalan raya.

“Orang ramai mula mendekati dan ada yang takut-takut mengangkat mak sebelum saya menyuruh mereka mengangkat mak ke tepi. Saya kemudian pangku mak dan masa yang sama memeriksa nadinya. Masih ada denyutan lagi.

“Saya periksa juga nadi di bahagian leher, masih ada denyutan. Ketika itu saya sangka mak hanya cedera ringan. Namun saya perhatikan mata mak masih terpejam dan mukanya berubah menjadi pucat sedikit demi sedikit. Tangannya juga mula memutih dan saya sempat mengajar emak mengucap.

“Dalam keadaan matanya tertutup rapat mak hanya diam membisu. Tidak lama kemudian, ambulan datang bersama paramedik. Bila mereka memasang alatan pada jantung, paramedik mengesahkan mak sudah meninggal dunia. Sewaktu mereka sedang memeriksa mak, saya mengharapkan mak masih hidup dan hanya alami kecederaan ringan tetapi Allah lebih menyayangi mak,” kata Nurain sambil menambah hasil bedah siasat di hospital, ibunya disahkan meninggal dunia akibat hentakan di bahagian kepala.

Mimpi aneh jadi petanda

Nurain yang juga satu-satunya anak perempuan daripada empat orang beradiknya, nyata amat kesal dengan apa yang berlaku.

“Mungkin peragut menyangka ibu baru mengeluarkan wang dari bank. Sedangkan dalam beg ibu yang diragut hanya mengandungi bekal makanan, bedak, tisu dan gincunya. Tidak berbaloi kehilangan beg jika dibandingkan dengan kehilangan satu nyawa.

“Saya sebenarnya sangat marah. Mahu saja saya bertanya kepada peragut apa sebenar mereka ingin. Jika mahukan duit atau beg itu, saya rela memberikannya. lni tidak, tindakan mereka itu meragut kasih sayang saya terhadap mak.

“Bayangkan kerana niat jahat orang lain, saya hilang seorang emak. Memang saya sedih dan ada kalanya perasaan marah bercampur. Kami adik beradik ada berbincang tentang kejadian ini dan abang sulung meminta agar saya tidak menyalahkan diri sendiri di atas kejadian yang menimpa.

“Abang tak mahu saya rasa bersalah kerana saya yang membawa motosikal itu. Abang mahu kami semua redha dengan kejadian yang berlaku kerana ia ketentuan Ilahi yang sudah termaktub sejak azali lagi,” katanya yang mempunyai tiga beradik lain iaitu Mohd Azmer, 29, Mohd Azhar, 27 dan Mohd Azrin, 27 tahun,

Selain itu kata Nurain, sebelum kejadian menimpa ibunya ada mengalami mimpi aneh dan sempat memberitahunya tentang mimpi tersebut.

“Kata mak, dia ternampak kawannya bernama Rahimah berbaring di atas tempat tinggi. Dalam mimpi itu mak bertanya kalau Rahimah sudah habis berbaring dia mahu menggantikan tempat Rahimah pula.

“Bila saya tanyakan siapa Rahimah, kata emak, itu kawannya dan saya tidak kenal. Saya kata pada mak, itu mainan tidur sahaja dan tak sangka rupanya itulah petanda akhir hayatnya,” katanya yang mengakui amat rapat dengan ibunya malah motosikal Honda Wave Dash ditunggangnya pada hari kejadian, dibeli oleh ibunya selepas dia mendapat kerja sebagai jururawat sebaik tamat latihan di Melaka.

Ujar Nurain, setiap pagi, abang sulung akan mengambil dan menghantar ibunya ke tempat kerja manakala dia pula akan mengambil ibunya jika bekerja syif pagi dan malam.

“Kalau syif petang sukar untuk saya mengambilnya memandangkan saya baru masuk kerja. Biasanya mak akan balik naik teksi bersama beberapa orang kawannya.

“Sebenarnya sudah lama kami adik-beradik menyuruh mak berhenti kerana anak-anak sudah besar tapi kata mak, dia bosan jika hanya duduk di rumah begitu sahaja,” katanya sambil memberitahu emaknya sudah lapan tahun bekerja di bank berkenaan.

Kehilangan dirasai

Sementara itu, suami arwah Jamariah, Md Yusof Abdullah, 62, nyata masih bersedih atas kehilangan isteri yang dikahwininya sejak 34 tahun. Dia yang memanggil isterinya dengan panggilan manja Pak Poi, berkata, pada hari kejadian, dia sedang berada di rumahnya sebelum seorang kenalan bernama Hanif datang ke rumahnya memberitahu isterinya kemalangan.

“Semasa memaklumkan kecederaan isteri saya, Hanif hanya memberitahu yang isteri saya cedera parah. Ketika sampai di tempat kejadian, saya dapati jenazahnya sudah ditutup dengan plastik hitam.

“Saya hanya mampu berbisik di dalam hati,”engkau pergi juga Pak Poi meninggalkan kami semua. Saya kemudian melihat jenazahnya sementara menunggu urusan polis dan sebagainya,” kata Md Yusof yang sudah enam tahun bersara daripada pekerjaan pekerja am di sebuah hospital.

Masih mengingati tarikh perkahwinannya dengan baik iaitu 3 September 1979, ujarnya kehilangan

isteri yang turut dikenali sebagai Cik Embong di kawasan kediamannya Kuarters Jabatan Kerja Raya, Jalan Tuanku Kursiah, Sikamat cukup dirasai.

“Buat masa ini saya banyak bersama cucu-cucu dan berbual dengan orang sekeliling. Sekurang-kurangnya ia menghilangkan resah di hati,” katanya yang kemudian meminta izin duduk di luar rumah sebaik perbualan penulis tamat.

Sama seperti bapanya, kata Nurain dia masih lagi teringatkan akan arwah ibunya malah membawa ke mimpi.

“Buat masa ini saya belum bawa motor lagi. Trauma atau tidak, hidup perlu diteruskan. Bila terjaga malam-malam dan teringatkan mak, saya sedekahkan Al-Fatihah untuknya,” katanya sebelum mengakhiri perbualan.

Kugapai Bintang

Chiqa guna kelebihan tutup kekurangan

Walaupun saiz tubuh dan ketinggiannya tidak sama dengan wanita normal lain namun semangat juang anak kelahiran Pulau Pinang ini begitu tinggi. Nurul Awatif Zalkilfeli, 26, atau mesra dengan panggilan Chiqa tidak pernah berasa terpinggirdengan kekurangan diri malah dia bersyukur dikelilingi dengan insan-insan yang prihatin dan sentiasa menyokongnya kala susah dan senang.

Ujar Chiqa keadaan fizikal tidak pernah menjadi penghalang untuknya mencapai cita-cita. Selepas tamat sekolah, anak kedua daripada empat orang beradik ini tidak membuang masa sebaliknya dia bijak mengambil peluang yang terbentang di depan mata.

“Saya memang seorang yang aktif. Saya tidak suka duduk diam. Saya sentiasa mencari ilmu dan kemahiran untuk menambah nilai din. Alhamdulillah, Allah mudahkan jalan untuk saya menceburi bidang kecantikan.

“Sejak di bangku sekolah, saya memang suka melaram dan menjaga kecantikan serta kesihatan. Saya amat nneminati bidang ini, lantaran selepas menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), saya mengikuti kursus kecantikan di Leez Academy, Pulau Pinang.

“Saya sangat teruja mendalami bidang kecantikan dan spa. Di sini, saya diajar kemahiran mengurut dan perawatan wajah, penggayaan rambut serta solekan. Selepas tamat kursus, saya menimba pengalaman bekerja di negeri kelahiran saya. Gembira bukan kepalang apabila impian saya bergelar juruterapi menjadi kenyataan. Sejak itu, saya tidak menoleh ke belakang lagi, saya terus mendalami bidang ini,”cerita Chiqa.

Bantu wanita rawat diri

Gadis berkulit hitam manis ini percaya untuk maju dalam kerjaya, dia mesti mencabar diri dan berani berhijrah untuk menimba pengalaman. Tanpa ragu-ragu, Chiqa kemudiannya nnerantau ke ibu kota.

“Pada mulanya, saya bekerja di pusat kecantikan ibu saudara. Dia banyak memberi tunjuk ajar dan berkongsi pengalaman dengan saya. Selepas itu, saya menimba pengalaman di Cindai Bayu Spa yang terletak di Seksyen 7, Shah Alan.

“Ilmu yang dipelajari saya gunakan sebaik mungkin. Pada masa sama, saya sentiasa belajar kemahiran baru. Perawatan wajah tidak sukar dilakukan namun teknik urutan adalah bidang yang agak sukar.

“Tambahan pula saya tidak mempunyai asas dalam bidang ini. Tapi saya tidak berputus asa, Alhamdulillah berkat usaha dan doa keluarga, saya dapat mengusai teknik urutan aromaterapi dan tradisional dengan baik.

“Saya turut nnempelajari pelbagai teknik solekan dan penggayaan rambut. Insya-Allah selepas ini saya mahu belajar menggunting rambut. Saya puas dapat membantu wanita menjaga kecantikan dan merawat din mereka dari hujung kaki hingga hujung rambut,” ujarnya yang gemar bersiar-siar dan berkaraoke bersama teman-teman rapat ketika masa lapang.

Ingin jadi usahawan spa

Chiqa memanjat kesyukuran pada Ilahi kerana dikurniakan keluarga yang sangat memahami dan menyayanginya. Kata Chiqa, ibu dan bapanya tidak pernah membezakan anak-anak.

“Saya dan adik beradik dilayan sama rata. Walaupun saya istimewa, keluarga tidak membuatkan saya rasa tersisih malah mereka mendidik dan menjaga saya dengan baik. Saya diajar berdikari agar saya dapat menjalani hidup seperti orang normal.

“Sehingga hari ini, saya tidak bergantung harap pada orang lain. Saya bekerja menyara diri sendiri. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Selagi kita berusaha dan berdoa kepada Allah, kita akan berjaya,” katanya.

Sudah menjadi lumrah hidup, kelainan pada diri seseorang sering mengundang perhatian masyarakat di sekeliling. Begitu juga pengalaman yang dilalui Chiqa. Gadis ini mengakui ada kalanya berasa kurang selesa namun dia kuatkan semangat.

“Saya sentiasa memotivasikan diri agar tidak lemah dan putus asa. Saya abaikan pandangan dan ekspresi orang apabila melihat fizikal saya. Setiap yang berlaku ada hikmahnya, saya tidak nnenyesal dilahirkan begini. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya.

“Kepada insan senasib, usahlah bersedih dan kecewa. Sebaliknya kita mesti bersikap positif dan menimba ilmu serta pengalaman untuk memajukan diri. Kini pelbagai pihak prihatin dengan Orang Kelainan Upaya (OKU).

“Selain bantuan kewangan dan sokongan, banyak kursus kemahiran yang ditawarkan untuk OKU. Jangan bazir air mata mengenang nasib diri, ambil peluang ini untuk menjadi insan berjaya.

“Pada masa hadapan, saya menyimpan impian untuk menjadi pengusaha spa. Namun sebelum mencapai cita-cita tersebut, saya perlu lengkapkan diri dengan ilmu perniagaan dan terus mendalami bidang kecantikan.

“Saya gembira bekerja sebagai juruterapi di Cindai Bayu Spa. Banyak ilmu baru yang saya peroleh di sini. Majikan saya, Hamidah Abu Bakar, 37, tidak lokek berkongsi ilmu dan sentiasa memberi sokongan kepada saya,”ujarnya.

Teks untuk Podcast 2014 007 04

Podcast 2014 007 04, merupakan bahagian keempat daripada rakaman audio rencana-rencana daripada Mingguan Wanita 13 Disember 2013 dan teks asalnya adalah seperti berikut:

Personaliti Lelaki

Burn jatuh cinta pada seni mengulas sukan

“Gol! Rembatan daripada pemain nombor tujuh berjaya membolosi gawang Iawan.” Serentak itu jeritan kegembiraan diiringi aksi spontan seorang anak kecil di depan kaca televisyen.

Teruja dengan ulasan lancar sambil sesekali menjelmakan rasa dan reaksi berbeza penonton, membuatkan anak kecil ini tertarik. Kini, meski menginjak usia 31 tahun, rasa suka itu masih utuh tambahan pula peluang bersama stesen televisyen Astro Arena saluran 801 membuka jalan kepada anak muda ini melebarkan bakatnya.

Justeru, ujar pemilik nama Rueben Thevandran atau lebih dikenali sebagai Burn, kesempatan mengendalikan program Forum, Arena Bola dan Masa Tambahan Arena Bola memberi isyarat kecintaan terhadap bidang sukan terus mekar dalam jiwa.

“Program yang saya kendalikan mempunyai pengikutnya sendiri. Program Forum yang membawakan pelbagai pengisian pandangan dan pendapat peminat sukan mengenai isu-isu negara turut mendapat perhatian penonton.

“Masa Tambahan Arena Bola pula yang ke udara setiap Rabu jam 7 malam dan Ahad jam 1.30 tengah hari bagaimanapun masa tertakluk pada perubahan memaparkan detik-detik menarik serta keputusan terkini perlawanan bola sepak liga tempatan.

“Manakala program Arena Bola yang berlangsung setiap minggu jam 8 malam adalah liputan langsung perlawanan bola sepak tempatan dan antarabangsa yang membabitkan aksi pemain negara,” ujarnya.

Membuka cerita, lelaki yang berasal dani Kuala Lumpur ini menjadikan ikon pengulas sukan tersohor Haji Hasbullah Awang dan Zainal Abidin Rawop sebagai idolanya.

“Sebenarnya ketika menyanyi di AF dahulu, memang saya ada menyimpan hasrat untuk mengulas dalam sukan kerana minat sejak kecil lagi. Jadi bila dapat peluang ini mengapa saya tidak cuba sahaja?

“lbarat orang mengantuk disorongkan bantal, saya menyahut cabaran untuk beralih ke bidang penyiaran sukan kerana ia adalah minat dan cita-cita saya sejak dulu lagi.

“Ketika itu, saluran ini baru ditubuhkan dan bayangkanlah ia adalah satu-satu saluran sukan 100 peratus tertumpu untuk memartabatkan seterusnya membincangkan isu dalam sukan tempatan. Saya rasa bertuah kerana minat menceburi bidang penyiaran sukan akhirnya tercapai bersama saluran ini,” tuturnya yakin.

Tidak kesal tinggalkan radio

Tidak asing dalam dunia hiburan tanah air, anak bongsu daripada dua orang beradik ini sebelum ini mencipta nama menerusi program realiti Akademi Fantasia (AF) musim pertama sebelum popular sebagai penyampai radio di X-Fresh FM dan Era FM.

Sedang namanya dikenali dalam lapangan hiburan, keputusan nekadnya terjun ke bidang penyiaran sukan pasti bukan sesuatu yang mudah.

“Tujuh tahun saya membina kerjaya sebagai penyampai radio dan sudah sampai masanya saya beralih arah. Walaupun ia nampak sama kerana kedua-duanya saya sebagai penyampai tetapi ia sebenarnya sangat lain.

“Ternyata sukan itu jauh berbeza daripada hiburan dan ia membuatkan saya rasa teruja untuk terus memberikan yang terbaik dalam bidang in Saya akui selepas meninggalkan radio, ia memberi kesan terhadap populariti namun kerana minat, saya tidak kesal memilih penyiaran sukan sebagai kerjaya tetap saya sekarang,” ujarnya ramah.

Meski haluan kerjaya sudah banyak berubah, Burn menyifatkan ia tidak memberi kesan besar dalam kehidupan sehariannya kerana apa yang dilakukan ketika ini lebih memberi kepuasan dalam diri.

Tersasul tiga kali berturut-turut

Menyifatkan pengetahuan terhadap bidang sukan termasuk sukan antarabangsa perlu ada pada seorang pengulas, Burn mengakui pada awalnya dia berhadapan kesukaran menyesuaikan din.

“Selain perlu memikirkan tentang rating program, saya perlu ikut format penyampaian yang ditetapkan. Tidak boleh bercakap sesuka hati dan paling penting saya akan membuat ‘research’ terlebih dahulu sebelum mengendalikan program siaran langsung.

“Mula-mula memang agak susah kerana pengetahuan saya banyak kepada bidang hiburan dan muzik. Namun benarlah seperti yang dikata, kalau sudah minat, ia akan memudahkan perkara yang sukar. Saya banyak membuat ulang kaji dan memastikan penyampaian itu lancar serta teratur,” ujarnya.

Meski sudah masuk tahun keempat bersama Arena, Burn menetapkan sasaran sekurang-kurangnya empat tahun lagi untuk menjadi pengulas sukan.

“Walaupun sekarang saya sudah berada dalam bidang ini namun untuk mengulas itu bukan perkara senang. Pengalaman sangat memainkan peranan dan bagi saya mengulas sukan itu adalah satu seni yang berbeza.

“Sebolehnya sekarang ini saya tidak mahu lagi dikenali sebagai tudak’ AF sebaliknya bila orang bercakap tentang sukan mereka akan teringatkan saya seperti senior-senior saya yang lain seperti Akbar Sahari misalnya,” ungkapnya.

Berkongsi perihal pengalaman warna-warninya, putera kepada Joyce John ini tidak mungkin dapat melupakan kesilapannya tersasul sebanyak tiga kali ketika program siaran langsung.

“Entah apa yang berlaku kepada saya ketika itu sampai boleh tersasul tiga kali dalam satu rancangan live setengah jam sehingga tetamu di studio turut menegur perkara tersebut. la memang situasi yang tidak boleh saya lupakan dan saya lebih berhati-hati selepas itu.

“Saya berterima kasih kepada penerbit saya sebelum ini Slamet Sazly Yaakub yang selama ini banyak memberi sokongan dan memberi kepercayaan kepada saya. Dia percaya pada potensi saya dan menjadi inspirasi kepada saya untuk terus berjaya dalam bidang ini,” jelasnya menutup bicara.

Dunia Lelaki

Fahami sikap lelaki idaman

Bagi wanita, memahami sikap dan kemahuan lelaki bukan perkara mudah. Setiap lelaki mempunyai corak pemikiran berbeza hingga menyukarkan kaum Hawa memahami golongan ini.

Namun usah berputus asa, baik wanita yang baru mahu mengenali seorang lelaki, sedang dalam perhubungan atau berumah tangga, ketahuilah lelaki diciptakan untuk saling melengkapi wanita. Mereka tidak gemar berterus terang dan tidak salah untuk wanita cuba mengkaji sikap mereka itu. Jom semak antara sikap lelaki terhadap wanita.

Enggan luah perasaan secara terang-terangan

Wanita sering kali menganggap lelaki misteri kerana sifat mereka yang gemar menyembunyikan perasaan. Kebanyakan mereka enggan meluahkan perasaan cinta terhadap wanita yang diminati secara terang-terangan. Bukan tiada tetapi hanya segelintir sahaja yang berani.

Ada juga dalam kalangan mereka yang memerlukan masa dan suasana sesuai untuk meluahkan perasaan mereka itu. Jadi, jika wanita hendak mengetahui perasaan lelaki terhadap anda, pilih masa yang sesuai ya.

Ungkapan cinta menerusi perbuatan

Wanita perlu tahu dan fahami bahawa bukan mudah bagi seorang lelaki melafazkan kata-kata cinta. Ya, luarannya nampak ganas tetapi jauh di sudut hati mereka ada kelembutannya.

Lelaki lebih selesa meluahkan perasaan melalui perbuatan bukan perkataan. Pada mereka setiap perbuatan mereka terhadap orang yang dicintai itu jauh lebih bermakna. Jadi, jangan berasa hati andai lelaki idaman anda bukan jenis mat jiwang yang mudah melafazkan kata-kata cinta.

Serius dalam perhubungan

Hakikat yang harus diterima oleh wanita ialah lelaki lebih serius dalam perhubungan berbanding wanita. Tidak membicarakan soal perkahwinan meski usia percintaan sudah lama bukan bermakna si dia tidak serius.

Lihat apa yang sedang dilakukannya. Mungkin si dia sedang berusaha keras mengumpul duit dan keperluan lain sebelum melamar anda. Usah terlalu menekan kerana soal perhubungan ini lelaki memang serius memandang ke hadapan.

Berkongsi hobi dengan kekasihnya

Meski anda tidak gemar akan hobi teman lelaki anda, tidak salah untuk anda mencuba. Lelaki rasa dihargai andai wanita pujaan berkongsi hobi dengannya. Hal ini pada mereka sangat membantu dalam sesuatu hubungan. Percayalah, ia akan membuatkan diri kita lebih dekat dengannya.

Lelaki perlu ruang sendiri

Adakah anda tahu, lelaki bukanlah kumpulan individu yang suka dikongkong. Mereka akan rasa tercabar dan mudah berasa bosan. Tidak kira lelaki yang sudah berkahwin atau masih bujang, mereka perlukan masa dan ruang tersendiri. Janganlah terlalu mengongkong si dia. Benarkan si dia bersosial dan melakukan aktiviti kegemarannya bersama rakan. Anda cuma perlu percaya padanya dan segalanya akan baik-baik sahaja.

Tidak suka mengungkit

Berbanding wanita yang selalu menyimpan dan mengenang perkara negatif yang sudah berlaku tapi lelaki sebaliknya. Mereka tidak suka mengungkit perkara negatif yang telah berlaku. Mereka lebih memilih untuk melupakan apa yang telah terjadi dan teruskan kehidupan seperti biasa. Tapi jangan pula anda ambil kesempatan.

Lelaki dan seks

Adalah normal bagi lelaki yang berumur 60 tahun ke bawah memikirkan tentang seks sekurang-kurangnya sekali sehari. Mereka memikirkan seks dua kali ganda kerapnya daripada golongan wanita. Hakikat ini memang tak boleh diubah kerana ia sudah lumrah dan bukanlah sesuatu yang luar biasa. Bagi lelaki yang sudah berkahwin, seks adalah sangat penting bagi golongan ini. Pada mereka, seks adalah satu cara untuk mereka kekal rasa bahagia bersama pasangan.

Klinik Lelaki

Kenali risiko penyakit mengikut tahap usia

Seiring pertambahan usia, aspek penjagaan kesihatan juga perlu diberi perhatian lebih. Tidak seperti wanita, golongan lelaki sering memandang remeh aspek ini.

Justeru, tidak hairanlah penyakit mudah menyerang meski pada usia muda. Lebih menakutkan pada usia seawal 15 tahun lagi, golongan ini boleh mengidap penyakit serius. Berikut risiko penyakit mengikut tahap usia yang mudah menyerang golongan lelaki.

15-30 TAHUN

Kanser testis

Kanser ini adalah antara penyakit yang cukup digeruni namun jangan sangka ia hanya dihidapi oleh lelaki matang ataupun sudah berusia. la kerana dalam usia remaja, risiko mendapat penyakit ini tetap ada. Perhatikan tanda awal penyakit ini seperti benjolan pada testis atau zakar dan lakukan pemeriksaan segera. Usah risau kerana andai dikesan dari awal, rawatan boleh dilakukan dan penyakit ini masih boleh diubati.

Kemurungan

Masalah kesihatan ini tidak mengenal peringkat usia namun kecenderungan untuk berlaku pada peringkat usia ini adalah lebih tinggi. Keghairahan dalam mengejar kerja mahupun mencari pasangan hidup boleh menyebabkan tekanan. Andai tekanan berada di luar kawalan, maka lelaki pada usia ini mudah mengalami kemurungan. Gejala awal masalah ini ialah tidak mempunyai keyakinan, rasa bersalah, sukar tidur, mudah marah atau emosi tidak stabil.

20-40 TAHUN

Diabetes

Tidak mengamalkan pemakanan seimbang dan gaya hidup sihat boleh menyumbang kepada risiko mengidap penyakit ini. Tandanya mudah iaitu anda akan kerap berasa penat dan dahaga. Bagi lelaki muda, diabetes jenis 1 kerap menyerang sekiranya mereka selalu kehilangan berat badan atau mempunyai berat badan yang tidak stabil (turun naik). Bagi pengesanan awal, tidak salah anda melakukan ujian darah untuk melihat tahap glukosa. Rawatan awal perlu bagi mengelakkan ia melarat di kemudian hari.

HIV

Bagi lelaki yang gemar bersosial, anda mempunyai risiko tinggi untuk menghidap HIV lebih-lebih lagi sekiranya terdedah kepada sebarang aktiviti seks bebas. Jiwa muda dan naluri mahu berseronok mungkin perlukan kawalan diri jika tidak mahu dihidapi penyakit yang boleh membawa maut ini. Andai anda tergolong kepada gaya hidup bebas, lakukan ujian secepat mungkin.

Skizofrenia

Tekanan hidup kadangkala membuatkan lelaki berisiko mengalami skizofrenia. Antara simptom penyakit ini ialah penghidapnya seperti mendengar `suara-suara aneh’ yang kononnya mengganggu ketenteraman hidup mereka. Mereka sering berkhayal dan seolah-olah berada di ‘dunia lain’. Kadang-kala mereka akan melakukan perbuatan di luar jangkaan. Perhatian keluarga amat diperlukan dan ia masih boleh dirawat menerusi pengambilan ubat-ubatan.

40-60 TAHUN

Diabetes tahap 2

Penyakit ini sering menyerang golongan lelaki pada usia ini terutama pada mereka yang mempunyai masalah berat badan berlebihan dan tidak lagi mampu menghasilkan insulin bagi mengawal kandungan gula dalam darah. Cara paling baik untuk menanganinya adalah mengawal berat badan dan melakukan amalan perubatan yang disarankan. Bagaimanapun jika penyakit ini dibiarkan tidak dirawat, penghidap berhadapan dengan risiko penyakit jantung dan strok.

Obesiti

Adakah anda tahu pada usia lewat selepas bersara daripada kerja, selalunya ramai lelaki menghadapi masalah berat badan berlebihan akibat tiada aktiviti teratur. Selain risiko penyakit popular lain mudah menyerang seperti serangan jantung dan strok, kanser juga kini mendapat tempat.

Kanser paru-paru

Bagi perokok tegar yang bergantung kepada rokok sejak usia muda, nah, pada usia ini anda akan mengalami penyakit ini. Sekiranya anda mengalami batuk berlarutan dalam tempoh lama dengan berat badan makin susut, segeralah berjumpa doktor. Nannun lagi baik anda berhenti merokok sahaja tambahan pula ketika ini sudah ada cara bagi membantu anda berhenti merokok seperti Klinik Berhenti Merokok.

USIA 60 TAHUN DAN KE ATAS

Penyakit jantung

Penyakit ini memang cukup sinonim dengan lelaki pada usia ini. Dapatkan pemeriksaan doktor jika anda atau bapa seusia ini mengalami sakit dada.

Kanser prostat

Andai anda mengalami kesukaran untuk kencing atau sering terjaga malam untuk ke tandas, ketahuilah itu adalah tanda awal pembengkakan prostat. Dapatkan segera rawatan doktor.

Serangan vaskular

Penyakit ini mempunyai tanda seperti rasa sakit pada otot betis ketika berjalan. la adalah disebabkan oleh sekatan pengaliran darah ke otot. Mungkin juga boleh berpunca daripada arteri tersumbat akibat merokok dan diabetes.

Kisah Masyarakat

Hisham hilang kerja kerana penyakit buah pinggang

Setiap insan tidak pernah lepas daripada ujian hidup. Sekalipun perit ditanggung tetapi itulah rencah kehidupan yang harus ditempuh. Suka atau tidak, Hisham Isa, 43, terpaksa jua harungi dengan hati tabah dan redha. Mungkin tiada daya tetapi sebaik melihat ke wajah anak-anak dan pasangan yang minta dilindungi, semacam timbul satu kekuatan yang tidak diketahui.

Begitulah keadaan yang dialami oleh Hisham Isa, 43. Sebagai tonggak keluarga, dia berasa sedikit kecewa kerana tidak mampu aktif seperti dulu. Walaupun pada zahirnya dilihat sempurna tetapi derita penyakit buah pinggang kronik dan kencing manis yang ditanggung membuatkan dirinya tidak mampu bekerja. Bagaimanapun ada ketika digagahkan kudrat yang bersisa demi keluarga tercinta.

“Suatu masa dahulu saya mampu bekerja untuk mendapatkan sesuap nasi buat keluarga. Walaupun pendapatan yang diperoleh dengan bekerja kampung tidak sebesar mana tetapi kami tetap bahagia.

“Duit itulah yang digunakan untuk membayar sewa rumah, menyekolahkan anak-anak dan membeli serba sedikit barang-barang dapur. Alhamdulillah, anak-anak tak pernah merungut. Mungkin mereka juga faham dengan apa yang berlaku.

“Kesempitan yang dirasai kami kongsi dengan adik beradik lain. Walaupun bukan dikategorikan dalam kelompok orang berada tetapi mereka tetap prihatin menghulur bantuan. Malah tak pernah sekalipun kami disisihkan. Ada sahaja bantuan yang diberi baik dari segi makanan mahupun perkara-perkara lain.

“Sungguhpun begitu, saya tidak pula duduk menunggu. Mungkin ia satu keadaan yang selesa tetapi sebagai suami dan bapa, saya masih bertanggungjawab untuk mencari rezeki tambahan agar keluarga selesa dan terpelihara,” jelas bapa kepada tujuh cahaya mata ini sambil mengusap lehernya yang berbalut.

Dihalau keluar rumah 

Seakan termenung seketika, Hisham kembali menyambung bicara. Tak pernah sekalipun dia termimpi untuk mendapat penyakit tersebut kerana tenaga empat keratnya masih diperlukan. Tambahan pula anak-anak masih kecil dan perlukan perhatian. Namun, takdir Allah tiada siapa mampu menghalangnya. Di satu ketika, Hisham rebah sewaktu mengait buah kelapa sawit.

“Pada masa itu , saya memang menghidap penyakit kencing manis dan mengikut doktor ia sudah di tahap kronik. Sebulan kemudian, kedua belah kaki saya membengkak kerana tahap gula yang terlalu tinggi dalam darah. Setelah menjalankan pemeriksaan, saya dinasihatkan supaya menjalani rawatan dialisis bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih teruk.

“Di peringkat awal, saya tidak bersetuju melakukannya. Maklum sahajalah, kami bukannya mampu hendak bayar kosnya nanti. Tetapi setelah mendapat bantuan dari Lembaga Zakat Selangor (LZS), beban yang ditanggung beransur ringan.

“Kalau dulu kami pernah dihalau dari rumah yang disewa akibat gagal menjelaskan sewa selama dua bulan tetapi kini keadaan tersebut takkan berulang lagi. Kami diberi sebuah rumah baru oleh LZS. Meskipun tidak sebesar mana tetapi ia jauh lebih selesa daripada rumah lama kerana kediaman ini milik kami sepenuhnya,” cerita Hisham.

Akuinya lagi kehidupan mereka sekeluarga dulu memang sukar hinggalah pernah dia dan anak-anak terpaksa mengikat perut kerana kelaparan.

“Mujurlah ada adik beradik, merekalah yang banyak membantu sebelum bantuan LZS diterima. Pernah juga saya ditanya, kenapa tak bekerja sedangkan fizikal nampak sihat.

“Sebenarnya sakit ini hanya saya yang merasai jadi saya sahaja yang tahu sejauh mana kemampuan untuk lakukan sesuatu perkara. Mata pun mulai kabur malah kalau saya berjalan atau berdiri pun tak boleh lama. Saya tak larat buat kerja lasak seperti orang lain,” katanya sambil mengeluarkan sebuah beg ubat-ubatan yang pernah diambilnya bagi memastikan kesihatan sentiasa berada di tahap yang baik.

Anak sulung tempat bergantung

Sudah dua tahun Hisham menghidap sakit buah pinggang dan selama tempoh itu juga dia hilang punca pendapatan. Hanya bergantung harap kepada bantuan yang dihulurkan. Sementara isterinya, Sharifah Khamis, 38, mengambil upah memotong benih-benih serai di rumah. Itu pun bukan selalu. Jika ada kerjanya maka adalah, jika tidak, dia hanya melakukan kerja-kerja rutin seperti biasa.

“Anak saya yang sulung sudah besar. Umurnya pun mencecah 21 tahun tetapi terpaksa melakukan kerja-kerja di sekitar kampung kerana ingin dekat dengan saya. Hanya dialah yang diharapkan untuk menghantar saya mendapatkan rawatan dialisis satu minggu tiga kali di bandar.

“Pernah juga dia menyuarakan untuk mencari pekerjaan tetap namun setelah diceritakan betapa dirinya sangat diperlukan untuk membantu saya melakukan rawatan maka niat tersebut dilupakan.

“Saya tahu keinginannya tetapi hendak buat macam mana. Kalau boleh saya memang tak mahu susahkan orang lain tetapi nampaknya memang terpaksa,” ujar bapa kepada anak yang bongsu berumur dua tahun setengah.

Kepada individu yang ingin menghulur sumbangan bolehlah melakukan demikian ke akaun berkenaan : Akaun Wadiah Bank Islam Hisham Bin Isa 12-195-02-005181-0

Kisah Masyarakat

Ombak badai jadi mainan – Jiwa Salleh dekat dengan laut

Gumpalan awan mendung berarak perlahan di terminal bot Jesselton Point. Beberapa orang pelancong asing dan tempatan memenuhi terminal bot yang terletak di utara Kota Kinabalu, Sabah. Sesiapa sahaja yang memenuhi ruang terminal pada hari itu pasti mengharapkan mendung menjauh pergi.

Gamitan Pulau Manukan, Sapi, Mamutik, Sulug dan Gaya menarik kuat keinginan pelancong untuk ke sana. Bagi membolehkan mereka sampai ke sana, khidmat bot diperlukan. Andai hujan turun bagaimana mahu membawa penumpang melepasi samudera yang terbentang luas itu.

Keempat-empat pulau itu mempunyai tarikan keindahan tersendiri. Pantainya bersih jauh daripada pencemaran malah air lautnya pula cukup jernih hingga membolehkan ikan-ikan berenang di permukaan terlihat jelas. ltulah tarikan pelancong yang mahu melakukan aktiviti snorkel secara beramai-ramai.

Ada juga lokasi-lokasi tertentu yang boleh dipilih oleh penyelam skuba untuk menguji kebolehan mereka meneroka keindahan hidupan lautan di laut dalam. Bagi mencapai hajat itu, mereka tetap memerlukan khidmat bot di jeti Jesselton Point.

Pastinya bukan calang-calang pemandu yang mampu membawa bot ke lokasi-lokasi yang dikehendaki pelancong. Hatta mahu nnenyeberang lautan membawa pelancong ke pulau-pulau berhampiran juga, kemahiran pemandu turut diuji.

Sungguhpun tugas pemandu bot ini dilihat sekadar membawa penumpang ke pulau-pulau dikehendaki, ternyata setiap mereka mempunyai latar cerita menarik yang boleh dikongsi.

Salleh Mohd Rizal, pemandu bot yang membawa penumpang ke Pulau Manukan, Mamutik dan Sapi ini berpengalaman luas malah pakar dalam mengendalikan bot-bot bersaiz kecil ini.

“Setiap bot ini boleh membawa kira-kira 12 orang penumpang. Setiap mereka akan dibekalkan dengan jaket keselamatan. Selain jenis bot yang saya bawa ini, ada lagi bot yang lebih besar dengan dibekalkan dua enjin. Pengendaliannya juga berbeza,” terang Salleh sambil menunjukkan bagaimana dia mengawal stereng.

“Sebelum bekerja di jeti ini saya sudah belajar memandu bot. Dari tahun 2002, waktu itu bot lebih kecil dari ini. ltu sekadar suka-suka. Bila tukar kerja, saya perlu membawa bot ini pula.

“Bukan sebarang orang boleh bawa bot in Mereka perlu belajar pengendalian bot ini. Saya belajar selama dua minggu tentang cara membawa bot, bagaimana hendak berhadapan dengan situasi cemas di lautan dan sebagainya,” ujar Salleh lagi.

Bukan mudah sebenarnya untuk mengemudi bot penumpang ini. Ada beberapa syarat yang perlu mereka penuhi. Selain tahu berhadapan dengan situasi cemas, pemandu bot juga perlu mempunyai penglihatan yang jelas.

Ini amat penting agar mereka dapat melihat akan bahaya yang berada di hadapan mereka. Apabila hari hujan, cabaran membawa bot di lautan lebih besar dan menggerunkan.

Bayangkan laut bergelora, jika tidak cekap mengendali bot boleh terbalik dan ia pasti membahayakan penumpang di dalamnya. Mengendalikan bot ketika laut bergelora juga berbeza, tidak boleh semberono sahaja.

Pulau indah penuh misteri

Selain memandu bot untuk membawa penumpang ke pulau-pulau berhampiran, Salleh juga membawa pelancong yang mahu melakukan selam skuba. Akuinya di bahagian belakang Pulau Mamutik adalah lokasi strategik untuk penyelam-penyelam skuba di Kota Kinabalu ini.

Tempat itu mempunyai hidupan yang indah dan penuh misteri. Sebab itulah, ia menjadi kegilaan penyelam skuba yang datang. Salleh juga pernah berhadapan dengan situasi cemas semasa membawa penyelam skuba ini.

“Waktu itu, bot berhenti dan penyelam sedang bersiap sedia mahu terjun ke dalam laut. Seorang penyelam skuba sedang menundukkan kepala mahu terjun. Entah macam mana tiba-tiba ombak memukul bot dan menyebabkan ia tertolak ke hadapan.

Ketika itulah ada sebuah bot melintasi, mujurlah saya sempat berfikir dan tahu cara hendak mengendalikan bot yang dipukul ombak. Akhirnya, bot saya dapat berundur ke belakang. Jika tidak pasti kepala penyelam skuba itu akan dilanggar bot yang sedang bergerak itu,” ceritanya lanjut.

Sebagai anak jati Kota Kinabalu, pastinya Salleh tidak mensia-siakan keindahan alam semula jadi yang ada di persekitarannya. Dirinya juga berkemahiran tinggi dengan aktiviti selam skuba ini.

Sebelum ini, Salleh pernah bekerja di kedai makan. Namun, jiwanya begitu dekat dengan lautan. Akhirnya Salleh di atas bot itu membawa penumpang ke pulau-pulau.

Mahir menyelam skuba

Salleh juga mempunyai kemahiran melakukan selam skuba. Tambahnya, aktiviti sebegitu bukan sekadar menenangkan jiwa, malah membolehkan dirinya bertemu dengan hidupan laut yang cantik dan tersendiri di dasar lautan. Salleh juga mempunyai pengalaman tersendiri mengenai aktiviti ini.

“Saya kerap melakukan aktiviti selam skuba ini dan sudah banyak hidupan laut yang telah saya temui. Tapi ada juga hidupan yang tidak pernah saya temui dan pelik-pelik ada di dasar lautan. Suatu ketika dulu, ketika menyelam saya pernah terserempak dengan seekor ikan besar seakan buaya.

“Paling penting ketika bertemu makhluk-makhluk menyeramkan sebegitu penyelam skuba tidak boleh panik. Tank nafas dalam-dalam dan bertenang. Biarkan sahaja hidupan itu berlalu. Panik itulah yang boleh mendatangkan kecederaan,” tambah bapa kepada tiga orang anak, Mohd Dirwan, 6, Ikhwan, 4 dan Khairol, satu tahun.

Dengan pendapatan RM600 sebulan, Salleh perlu bekerja lebih keras demi membesarkan anak-anak. Setiap hari dia perlu bertugas di situ sehingga jam enam petang. Itulah bot terakhir yang akan membawa penumpang keluar dari pulau.

Jika terlepas bot, pelancong boleh menginap di resort yang disediakan di pulau berkenaan. Namun, harganya jauh lebih mahal daripada tempat penginapan di dataran. Jika mahukan kelainan, apa salahnya mencuba.

Di Sebalik Tragedi

Ketumbuhan di muka punca mata Firdaus buta

Dulu dunianya penuh warna-warni. Pandangannya cerah sampai ke hujung. Dia merasa nikmat penglihatan dengan mensyukuri rahmat Ilahi. Namun ujian Tuhan tidak terhenti buat hambaNya dan dia menjadi insan terpilih untuk menerima ujian itu.

Mohd Firdaus Che Aad @ Saad, 27, tidak dilahirkan sebagai insan cacat penglihatan. Namun dia menerima hakikat buta sepenuhnya, kesan daripada ketumbuhan otak dan di bahagian muka.

Anak muda berasal dari utara ini kerap mengalami sakit kepala tahap nnelampau ketika berusia 14 tahun. Bila dirujuk ke hospital, dia cuma diberi ubat penahan sakit sehinggalah empat tahun kemudian, kesakitan dialami semakin serius. Tatkala itu juga penglihatannya semakin kabur sehinggakan pandangannya menjadi berbalam-balam.

Sekali lagi dia merujuk kesnya ke hospital dan pemeriksaan rapi doktor mendapati ketumbuhan di bahagian otaknya sudah terlalu besar dan perlu menjalani pembedahan segera.

“Pada tahun 2004, saya menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di sel otak. Alhamdulillah, lebih 30 kali menjalani rawatan kemoterapi selepas pembedahan, saya sudah sembuh. Ramai rakan-rakan yang meninggal dunia sama ada ketika pembedahan mahupun ketika rawatan kemoterapi. Saya bersyukur kerana masih boleh menikmati kehidupan di bumi Allah ini.

“Namun kegembiraan hati saya tidak lama kerana beberapa tahun kemudian, di bahagian muka saya terdapat kesan seperti gigitan nyamuk. Saya dan mak sangka ia gigitan nyamuk dan ia hanya hal kecil.

“Tetapi lama kelamaan, ketumbuhan sebesar biji kacang hijau itu mula membesar sehinggalah muka saya mennbengkak menutupi bahagian muka dan hidung. Akibatnya saya sukar bernafas kerana ketumbuhan itu menghimpit keseluruhan muka,” katanya.

Dibelenggu masalah kewangan

Sementara itu ibu Mohd Firdaus, Rohani Ahmad, 52, pula menambah, ketumbuhan yang menghimpit saluran pernafasan menyebabkan anaknya itu tidak boleh bernafas. Hanya selepas pembedahan membuang ketulan di muka, barulah Firdaus dapat bernafas dengan sempurna.

Namun masalah lain pula timbul. Mata Firdaus terus kabur dan lama-kelamaan menjadi buta. Ada kalanya darah tidak henti nnengalir dari hidungnya umpama paip pecah.

“Bila hidungnya berdarah Along akan tadah dengan tuala. Sebab itu tuala sentiasa tersangkut di bahunya. Buat masa ini saya memimpinnya kalau ke mana-mana. Jika perlu ke PPUM, kami naik bas dari Alor Setar sebelah malam dan sampai Subuh hari.

“Kami akan berada di depan kaunter pendaftaran seawal pagi untuk membolehkan bertemu doktor lebih awal. Hendak berehat di surau hospital agak sukar kerana terpisah lelaki perempuan. Biarlah susah macam mana, saya tetap mahu nnemastikan Along kembali sihat,” ujar ibu tua ini penuh pasrah.

Insya-Allah, dalam waktu terdekat ini Firdaus akan menjalani satu lagi pembedahan untuk membetulkan batang hidungnya ke tempat asal. Akibat bengkak di muka, batang hidungnya sudah beralih ke sebelah kiri. Kesan bengkak mukanya masih kelihatan lagi.

Sementara itu, kesan daripada pembedahan lama, mulut Firdaus tidak boleh dibuka luas. Sehingga untuk memberus gigi pun payah kerana rahang mulut seperti terkunci.

Namun apa yang menjadi masalah buat keluarga ini adalah kos perbelanjaan ulang-alik dari Alor Setar ke Kuala Lumpur. Rohani hanya seorang ibu tunggal yang bekerja sebagai tukang cuci di rumah orang. Pendapatannya cuma RM8.50 sejam dan sehari dia hanya mampu bekerja selama lima hingga enam jam sahaja.

Dengan pendapatan tidak seberapa itu, Rohani menanggung empat orang anak. Selain Firdaus, anak-anak Rohani adalah Siti Fazilah, 20-an, Siti Asmidar, 19, dan Siti Zubaidah, 16 yang kini menuntut di Kolej Vokasional di Kuala Terengganu.

Telan kata-kata penghinaan

Kesusahan boleh mencampakkan seseorang ke lembah hina. Begitulah yang dirasai Rohani apabila dia sekeluarga pernah dihina dan dicaci hanya semata-mata kesusahan yang dialami.

Namun ibu ini terus sabar, malah dia meminta anak-anaknya untuk terus tabah dan sentiasa ingat pada kebesaran Ilahi. Biarlah dipandang hina, dicaci dan dicerca itu tidak menjadi kudis kerana kebesaran Allah SWT mengatasi segala-galanya.

Banyak kata-kata hina menggores perasaan saat Rohani dan Firdaus cuba mendapatkan bantuan buat menampung kos perjalanan ke hospital. Kata-kata itu keluar dari mulut insan-insan yang sepatutnya menghulurkan bantuan. Namun dua beranak ini hanya menelan pahit semua kata-kata tersebut kerana mereka sedar siapa diri mereka.

“Saya telan semua kata-kata penghinaan itu. Muka tebal namun saya terpaksa juga meminjam kerana bagi saya, biarlah asal dapat wang untuk mengubati anak agar dia kembali pulih seperti sedia kala,” ujarnya yang yakin ada hikmah di sebalik semua dugaan Tuhan ini.

Menurut Rohani, anaknya ada menerima bantuan sebanyak RM300 sebulan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat. Namun jumlah itu masih tidak cukup untuk menampung kos perbelanjaan mereka.

“Buat masa ini, pembedahan ke atas Firdaus dibantu oleh kebajikan hospital PPUM. Saya cuma perlu menyediakan perbelanjaan ulang alik Alor Setar ke Kuala Lumpur selain sedikit wang untuk membeli makanan. Saya tak perlukan banyak wang tapi kesusahan ada kalanya membuatkan orang sering memandang serong,” katanya dalam lirikan mata yang sayu.

Mohon diberi tempat berteduh

Buat masa ini Firdaus dan Rohani menetap di rumah sewa di Lorong Pauh, Jalan Langgar Alor Setar dengan kadar sewa RM200 sebulan. Lantaran kesempitan hidup, Rohani amat berharap kerajaan negeri dapat menyediakan sebuah rumah untuk keluarganya berteduh.

“Rumah kecil pun tak apa asalkan kami tidak dihalau keluar. Dulu arwah bapa tiri saya ada memberikan sedikit ruang tanah untuk dibina rumah dibiayai kerajaan negeri.

“Namun malangnya, bila bapa tiri dan ibu saya meninggal dunia, saya disuruh keluar dari rumah itu dengan pelbagai alasan. Memandangkan nama saya sudah ada dalam senarai penerima bantuan, saya tidak mungkin dapat pembiayaan lagi.

“Terkini tuan rumah tempat saya menyewa mahu membaiki rumah sewaan dan menyuruh kami keluar. Saya tidak tahu mana nak pergi. Sebab itu saya merayu agar diberikan sebuah rumah. Saya masih boleh bekerja dengan tulang empat kerat ini,” kata Rohani lagi.

Harapan Rohani melihat anak-anaknya menjejak kaki ke menara gading juga tidak kesampaian akibat desakan hidup. Dua dari tiga orang anaknya tidak dapat meneruskan pelajaran ke peringkat lebih tinggi kerana kesempitan wang.

Malah anak keduanya yang mendapat pendidikan lanjut di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) juga tidak dapat meneruskan pengajian kerana masalah kewangan.

Selain itu anak ketiganya juga sudah pun mendapat tawaran ke Institut Perhutanan Sarawak namun terpaksa membatalkan pendaftaran akibat ketiadaan wang memandangkan ketika itu, Rohani berdepan dengan pembedahan Firdaus.

“Memang sukar bila hidup susah. Ujian hidup saya juga besar termasuk suami yang meninggalkan kami begitu sahaja. Tapi syukur juga kerana Allah mengurniakan saya tubuh sihat untuk membanting tenaga demi anak-anak,” katanya yang pernah patah tangan akibat dilanggar sebuah kereta dan sehingga kini tangannya tidak berupaya mengangkat benda berat.

Bagaimanapun doa tidak putus-putus dipohon oleh ibu ini agar kehidupan Firdaus kembali pulih. Dia tidak mengharapkan bulan jatuh ke riba, cuma mahu Firdaus dapat melihat kerana begitu belas melihat anaknya yang terpaksa meraba-raba.

Pernah beberapa kali Firdaus jatuh ke dalam longkang atau pun atas jalan raya akibat tersadung kaki. Penulis sendiri melihat kepayahan Firdaus berjalan. Ternyata dia tidak boleh berjalan sendiri sebaliknya perlu dipimpin seseorang.

Selain itu Firdaus belum terlepas daripada ujian. Di sebalik ketumbuhan di mukanya, Firdaus turut menunjukkan tiga parut di bahagian dadanya. Parut seakan isi timbul itu bertambah besar kerana bengkaknya mula ketara dapat dilihat. Firdaus sendiri tidak pasti bagaimana parut itu boleh tumbuh di dadanya.

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Jika pembaca bersimpati dan berhajat meringankan beban kewangan keluarga ini, bolehlah menyalurkan bantuan kewangan ke Akaun Maybank 152023-394354 atas nama Rohani binti Ahmad.

Kugapai Bintang

Suzana yakin kebolehan sendiri

Kemahiran mengurut sudah sekian lama menjadi milik Suzana Othman, 34. Tanpa mengikuti kelas formal, Suzana mampu melaksanakan tugas itu dengan berkesan.

Sekali pandang, Suzana Othman tidak seperti insan yang mempunyai kekurangan. Jalannya laju bagaikan insan normal. Pergerakannya juga tangkas dan bersahaja. Raut ceria sentiasa menemani perwatakannya. Barangkali itulah yang membuatkan orang senang dekat dengan dirinya.

Namun hakikatnya wanita tinggi lampai kelahiran Bota Kanan, Perak ini sejak lahir mengalami kecacatan pada kaki kiri. Namun dia redha menerima takdir yang tersurat buat dirinya.

“Waktu kecil, saya bersekolah di sekolah biasa. Semasa ke sekolah, saya hanya berjalan perlahan atau melompat-lompat dari rumah sampailah sekolah. ketika usia saya 10 tahun barulah saya memakai kaki palsu,” tuturnya Suzana, 34 tahun.

Kecacatan sedikit pun tidak mengurangkan keyakinan dalam dirinya. Sebaik tamat Tingkatan Lima, Suzana merantau ke Kuala Lumpur. Di sana dia bekerja sebagai pembantu peribadi di syarikat swasta. Pelbagai kerja pernah dilakukan termasuklah menjadi promoter dan perunding kecantikan di pusat kecantikan di ibu kota.

“Semasa bekerja di pusat kecantikan itulah saya belajar tentang dunia kecantikan dan urutan. Lama kelamaan, saya sedar kelebihan saya dalam bidang urutan mampu membuatkan saya pergi lebih jauh.

“Saya bukan sahaja belajar tentang urutan biasa malah berguru dengan bidan tentang cara-cara mengurut orang dalam pantang dan urutan kanak-kanak,”ujarnya yang ketika ini bekerja di Pusat Urut Terapi dan Refleksologi OKU Shah Alam.

Ujar Suzana di sini pemiliknya mengutamakan urutan untuk ahli sukan dan sedikit demi sedikit dia belajar mengenainya. Selain mengurut katanya dia juga serba sedikit harus mengetahui tentang penyakit bagi melengkapkan informasi kepada pesakit.

Tidak rasa terbeban

Memandangkan dirinya satu-satunya wanita yang bekerja di pusat itu, dia mendapat kelonggaran mengurut pelanggan wanita sahaja. Biasanya, Suzana akan melayan pelanggan yang membuat tempahan terlebih dahulu.

Setiap hari, Suzana akan mengurut enam orang pelanggan sahaja. ltu untuk pelanggan yang memilih urutan sukan. Bagi pelanggan yang mahu urutan relaks, Suzana tidak keberatan mengurut sehingga 10 orang pelanggan dalam satu hari.

“Saya bersyukur sepanjang saya menjalani kehidupan, saya mampu berhadapan dengan ujian yang diberikan. Saya gembira melaluinya dan tidak pula rasa terbeban.

“Sebenarnya sebelum ini saya tidak pernah berkawan dengan OKU, kawan-kawan saya kebanyakannya kalangan orang normal. Sampailah saya menyertai sukan bola tampar duduk, barulah saya kenal rakan senasib. Rupanya ada macam-macam kisah yang mereka alami,” ulasnya lanjut.

Terlibat dalam sukan bola tampar duduk

Bercerita pembabitannya dalam sukan bola tampar duduk, ujar Suzana sewaktu mahu membaiki kaki palsu di Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan (PLPP) di Bangi, pekerja di sana mempelawanya untuk menyertai pasukan bola tampar duduk.

Tertarik dengan tawaran itu, Suzana akhirnya bersetuju menyertainya. Pada tahun 2010, namanya tersenarai mewakili negara dalam kejohanan sukan Paralimpik. Kini, usaha yang tidak mengenal jemu membolehkan pasukannya memenangi pingat antaranya di Indonesia dan Iran sekali gus meraih pingat perak.

“Memanglah keadaan kaki saya ini menyebabkan banyak impian saya tidak tercapai. Malah mencari seluar yang sesuai pun sukar. Namun, saya bersyukur kerana ia memberi kelebihan kepada saya.

“Waktu mula-mula belajar sukan bola tampar duduk, punggung saya lebam-lebam. Pernah sekali saya beli seluar khas untuk menunggang basikal sebab tak tahan sakit. Kawan-kawan lain tiada masalah kerana rata-rata mereka berisi berbanding saya,” cerita Suzana lucu.

Tahun ini, dirinya sudah bersiap sedia menyertai pasukan negara ke kejohanan Paralimpik. Walaupun bekerja, majikannya cukup memahami. Dia diberi kelonggaran berlatih apabila hari kejohanan semakin ham pin.

Sungguhpun aktif dengan sukan dan kerja-kerja mengurut, Suzana sentiasa memasang impian untuk memiliki sebuah spa sendiri. Pastinya dia mahu berkongsi kemahiran dan kelebihan yang Allah berikan kepada orang lain di luar sana.