Category Archives: Mingguan Wanita

Teks untuk Podcast 25 Oktober 2016

Podcast tersebut merupakan rakaman audio sebuah rencana yang diambil daripada majalah Mingguan Wanita bertarikh 26 Ogos 2016 dan teks asalnya adalah seperti berikut:

Kisah Masyarakat

Farhan takkan berhenti selagi Amna dan Amni belum boleh berdikari

Farhan Takkan Berhenti Selagi Amna & Amni Belum Boleh Berdikari
Memiliki anak yang sempurna sifat adalah impian setiap ibu bapa. Anak adalah zuriat penyambung warisan. Tetapi tidak semua yang diimpikan itu menjadi kenyataan.
Farhana Mohd Sharipoddin dan suaminya Zairol Hisham Hisham Abu Hassan redha dengan ketentuan Ilahi. Pasangan suaml-isteri yang menetap di Seri Manjung, Perak memiliki tiga orang cahaya mata. Dua perempuan dan seorang lelaki.
Cabaran awal dalam kehidupan berkeluarga pasangan ini bermula apablla anak sulung mereka Amni Najihah didiagnos mengalami sindrom Dandy Walker. Kemudian, apabila anak ketiganya, Amna Raihanah dilahirkan, doktor mengesahkan bayi perempuan mereka itu mengalami sindrom Joubert. Amni Najihah kini berusia lima tahun. Manakala Amna Raihanah berusia 2 tahun. Mereka bersyukur anak kedua mereka sihat dan normal.
Amni Najihah dilahirkan di Hospital Ipoh, Perak pada 2 Januari 2011. Dia telah didiagnos mengalami sindrom Dandy Walker sejak dalam kandungan lagi. Sindrom Dandy Walker merupakan satu keabnormalan pada bahagian otak yang melibatkan otak kecil dan ruang yang berisi cecair di sekitarnya. Sindrom ini merupakan satu gangguan genetik yang jarang berlaku dan dianggarkan berlaku sekitar 1 : 300, 00 kelahiran hidup.
Manakala Amna Raihanah yang dilahirkan pada 4 Ogos 2014 didiagnos mengalami sindrom Joubert sewaktu dilahirkan. Amna sukar untuk bernafas dan menyebabkan wajahnya berwarna biru pada awal kelahiran.
Dia telah dimasukkan ke dalam wad NICU selama 42 hari. Dia diberikan bantuan pernafasan kerana dia kerap lupa untuk bernafas (apnea) pada awal kelahirannya. Amna pernah disahkan telah tiada pada hari ke-24. Pada waktu itu dia di wad ICU. Namun dia dapat diselamatkan setelah CPR dilakukan.
Kemudiannya setelah MRI dilakukan, Amna disahkan mengalami sindrom Joubert iaitu salah satu gangguan genetik yang sangat jarang berlaku. la memberi kesan kepada otak (kawasan otak yang mengawal pernafasan, keseimbangan dan koordinasi), Sindrom Joubert dianggarkan berlaku dalam 1 : 100, 000 kelahiran.
Agak sukar kehidupan kedua-dua anak Farhana ini. Kesan kedua-dua sindrom ini melibatkan keabnormalan bahagian otak.
“Keadaan ini sekali gus mengganggu perkembangan mereka. Ciri-ciri yang paling ketara ialah kekurangan kawalan otot, hypotonia(lemah otot/lembik), perkembangan mata yang tidak normal serta juga menjejaskan pertuturan mereka,
“Kedua-duanya masih belum boleh bercakap, duduk mahu pun berjalan. Amna lebih memerlukan penjagaan rapi lika dibandingkan dengan Amni. Sebabnya Amna mempunyai sawan dan kerap lupa bernafas pada awal kelahirannya.”
Tiada Rawatan Khusus
Hati ibu bapa mana yang tidak terkesan apabila melihat dua anak terlantar. Tidak mampu menguruskan diri. Bukan saja fizikal perlu kuat tetapi emosi dan rohani juga harus tabah mengharungi ujian Allah ini. Farhana sungguh bertuah mendapat suami yang ringan tulang dan sering membantunya menguruskan anak-anak di rumah.
“Bantuan suami untuk memandikan anak, memberi makan dan sebagainya dapat meringankan tugas saya di rumah. Hal ini kerana semuanya memerlukan kekuatan fizikal oleh kerana si kakak (Amni) yang semakin membesar.
“Oleh kerana saya bekerja sebagai seorang guru dan suami seorang tentera, saya terpaksa menghantar anak-anak ini di sebuah taska yang berhampiran dengan rumah. Setiap pagi, dengan bantuan suami kami akan menyiapkan anak ini mandi dan menyusukan dulu sebelum hantar ke taska.
“Alhamdullllah ada taska yang sudi menjaga kedua anak ini sepeninggalan saya di tempat kerja. Kebiasaannya pada pukul 2 petang saya akan mengambil anak-anak sejurus balik dari tempat kerja. Secara rutinnya saya membawa mereka untuk temu janji hospital di sebelah petang dan rawatan alternatif di hujung minggu.”
Berkaitan dengan rawatan untuk anak-anak sepertf ini tidak ada rawatan khusus yang diperlukan kerana ia melibatkan genetik.
“Apa yang saya buat ialah berusaha agar mereka boleh berdikari seperti boleh duduk berjalan dan tidaklah terlantar seperti sekarang. Antara rawatan yang saya lakukan seperti Fisioterapi, Cara kerja, Stimulaterapi, Hidroterapi, Urutan, dan Rawatan Saraf.
“Saya juga mendaftarkan mereka di PDK (Pengkalan TLDM Lumut) serta mendaftarkan mereka di PKOC Manjung bagi mendapatkan rawatan fisioterapi setiap minggu. Selain mendapat rawatan di klinik pediatrik di hospital Manjung, mereka juga dirujuk di hospital Kuala Lumpur di bahagian genetik.
“Penting untuk mereka sentiasa follow up periksa darah bagi mengenal pasti fungsi organ masih dalam keadaan baik kerana sindrom ini boleh mengganggu fungsi buah pinggang dan hati. Selain itu, sampel darah mereka juga diambil untuk dibuat kajian penyelidikan di Rome, ltali bagi mengenal pasti kesilapan genetik yang berlaku. Lagi pun sindrom ini merupakan keadaan yang jarang berlaku.”
Kos untuk rawatan alternatif juga mencecah ribuan ringgit Selalunya untuk menampung kos rawatan ini Farhana menggunakan duit sendiri dengan cara menabung sikit demi sedikit.
Kumpulan Sokongan Facebook
Kumpulan sokongan amat penting bagi ibu bapa yang memiliki anak-anak istlmewa ini. Farhana dan suami tidak terkecuali mencarinya.
“Bila mula memiliki anak syurga sudah tentu kita buntu, sedih dan tercari-cari alternatif rawatan untuk mereka. Oleh yang demikian kumpulan sokongan sangat membantu untuk kita berkongsi rasa, kisah duka lara, rawatan yang oleh diambil dan sebagainya.
Antara kumpulan sokongan tersebut ialah grup super angel ataupun MOMS (moms on missions) yang boleh di dapati di Facebook. Kumpulan sokongan seperti ini banyak menganjurkan perjumpaan tahunan bagi meraikan anak syurga ini selain membantu saya mencari rawatan terbaik untuk anak-anak.
“Oleh kerana sindrom ini sesuatu yang jarang berlaku saya juga berusaha untuk menyertai grup ibu bapa dari luar negara di Facebook. Belajar dan ketahui dengan lebih terperinci tentang kedua-dua sindrom ini. Di samping itu, kami juga boleh berkongsi pengalaman.
“Memiliki dua anak syurga bukanlah sesuatu yang mudah. Namun saya suka melihat dari sudut positif kerana ia merupakan satu anugerah dari Allah. Harapan saya sebagai seorang ibu agar mereka sentiasa sihat, banyak perkembangan positif dari hari ke hari. Sokongan daripada pihak kerajaan dan orang awam juga penting bagi menyokong anak-anak ini untuk terus maju di masa hadapan.”
Anda boleh menyumbang kepada keluarga ini dengan menghulurkan bantuan pada akaun Maybank 158305294818 di bawah nama Farhana Mohd Sharipoddin.

Teks untuk Podcast 13 Oktober 2016

Podcast tersebut merupakan rakaman audio sebuah rencana yang diambil daripada majalah Mingguan Wanita bertarikh 26 Ogos 2016 dan teks asalnya adalah seperti berikut:

Kugapai Bintang

Impian saya tetap melangit

Impiannya tinggi melangit. Meski Luaran nampak serba kekurangan, namun hati wanita berusia 35 tahun ini begitu celik. Dia mahu menyumbang sedikit bakti membantu pelajar cacat penglihatan beroleh kecemerlangan dalam peperiksaan.

Pertemuan penulls dengan si pemilik nama Lily Suriani Omar membawa kepada perkongsian baru. Manakan tidaknya, setiap butir patah kata yang diucapkan mencetus sumber inspirasl. Hingga satu ketika, hati mengakui golongan seperti ini benarbenar memberi kesedaran.

Memulakan bicara kami pagi itu, wanita yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan ini disahkan mempunyai masalah penglihatan tahap B2 seawal usia 7 tahun lagi. Namun, dla beruntung kerana masih boleh melihat dengan jarak dekat.

“Masalah mata saya dikesan ketika saya di sekolah. Cikgu menyedari bahawa saya tidak nampak apa yang ditulis pada papan hitam. Setahun juga saya belajar di sekolah khas sehinggalah cikgu mencadangkan supaya saya dihantar ke sekolah pendidlkan khas,” ujar Lily Suriani yang senang dipanggil Lily.

Daya penglihatannya semakin merosot dan doktor menyatakan ia adalah faktor genetik kerana arwah ibunya, Sakinah Abdul Rahman tidak nampak tota1.

“Sebenarnya semua anak perempuan dalam keluarga mempunyai masalah pengllhatan. Saya dikesan mempunyai masalah rabun pada mulanya sebelum disahkan mempunyai katarak. Dek kerana katarak pada kedua-dua belah mata, makanya saya menjalani pembedahan bagi membuang selaput pada mata. Pembedahan pertama pada usia saya 17 tahun,” cerita anak keenam daripada tujuh orang adik beradik ini.

Enggan melihat kekurangan diri sebagal penghalang dalam menikmati kemanisan hidup, ada kalanya, stigma masyarakat menggores hati kecil wanita ini.

“Saya ni jenis orang yang suka bertanya. Bila saya sesat jalan dan perlukan bantuan saya akan bertanya. Rutin pagi saya akan masakkan makanan untuk suami membawa bekal ke tempat kerja. Selepas itu, kami berdua akan berjalan kaki ke LRT. Selalunya saya akan menggunakan tongkat ketika melalui jalan yang saya tldak biasa.

“Namun jujurnya saya terasa hati jika ada orang yang pandang saya dan tersenyum sinis. Saya perasan dan tidak suka keadaan seperti itu, Bila pergi ke pasar raya pula, saya berhadapan masalah untuk melihat tanda harga yang kecil.

“Bila itu berlaku, saya akan bertanya kepada orang sekeliling termasuk pekerja pasaraya namun, ada pula yang tidak mahu membantu dan melarikan diri. Tindakan itu membuatkan saya terasa dan biasanya yang lari itu adalah golongan wanita,” katanya yang semakin lali dengan insiden seperti itu.

Berdepan dengan persepsi menjengkelkan segelintir masyarakat, LiLy turut melahirkan rasa kecewa dengan syarikat mencarl pekerja yang dikatakan tidak telus dalam urusan pengambilan pekerja kurang upaya.

“Ada ketikanya, akan ada hari untuk syarikat-syarikat mengadakan urusan pengambilan pekerja untuk golongan kurang upaya. Saya dan kawan-kawan pergi ke tempat terbabit dan hantar resume pada 5-6 syarikat yang menawarkan jawatan kosong.

“Namun, kami tidak menerima sebarang panggilan dari syarikat terbabit. Apabila ditanyakan kepada rakan senasib, mereka turut mengadu perkara yang sama, Saya merasakan syarikat-syarikat tersebut hanya cakap sahaja dan meletakkan syarat pekerjaan untuk golongan kurang upaya.

“Ia bagi menunjukkan mereka prihatin terhadap golongan kurang upaya, tetapi hakikatnya peluang pekerjaan yang ditawarkan mungkin tiada,”katanya kecewa.

Seronok Dengan Kerjaya

Meski rasa ralat menguasai diri dek kerana itu, namun isteri kepada Mohd Azhar Tugiman Ini sebetulnya gembira dengan tugas yang dilakukannya sekarang ini. Berkhidmat sebagai computer brailes di Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB), dekat Brickfields di ibu negara memberi pengalaman tidak ternilai harganya.

“Saya suka kerja sekarang. Ia termasuk tugas terjemah novel celik kepada tulisan braile untuk kegunaan golongan cacat penglihatan. Contohnya sebuah novel tu, akan ada sukarelawan datang untuk bacakan untuk saya.

“Saya akan taip pada word ataupun scan. Menggunakan satu software khas, sebuah novel itu akan diterjemahkan kepada tulisan braile. Untuk sebuah novel itu, ia akan mengambil masa 2 hingga 3 bulan untuk disiapkan dan disusun dalam 6 hingga 10 jilid.

“Cuma bezanya novel yang siap diterjemahkan datam tulisan braile adalah bersaiz A4. Memang seronok kerana selain dapat menterjemah, saya dapat membaca novel yang dipilih,”ujarnya yang sudah 11 tahun berkhidmat di sana. Menanam impian besar, Lily berharap satu hari nanti dapat membuka syarikat penerbitan sendiri

“Sekiranya dapat satu set alat emboser atau saya boleh dapatkan sumbangan, mungkin saya berhasrat untuk membuka perniagaan sendiri. Saya mahu menterjemahkan soalan-soalan ramalan peperiksaan khusus untuk pelajar cacat penglihatan.

“Saya lihat tiada lagi contoh soalan ramalan dalam tulisan braile, Ia boleh dijadikan rujukan seperti mana yang dilakukan oleh jenama penerbitan buku rujukan Pelangi dan Sasbadi pada suatu masa dahulu,”katanya optimis.

Memohon doa agar penglihatannya kekal seperti sekarang, Lily menyeru golongan senasib berdiri atas kaki sendiri dan tidak hanya mengharapkan bantuan semata-mata,

“Saya tidak berharap untuk celik sepenuhnya kerana ia sepertinya mustahil Tetapi saya berdoa supaya penglihatan saya kekal seperti ini sampai saya menutup mata. Bimbang juga kerana selalunya semakin meningkat usia, penglihatan semakin merosot. Alhamdulillah, setakat ini semuanya baik-baik sahaja,”ujarnya di hujung bicara kami.

Teks untuk Podcast 10 Oktober 2016

Podcast tersebut merupakan rakaman audio sebuah rencana yang diambil daripada majalah Mingguan Wanita bertarikh 26 Ogos 2016 dan teks asalnya adalah seperti berikut:

Pengakuan Duda

Isteriku pergi bersama hilangnya pekerjaanku

“Abang… sewa rumah sudah dua bulan tidak dibayar. Kereta itu lagi sebulan mesti kena tarik. Barang kemas saya semakin lama semakin habis digadai. Silap hari bulan, kita tidur di luar. Bosanlah hidup kalau beginilah keadaan kita setiap hari.”Itulah bebelan yang sering keluar daripada mulut isteri sejak aku diberhentikan kerja. Bukan setakat sakit hati. Sakit telinga pun ada. Tetapi apa yang mampu aku buat. Dengar sahajalah bebelannya kerana itulah kenyataan yang perlu ditelan.

Sebenarnya kehidupan kami sebelum ini tidaklah sesukar sekarang. Aku memiliki pekerjaan yang bagus setimpal dengan kelulusan yang dimiliki. Jawatan yang disandang mampu menyara keluarga yang terdiri daripada isteri dan dua anak.

Tetapi kegawatan ekonomi telah menggugat segala-galanya. Syarikat tempat aku bekerja terpaksa membuang kakitangannya. Aku antara kakitangan yang terpilih diberhentikan. Bayaran pampasan telah diberikan. Tetapi jumlah yang diberikan tidak mampu menampung keperluan hidupku yang makin bertambah. Hutang rumah dan kereta masih banyak. Apa yang aku dapat cukup sekadar perbelanjaan harian selama beberapa bulan. Semakin hari semakin menyusut wang tersebut sedangkan pekerjaan baru masih belum aku peroleh.

Pening aku memikirkan cara untuk mencari kerja baru. Ditambah pula aku berusia lebih dari 40 tahun, agak sukar untuk bersaing dengan pekerja-pekerja baru yang segar dan berperwatakan menarik. Akhirnya, apa yang mampu aku lakukan adalah berniaga kecil-kecilan di hadapan rumah.

Pendapatan yang diterima tidak menentu. Lebih banyak rugi daripada untung. Keadaan ini menjejaskan wang simpanan yang ada. Akhirnya wang simpanan yang menyusut menyukarkan aku untuk membayar sewa rumah dan perbelanjaan lain.

Masalah kewangan ini memberi kesan terhadap rumah tanggaku. Isteriku seorang suri rumah. Dahulu dia pernah bekerja. Aku memintanya berhenti kerana mahukan dia memberi tumpuan pada anak-anak. Setiap bulan aku tidak lupa memberinya wang nafkah dan wang perbelanjaan.

Pada masa itu aku mampu kerana gajiku besar. Tetapi setelah berhenti kerja, aku tidak mampu untuk memberinya wang seperti biasa. Ini yang membuatkan isteriku tidak puas hati.

Berpisah Cara Baik

Isteriku ada menyuarakan hasratnya untuk bekerja semula. Aku benarkan dia mencari kerja. Tetapi nasib tidak menyebelahinya. Dia sudah lama tidak bekerja. Bagaimana dia mahu bersaing dengan pekerja-pekerja berpengalaman lain yang terdapat di pasaran.

Keadaan yang tertekan telah membuatkan dirinya sering marah. Sikapnya telah berubah. Kami juga sudah tidak sehaluan. Apa sahaja yang aku cakap, dia pasti tidak mahu mendengar. Kadang kadang tanpa disedari, kami akan bergaduh.

Pergolakan rumah tangga kami itu memberi kesan terhadap anak-anak. Mereka masih tidak mengerti apa yang berlaku. Aku bukannya mahu bertengkar di hadapan anak-anak. Tetapi semuanya itu berlaku tanpa disangka. Hubungan aku dan isteri semakin renggang. Isteri semakin tidak menghiraukanku. Dia juga semakin kerap keluar rumah dengan alasan mahu mencari kerja. Tinggallah aku berniaga sendirian di hadapan rumah. Anak-anak hairan kenapa ibu mereka begitu.

Setiap hari mencari kerja tidak juga berjaya. Isteriku patah hati. Dia juga tidak boleh melihat wajahku. Dia juga sering memberilahu bahawa dia sudah tidak tahan untuk hidup bersamaku lagi. Dia mahu kebebasan. Dia sudah tertekan dan tidak mampu memikul tekanan. Dia malu dengan jiran tetangga.

Berpisah. Itulah permintaannya. Isteriku sudah tidak sanggup lagi bertengkar dan hidup susah bersamaku. Aku tidak mahu menurut permintaannya. Namun dia tetap mendesak. Jika aku tidak menceraikannya, dia akan keluar begitu sahaja. Dia berusaha untuk mencari kerja. Dapat atau tidak kerja itu dia tidak kisah. Apa yang pasti, dia sudah tidak mahu hidup bersama dengan aku. Hatinya sudah tergores. Dia sudah tidak mampu menghadapi tekanan. Sebagai anak bongsu dan manja dalam keluarganya dia memang tidak pernah hidup susah ketika belum berkahwin dulu. Ini mungkin membuatkannya tidak tahan tekanan hidup.

Akhirnya aku terpaksa akur dengan kehendaknya. Kami berpisah cara baik kerana sudah tidak ada sefahaman. Anak-anak di bawah jagaanku kerana bekas isteri tidak mampu menyara mereka. Namun aku tidak pernah menghalang bekas isteri untuk melihat mereka pada bila-bila masa.

Kini aku hidup secara sederhana dengan anak-anak. Kami tidak susah dan tidaklah senang. Hanya sekadar cukup makan. Kami tetap bahagia walaupun tanpa bekas isteriku. Berita terbaru yang aku dengar mengenai bekas isteriku amat menggembirakan hati. Dia sudah memiliki pekerjaan. Aku berharap dia gembira dengan kehidupannya itu.

Harapanku hanya satu. Mungkin pada satu hari kami dapat bersatu semula. Aku masih sayangkan bekas isteriku itu. Tuhan dengarlah suara hatiku ini. Dan aku tidak akan berputus asa untuk memperbaiki hidupku dari masa ke masa. Kuharap apa yang aku alami ini hanya sebuah ujian yang akan berakhir dengan kebaikan.

Teks untuk Podcast 2014 012 04

Podcast 2014 012 04, merupakan bahagian keempat rakaman audio rencana-rencana daripada Mingguan Wanita 20 Disember 2013 dan teks asalnya adalah seperti berikut:

Kisah Masyarakat

Rokiah tetap kuat walaupun diuji injap jantung rosak

Dadanya terasa berombak. Dari perlahan akhimya kencang sekali gus menyukarkan pernafasan. Namun dipendamkan juga. Sambil menyapu, dia berhenti rehat seketika. Fikirnya mungkin kerana penat bekerja membuatkan jantungnya berdegup kencang.

Sebelum ini, dia tidak pernah berkeadaan sebegitu. Semuanya balk-baik sahaja tetapi sejak beberapa bulan yang lalu, keadaan kesihatan Rokiah Abd Rahman, 49 sedikit terjejas.

Sebolehnya dia tidak mahu menyusahkan sesiapa terutamanya suami dan anak-anak. Dirasakan penyakit yang ditanggung hanya biasa-biasa. Tak mungkin serius. Namun, kesakitan yang dirahsiakan akhirnya terbongkar apabila dia jatuh dan tidak sedarkan diri.

“Waktu itu saya sedang melakukan kerja rumah. Dada ini terasa sungguh sakit. Mudah sangat penat. Bila terasa begitu saya duduk sebentar di kerusi dan menyambung semula kerja setelah sakit yang dialami sedikit reda.

“Menyangka sakit akan hilang dengan sendiri, saya ambil keputusan habiskan kerja yang terbengkalai. Tetapi, dengan tidak semena-mena, saya jatuh dan terus tidak sedarkan diri. Mujurlah ada suami ketika itu. Dialah yang membawa saya ke hospital,” imbasnya.

Setibanya di hospital, ujar Rokiah dia diperiksa dengan teliti oleh doktor. Dia kemudian ditahan di wad untuk beberapa hari bagi menjalankan pemeriksaan lanjut.

“Ujian demi ujian dilakukan. Akhirnya, doktor memberitahu bahawa injap di bahagian jantung saya telah rosak.

Tergamam saya mendengarnya kerana kalau ikutkan sejarah keluarga, mak dan ayah saya dahulu tidak pernah mendapat penyakit sedemikian. Cuma baru-baru ini ada anak dan cucu saudara saya yang terkena penyakit tersebut,” katanya ketika ditemui di Institut Jantung Negara (IJN).

Positif melihat masa depan

Ujar Rokiah sebelunn disahkan mengalami masalah jantung dia mengakui sering berhadapan masalah untuk tidur. Dia tidak boleh tidur terlentang kerana akan berasa sesak nafas. Jika beralih ke kiri atau kanan, bantal terpaksalah ditinggikan bagi memudahk pernafasan. Lebih sembilan bulan dia merasai sakit seperti itu. Langsung tidak menyangka masalah yang menimpanya berkaitan dengan jantung.

“Dari hospital di Terengganu, saya diminta pergi ke IJN untuk pemeriksaan dan pembedahan. Berdebarnya hanya Tuhan yang tahu. Dalam hati saya mengharapkan agar semuanya berjalan lancar. Maklum sahajalah. pembedahan kali pertama.

“Ditemani suami dan anak-anak. saya kuatkan diri untuk laluinya. Nyata. pengalaman yang dilalui membuatkan saya lebih bersyukur dengan apa yang dimiliki. Ujian penyakit ini membuatkan saya lebih positif untuk mengharung hari-hari mendatang,” tutur Rokiah.

Sambungnya syukur selepas pembedahan dia berasa lebih sihat sedikit malah kepenatan yang dirasakan semakin kurang setelah menjalani rawatan fisioterapi.

“Mujurlah saya ini suri rumah tangga sepenuh masa. Jika tidak, mungkin menyusahkan majikan untuk mendapat cuti lama. Pendapatan bulanan semuanya daripada suami.

“Dia bekerja sebagai pemandu kereta sewa. Wang itulah yang digunakan untuk membesarkan anak-anak sekali gus menampung perbelanjaan sekeluarga sejak dari dahulu lagi,” ujar isteri kepada Raja Haron Raja Ibrahim ini bersungguh-sungguh.

Perlu lakukan fisioterapi

Meskipun pertama penulis bertentang mata dengan wanita berjiwa kental ini namun dirasakan seperti ada keserasian antara penulis. Dia cukup mudah bekerjasama baik ketika ditemu ramah mahupun diambil gambar. Walaupun baru sahaja menjalani pembedahan beberapa hari, Rokiah tidak sekali-sekali menghampakan permintaan penulis untuk berkongsi cerita dengannya.

Kata Rokiah, anak sulungnya juga belajar di bidang komunikasi dan media. Sebab itulah dia faham benar dengan apa yang diinginkan oleh penulis.

“Alhamdulillah, anak pun sudah besar. Tinggal dua orang sahaja yang masih bersekolah. Selebihnya sudah berjaya masuk institusi pengajian tinggi. lni pun, anak-anak terpaksa bercuti untuk bawa saya pulang ke Terengganu.

“Kata doktor, saya perlu melakukan fisiologi sendiri bila sampai di rumah nanti. Paling tidak berjalan perlahan-lahan di sekeliling rumah, sepertimana yang diajar ketika berada di hospital ini,” ujarnya yang tidak pernah menjangka akan menghidap masalah jantung.

“Hendak kata saya tidak bersenam, rasanya setiap hari peluh keluar dengan melakukan kerja-kerja rumah. Makanan pun saya jaga, tak ambil sembarangan. Tetapi sudah ketentuan-Nya. Saya terimalah dengan hati redha.

“Mungkin ada hikmah besar di sebalik apa yang terjadi. Saya juga perlu datang lagi ke IJN untuk pemeriksaan susulan. Diharapkan semuanya baik-baik saja,” katanya sambil tersenyum.

Nyata, walaupun dalam keadaan kurang upaya namun Rokiah tetap kuat dan bersemangat untuk kembali pulih semula. Katanya, masih banyak kerja yang perlu dilakukan. Sebab itulah dia perlu kuat demi keluarga yang dicintainya. Meskipun tidak mampu aktif seperti dahulu tetapi Rokiah akan tetap melaksanakan tanggungjawabnya sebagai isteri dan ibu. Moga harapan dan impiannya dimakbulkan oleh Yang Maha Kuasa.

Kisah Masyarakat

Projek Mentari fokus bantu anak-anak flat

Tanpa dana besar dan fasiliti hebat, Projek Mentari berjaya menjadi nadi penyumbang membantu anak-anak daripada golongan susah.

Saat kaki melangkah ke Pusat Aktiviti Projek Mentari yang terletak di blok 8 Desa Mentari, Petaling Jaya hati dipagut pelbagai rasa. Manakan tidaknya, ia tidak seperti yang terbayang dalam fikiran sebelum ini.

Namun, penilaian mata kasar nyata salah kerana projek berkenaan yang dimulakan pada 2008 itu berjaya memberi impak positif kepada para pelajar khususnya calon peperiksaan utama iaitu Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Menurut Pengurus Projek, Nur Yasmin Osman, projek cetusan Ahli Dewan Undangan (ADUN) Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad bersama sekumpulan kecil pelajar dan sukarelawan yang terdiri daripada ahli profesional muda.

“Harapan projek ini adalah bagi mewujudkan persekitaran positif untuk membina keyakinan, harga diri dan seterus-nya menanam minat untuk belajar di kalangan anak-anak Desa Mentari.

“Anak-anak di Desa Mentari menjadi fokus kerana mereka berada dalam golongan kemiskinan bandar yang tinggal di kawasan perumahan kos-rendah yang amat padat dengan penduduk dan mencabar disebabkan masalah-masalah keselamatan dan sosial yang serius.

“Oleh itu, Projek Mentari merupakan sebuah pusat pembelajaran yang selamat bagi anak-anak ini. Aktiviti pembelajaran yang dijalankan ditumpukan untuk meningkatkan dan memperkukuhkan subjek-subjek asas anak-anak terutamanya Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Matematik dan Sains,” ujarnya.

Tambah Nur Yasmin, projek berkenaan turut mementingkan pembinaan modal insan di mana dididik tentang nilai-nilai murni, sifat kepimpinan dan kerjasama antara satu sama lain.

“Antara pengisian projek adalah kelas ulang kaji UPSR, PMR dan SPM dikendalikan selepas sekolah oleh guru-guru yang dibiayai oleh JUST Children, Kern Halatuju Mentari dan kem kepimpinan remaja kelolaan Leaderonomics, lawatan sambil belajar seperti ke Petrosains.

Selain itu, terdapat aktiviti sudut pembelajaran kendiri yang dibekalkan dengan komputer, laptop, iPad dan kemudahan Internet serta Program “Play Your Game” iaitu latihan bola sepak untuk pelajar-pelajar lelaki pada setiap pagi Ahad,” jelasnya.

Bayaran bulanan serendah RM10

Projek yang disifatkan sebagai serampang dua mata ini, ujar Nur Yasmin mendapat perhatian penuh pengetuanya Mawarni Hassan serta syarikat penaja seperti Saujana Beta Development, Vijayaratnam Foundation, TNB dan banyak lagi.

Sementara itu, Kordinator Akademik yang juga guru sepenuh masa di pusat berkenaan, Muhd Faisal Iskandar berkata, dengan yuran bulanan serendah RM10, pusat itu berjaya membantu pelajar lemah menguasai subjek dalam peperiksaan utama.

“Kita berbangga kerana dapat membantu pelajar di sini yang juga calon UPSR memperoleh keputusan lebih baik. Ada dalam kalangan mereka mendapat 4A dan sekurang-kurangnya memperoleh 1A.

“Masyarakat dan ibu bapa yang menghantar anak ke sini memberi maklum balas positif. Meski pada mulanya mereka tidak meletakkan harapan tinggi namun ia sudah cukup memadai daripada anak-anak berpelesiran tanpa arah tujuan serta mengisi masa lapang,” ujarnya.

Ungkap Muhd Faisal lagi, kebanyakan daripada pelajar lemah dalam penguasaan Bahasa Inggeris namun masih boleh diajar.

“Meski yuran yang dikenakan rendah, namun masih ada ibu bapa yang tidak mampu membayar dan menangguhkan bayaran. la menunjukkan taraf hidup masyarakat di kawasan ini sekadar cukup makan.

“Namun, kita di sini tidak mendesak ibu bapa membuat bayaran segera kerana paling utama adalah membantu anak-anak mereka mengulang kaji subjek yang diajar di sekolah di sini. Ada dari kalangan pelajar sangat bersungguh untuk belajar walaupun kadangkala ibu bapa terpaksa menangguhkan bayaran,” ujarnya.

Bantu pelajar disleksia

Menyifatkan pusat berkenaan tidak tertumpu kepada pelajaran semata-mata, jelas Muhd Faisal, pihaknya melahirkan rasa bertuah kerana pelajar dari pusat itu yang menjadi wakil dalam Pertandingan Robotik tahap kebangsaan “First Lego League 2013” dan berjaya membawa pulang Anugerah Strategi dan Inovasi Terbaik 2013.

“la bukan mudah namun pelajar kita berjaya sekali gus membuktikan projek ini komited dalam membantu pelajar nnenguasai pelbagai cabang ilmu pengetahuan. Bagi tujuan ini, aktiviti menyusun lego diadakan bagi mengasah kemahiran dalam teknologi robotik,” ungkapnya sambil menambah pusat berkenaan beroperasi setiap hari untuk pelajar seawal usia empat tahun.

Dalam pada itu, guru pusat berkenaan, Wan Nor Asma Wan Ahmad Puad menjelaskan, selain mencapai kejayaan dalam pertandingan tersebut, pusat berkenaan berjaya membantu seorang pelajar disleksia membina keyakinan

“Pada mulanya, keluarga pelajar ini hanya mengharapkan anak mereka boleh menulis nama sendiri namun berkat sokongan semua, pelajar ini sudah menunjukkan perkembangan positif. Kita juga menghantar pelajar ini ke Pusat Disleksia bagi menilai tahap masalah pembelajaran pelajar ini.

“Melalui usaha semua pihak termasuk keluarga, pelajar yang pada mulanya berasa rendah diri dan tidak mahu bergaul akhirnya mula berkawan dengan pelajar lain. Dia juga sudah boleh membaca dan mempunyai keyakinan diri,” kongsinya.

Masuk tahun kelima, dengan segala kemudahan dan bahan pengajar diperoleh hasil sumbangan orang ramai dan syarikat korporat, ternyata pusat berkenaan masih memerlukan dana bagi meneruskan operasinya.

“Kami pastinya berharap sumbangan dana bagi membantu meneruskan kelancaran aktiviti pembelajaran di pusat ini. Dengan lebih 50 pelajar ketika ini dan sudah membantu lebih 250 pelajar sejak 2008, kesinambungan membantu pelajar yang memerlukan sangat ditagih,” ujarnya menutup bicara.

BANTUAN

Sumbangan kepada Projek Mentari boleh disalurkan melalui akaun Bank RHB Islamic 2124 3960 000 836 atas nama Join Us Serve dan Teach Children Sdn Bhd. Maklumat lanjut layari laman web www.mentariproject.com

Di Sebalik Tragedi

Nurain saksi ibu maut selepas diragut

Hati siapa tidak hiba menatap kematian insan yang paling disayangi. Sekali pun panggilan ajal sudah tiba, namun jika cara kematian itu disebabkan perbuatan orang lain, ia menambah sebak di dada.

Inilah yang dialami Nurain Md Yusof, 23, yang menjadi mangsa ragut bersama Jamariah Ahir, 65, hingga menyebabkan ibunya itu meninggal dunia. Tragedi pahit itu pasti tidak dapat dilupakan sampai bila-bila. Semakin di-kenang semakin hiba, bertindih pula dengan rasa marah dan geram pada peragut itu.

Penulis sempat berkunjung ke rumah Nurain untuk mengetahui kisah selanjutnya mengenai tragedi hitam itu. Kebetulan kedatangan penulis tepat tujuh hari pemergian ibunya dan keluarga Nurain baru selesai mengadakan majlis tahlil.

Luaran, Nurain tampak tenang. Dia yang bertugas sebagai jururawat di Hospital Tuanku Jaafar Seremban sudah kembali memulakan tugas, selepas hampir seminggu bercuti. Parut luka di sikunya masih jelas kelihatan. Dia juga turut mengalami luka di pinggang dan lutut hingga menyukarkan dia duduk.

lmbas gadis ini kejadian berlaku pada 16 November lalu di Jalan Haji Mohd Said, Sikamat, Seremban ketika dia menunggang motosikal bersama ibunya, dalam perjalanan pulang ke rumah.

Sebelum itu kata Nurain dia baru selesai bertugas syif malam dan selepas bangun daripada tidur sekitar jam 10.30 pagi, dia menuju ke bandar Seremban membeli barang keperluannya.

“Sekitar 3.00 petang, saya jemput emak di hentian bas di depan tempat kerjanya. Mak pekerja kontrak pembersihan di sebuah bank di Seremban. Sewaktu menaiki motor dia meletakkan beg tangannya di bakul motor saya dan kami terus bergerak balik ke rumah.

“Dalam perjalanan emak suarakan hasrat hati mahu menziarahi anak saudaranya yang baru bersalin anak kembar. Saya mengajak mak pergi esok saja kerana hari Sabtu saya tidak bekerja. Mak setuju,” katanya perlahan.

Semasa melalui Jalan Tuan Haji Said, betul-betul di hadapan tanah perkuburan Islam di situ, Nurain perasan ada sebuah motosikal dari arah kanan merapatinya. Dia cuba mengelak dengan menjarakkan motosikal tetapi secara tiba-tiba tangan peragut terus merampas beg tangan ibunya yang diletakkan di dalam bakul motosikalnya.

Pada masa yang sama motosikal Nurain ditendang peragut hingga menyebabkan dia hilang kawalan. Akibatnya motosikal ditunggang tumbang, Nurain tercampak jauh dan dia tidak sedar apa yang berlaku selepas itu.

“Sedar saja, saya terus cari mak. Mulut saya menyebut-nyebut namanya. Bila saya toleh ke belakang, saya nampak mak dalam keadaan tertangkup di atas jalan raya.

“Orang ramai mula mendekati dan ada yang takut-takut mengangkat mak sebelum saya menyuruh mereka mengangkat mak ke tepi. Saya kemudian pangku mak dan masa yang sama memeriksa nadinya. Masih ada denyutan lagi.

“Saya periksa juga nadi di bahagian leher, masih ada denyutan. Ketika itu saya sangka mak hanya cedera ringan. Namun saya perhatikan mata mak masih terpejam dan mukanya berubah menjadi pucat sedikit demi sedikit. Tangannya juga mula memutih dan saya sempat mengajar emak mengucap.

“Dalam keadaan matanya tertutup rapat mak hanya diam membisu. Tidak lama kemudian, ambulan datang bersama paramedik. Bila mereka memasang alatan pada jantung, paramedik mengesahkan mak sudah meninggal dunia. Sewaktu mereka sedang memeriksa mak, saya mengharapkan mak masih hidup dan hanya alami kecederaan ringan tetapi Allah lebih menyayangi mak,” kata Nurain sambil menambah hasil bedah siasat di hospital, ibunya disahkan meninggal dunia akibat hentakan di bahagian kepala.

Mimpi aneh jadi petanda

Nurain yang juga satu-satunya anak perempuan daripada empat orang beradiknya, nyata amat kesal dengan apa yang berlaku.

“Mungkin peragut menyangka ibu baru mengeluarkan wang dari bank. Sedangkan dalam beg ibu yang diragut hanya mengandungi bekal makanan, bedak, tisu dan gincunya. Tidak berbaloi kehilangan beg jika dibandingkan dengan kehilangan satu nyawa.

“Saya sebenarnya sangat marah. Mahu saja saya bertanya kepada peragut apa sebenar mereka ingin. Jika mahukan duit atau beg itu, saya rela memberikannya. lni tidak, tindakan mereka itu meragut kasih sayang saya terhadap mak.

“Bayangkan kerana niat jahat orang lain, saya hilang seorang emak. Memang saya sedih dan ada kalanya perasaan marah bercampur. Kami adik beradik ada berbincang tentang kejadian ini dan abang sulung meminta agar saya tidak menyalahkan diri sendiri di atas kejadian yang menimpa.

“Abang tak mahu saya rasa bersalah kerana saya yang membawa motosikal itu. Abang mahu kami semua redha dengan kejadian yang berlaku kerana ia ketentuan Ilahi yang sudah termaktub sejak azali lagi,” katanya yang mempunyai tiga beradik lain iaitu Mohd Azmer, 29, Mohd Azhar, 27 dan Mohd Azrin, 27 tahun,

Selain itu kata Nurain, sebelum kejadian menimpa ibunya ada mengalami mimpi aneh dan sempat memberitahunya tentang mimpi tersebut.

“Kata mak, dia ternampak kawannya bernama Rahimah berbaring di atas tempat tinggi. Dalam mimpi itu mak bertanya kalau Rahimah sudah habis berbaring dia mahu menggantikan tempat Rahimah pula.

“Bila saya tanyakan siapa Rahimah, kata emak, itu kawannya dan saya tidak kenal. Saya kata pada mak, itu mainan tidur sahaja dan tak sangka rupanya itulah petanda akhir hayatnya,” katanya yang mengakui amat rapat dengan ibunya malah motosikal Honda Wave Dash ditunggangnya pada hari kejadian, dibeli oleh ibunya selepas dia mendapat kerja sebagai jururawat sebaik tamat latihan di Melaka.

Ujar Nurain, setiap pagi, abang sulung akan mengambil dan menghantar ibunya ke tempat kerja manakala dia pula akan mengambil ibunya jika bekerja syif pagi dan malam.

“Kalau syif petang sukar untuk saya mengambilnya memandangkan saya baru masuk kerja. Biasanya mak akan balik naik teksi bersama beberapa orang kawannya.

“Sebenarnya sudah lama kami adik-beradik menyuruh mak berhenti kerana anak-anak sudah besar tapi kata mak, dia bosan jika hanya duduk di rumah begitu sahaja,” katanya sambil memberitahu emaknya sudah lapan tahun bekerja di bank berkenaan.

Kehilangan dirasai

Sementara itu, suami arwah Jamariah, Md Yusof Abdullah, 62, nyata masih bersedih atas kehilangan isteri yang dikahwininya sejak 34 tahun. Dia yang memanggil isterinya dengan panggilan manja Pak Poi, berkata, pada hari kejadian, dia sedang berada di rumahnya sebelum seorang kenalan bernama Hanif datang ke rumahnya memberitahu isterinya kemalangan.

“Semasa memaklumkan kecederaan isteri saya, Hanif hanya memberitahu yang isteri saya cedera parah. Ketika sampai di tempat kejadian, saya dapati jenazahnya sudah ditutup dengan plastik hitam.

“Saya hanya mampu berbisik di dalam hati,”engkau pergi juga Pak Poi meninggalkan kami semua. Saya kemudian melihat jenazahnya sementara menunggu urusan polis dan sebagainya,” kata Md Yusof yang sudah enam tahun bersara daripada pekerjaan pekerja am di sebuah hospital.

Masih mengingati tarikh perkahwinannya dengan baik iaitu 3 September 1979, ujarnya kehilangan

isteri yang turut dikenali sebagai Cik Embong di kawasan kediamannya Kuarters Jabatan Kerja Raya, Jalan Tuanku Kursiah, Sikamat cukup dirasai.

“Buat masa ini saya banyak bersama cucu-cucu dan berbual dengan orang sekeliling. Sekurang-kurangnya ia menghilangkan resah di hati,” katanya yang kemudian meminta izin duduk di luar rumah sebaik perbualan penulis tamat.

Sama seperti bapanya, kata Nurain dia masih lagi teringatkan akan arwah ibunya malah membawa ke mimpi.

“Buat masa ini saya belum bawa motor lagi. Trauma atau tidak, hidup perlu diteruskan. Bila terjaga malam-malam dan teringatkan mak, saya sedekahkan Al-Fatihah untuknya,” katanya sebelum mengakhiri perbualan.

Kugapai Bintang

Chiqa guna kelebihan tutup kekurangan

Walaupun saiz tubuh dan ketinggiannya tidak sama dengan wanita normal lain namun semangat juang anak kelahiran Pulau Pinang ini begitu tinggi. Nurul Awatif Zalkilfeli, 26, atau mesra dengan panggilan Chiqa tidak pernah berasa terpinggirdengan kekurangan diri malah dia bersyukur dikelilingi dengan insan-insan yang prihatin dan sentiasa menyokongnya kala susah dan senang.

Ujar Chiqa keadaan fizikal tidak pernah menjadi penghalang untuknya mencapai cita-cita. Selepas tamat sekolah, anak kedua daripada empat orang beradik ini tidak membuang masa sebaliknya dia bijak mengambil peluang yang terbentang di depan mata.

“Saya memang seorang yang aktif. Saya tidak suka duduk diam. Saya sentiasa mencari ilmu dan kemahiran untuk menambah nilai din. Alhamdulillah, Allah mudahkan jalan untuk saya menceburi bidang kecantikan.

“Sejak di bangku sekolah, saya memang suka melaram dan menjaga kecantikan serta kesihatan. Saya amat nneminati bidang ini, lantaran selepas menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), saya mengikuti kursus kecantikan di Leez Academy, Pulau Pinang.

“Saya sangat teruja mendalami bidang kecantikan dan spa. Di sini, saya diajar kemahiran mengurut dan perawatan wajah, penggayaan rambut serta solekan. Selepas tamat kursus, saya menimba pengalaman bekerja di negeri kelahiran saya. Gembira bukan kepalang apabila impian saya bergelar juruterapi menjadi kenyataan. Sejak itu, saya tidak menoleh ke belakang lagi, saya terus mendalami bidang ini,”cerita Chiqa.

Bantu wanita rawat diri

Gadis berkulit hitam manis ini percaya untuk maju dalam kerjaya, dia mesti mencabar diri dan berani berhijrah untuk menimba pengalaman. Tanpa ragu-ragu, Chiqa kemudiannya nnerantau ke ibu kota.

“Pada mulanya, saya bekerja di pusat kecantikan ibu saudara. Dia banyak memberi tunjuk ajar dan berkongsi pengalaman dengan saya. Selepas itu, saya menimba pengalaman di Cindai Bayu Spa yang terletak di Seksyen 7, Shah Alan.

“Ilmu yang dipelajari saya gunakan sebaik mungkin. Pada masa sama, saya sentiasa belajar kemahiran baru. Perawatan wajah tidak sukar dilakukan namun teknik urutan adalah bidang yang agak sukar.

“Tambahan pula saya tidak mempunyai asas dalam bidang ini. Tapi saya tidak berputus asa, Alhamdulillah berkat usaha dan doa keluarga, saya dapat mengusai teknik urutan aromaterapi dan tradisional dengan baik.

“Saya turut nnempelajari pelbagai teknik solekan dan penggayaan rambut. Insya-Allah selepas ini saya mahu belajar menggunting rambut. Saya puas dapat membantu wanita menjaga kecantikan dan merawat din mereka dari hujung kaki hingga hujung rambut,” ujarnya yang gemar bersiar-siar dan berkaraoke bersama teman-teman rapat ketika masa lapang.

Ingin jadi usahawan spa

Chiqa memanjat kesyukuran pada Ilahi kerana dikurniakan keluarga yang sangat memahami dan menyayanginya. Kata Chiqa, ibu dan bapanya tidak pernah membezakan anak-anak.

“Saya dan adik beradik dilayan sama rata. Walaupun saya istimewa, keluarga tidak membuatkan saya rasa tersisih malah mereka mendidik dan menjaga saya dengan baik. Saya diajar berdikari agar saya dapat menjalani hidup seperti orang normal.

“Sehingga hari ini, saya tidak bergantung harap pada orang lain. Saya bekerja menyara diri sendiri. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Selagi kita berusaha dan berdoa kepada Allah, kita akan berjaya,” katanya.

Sudah menjadi lumrah hidup, kelainan pada diri seseorang sering mengundang perhatian masyarakat di sekeliling. Begitu juga pengalaman yang dilalui Chiqa. Gadis ini mengakui ada kalanya berasa kurang selesa namun dia kuatkan semangat.

“Saya sentiasa memotivasikan diri agar tidak lemah dan putus asa. Saya abaikan pandangan dan ekspresi orang apabila melihat fizikal saya. Setiap yang berlaku ada hikmahnya, saya tidak nnenyesal dilahirkan begini. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya.

“Kepada insan senasib, usahlah bersedih dan kecewa. Sebaliknya kita mesti bersikap positif dan menimba ilmu serta pengalaman untuk memajukan diri. Kini pelbagai pihak prihatin dengan Orang Kelainan Upaya (OKU).

“Selain bantuan kewangan dan sokongan, banyak kursus kemahiran yang ditawarkan untuk OKU. Jangan bazir air mata mengenang nasib diri, ambil peluang ini untuk menjadi insan berjaya.

“Pada masa hadapan, saya menyimpan impian untuk menjadi pengusaha spa. Namun sebelum mencapai cita-cita tersebut, saya perlu lengkapkan diri dengan ilmu perniagaan dan terus mendalami bidang kecantikan.

“Saya gembira bekerja sebagai juruterapi di Cindai Bayu Spa. Banyak ilmu baru yang saya peroleh di sini. Majikan saya, Hamidah Abu Bakar, 37, tidak lokek berkongsi ilmu dan sentiasa memberi sokongan kepada saya,”ujarnya.

Teks untuk Podcast 2014 012 03

Podcast 2014 012 03, merupakan bahagian ketiga rakaman audio rencana-rencana daripada Mingguan Wanita 20 Disember 2013 dan teks asalnya adalah seperti berikut:

Motivasi

Tersungkur oleh cinta

Daripada anak matanya saya dapat menduga dia masih dalam kecelaruan. Meskipun keseluruhan mukanya ditutup bagaikan ninja, saya masih boleh melihat kesedihan daripada anak matanya itu.

Lalu saya bertanya, “Setelah putus cinta apa yang dilakukannya?” Kedua-dua wanita yang menemani gadis berkenaan memberitahu dia terbabit dengan gejala sosial. Saya mengangguk tetapi hati saya keras untuk tahu gejala sosial apa.

Rupa-rupanya sangat kronik, hingga minum arak dan lesbian. Dia juga sudah hilang kepercayaan terhadap lelaki. Baginya kini semua lelaki tidak boleh dipercayai. Cintanya tumpah kepada wanita pula. Hubungan songsang pun berlaku.

Usianya masih terlalu muda, baru 17 tahun, tetapi pada usia demikianlah dia jatuh cinta dengan seorang pelajar kolej hingga berlaku perzinaan. Akibatnya dia hamil lalu pelbagai usaha dilakukan untuk menggugurkan kandungannya itu.

Pada ketika itu juga cinta mereka putus. Dalam kata lain lelaki berkenaan tidak mahu bertanggungjawab tentang apa yang mereka telah sama-sama lakukan.

Terlalu kecewa dan terlalu sedih menyebabkan dalam usia semuda itu dia mengambil arak konon untuk melupakan masalah yang melanda. Bukan itu sahaja, hampir semua perbuatan buruk yang membabitkan maruah diri turut dilakukannya. ‘

Akhirnya dia dihantar ke sebuah rumah perlindungan dan pemulihan akhlak persendirian di Kuala Lumpur. Dari sinilah saya ditemukan dengan gadis berkenaan dalam satu rancangan khusus untuk wanita di TV. Matlamat rancangan berkenaan adalah supaya anak-anak gadis tidak bertindak yang sama.

Sebagai pakar cinta yang dijemput, saya mengatakan, tidak salah bercinta sebab itu adalah naluri, setiap manusia mahu dicintai dan mahu mencintai. Cinta itu indah dilalui apabila ia menuju matlamat suci yang dirancang tetapi akan menjadi masalah apabila ia tidak kesampaian.

Apa yang berlaku kepada mangsa berkenaan yang hilang kegadisan hanya oleh terlalu cinta tidak harus berlaku kepada orang lain pula. Cinta tidak perlu sampai terkorban diri tetapi jika hendak dibuktikan juga, kegadisan adalah harga yang terlalu mahal untuk dijadikan modal. Sebab, apalah lagi yang tinggal setelah kegadisan itu hilang? Si lelaki dengan mudah boleh `sapu punggung’ dan pergi sedangkan benih yang mula bertapak dalam rahim si wanita akan terus berkembang.

Usah hukum diri

Apabila saya bertanya apakah rasanya bercinta sesama jenis sedangkan dia seorang yang normal iaitu asalnya boleh mencintai lelaki dan bersyahwat terhadap lelaki hingga boleh berlaku perzinaan, gadis itu memberitahu dia terpegun oleh perhatian dan kasih sayang. Malah dia menyatakan tidak akan mempercayai lelaki lagi sampai bila-bila.

Saya memberitahunya dan seluruh penonton yang sedang menonton siaran langsung berkenaan, usah hukum diri sebegitu rupa sebab bukan semua lelaki tidak baik. Wanita juga demikian.

Usah ambil keputusan secara pukal sebab barangkali kita ditemukan dengan orang yang jahat kemudian berpisah untuk ditemukan dengan orang yang lebih baik lagi. Jika kita anggun kita akan bertemu dengan orang yang unggul. Andainya kita tunggul, yang tunggul jugalah yang akan kita temui nanti.

Kisah orang gagal bercinta bukanlah asing. la telah berlaku sejak kewujudan manusia lagi. Bukan sahaja cinta di kalangan anak muda tetapi pada orang dewasa juga. Hampir semua orang mengalaminya tetapi mengapa begitu ramai orang masih boleh bangkit sedangkan anda tidak?

Tidakkah anda lihat apa yang ada dalam jiwa adalah bukti ia boleh dilalui ataupun tewas kecundang? Pada jiwa yang lemah, ujian yang sedikit telah membawa duka lara yang panjang, tetapi pada jiwa yang kuat, ujian seberat mana tetap kecil baginya.

Oleh itu, kuatkanlah jiwa kita masing-masing. Rugilah membiarkan hati kita dibuai syaitan lalu terjerumus dalam lembah yang hina. Jika orang jadi kecundang dalam hidup oleh cinta yang gagal, mengapa tidak kita jadikan cinta kita yang gagal itu sebagai titik tolak untuk kehidupan yang lebih cemerlang?

Bukankah lebih baik membuatkan si durjana itu berasa kesal kerana mempermainkan cintanya daripada membiarkan dia tertawa kerana melihat kita tersungkur jatuh?

Bekerja Dari Rumah

Manfaat SOHO untuk wanita

Sebelum ini telah diterangkan tentang SOHO atau singkatan daripada Small Office Home Office yang juga bermakna operasi pemiagaan yang dilakukan di rumah. la memang sesuai untuk semua tapi tidak dinafikan cukup bermanfaat jika dijadikan pilihan wanita. Berikut faedah yang boleh mereka terima.

Anak-anak selamat di rumah

Tajuk-tajuk berita yang begitu kurang enak untuk dibaca seperti anak cedera di pusat asuhan atau mati tersedak susu di bawah jagaan pengasuh adalah antara dilema ibu bapa. Ibu bapa mana yang tidak sayangkan anak. Namun demi ekonomi keluarga, ibu terpaksa keluar rumah bekerja.

Tapi jika di bawah penguasaan sendiri, sudah tentu anak-anak selamat. Bagaimana pula jika ada urusan di luar rumah sekiranya sudah mempunyai SOHO. Sudah tentu ada beberapa pilihan iaitu meletakkan separuh hari atau beberapa jam di rumah pengasuh ketika anda berurusan di luar.

Apa pun anda masih lagi ada banyak masa bersama anak-anak jika dibandingkan dengan ibu bapa yang seharian meninggalkan anak-anak. Seawal jam enam atau tujuh pagi sudah menghantar anak ke pusat jagaan dan malam pula barulah berjumpa mereka kembali. Itu juga perlu bertarung dengan agihan masa menguruskan hal-hal yang lain juga masa rehat untuk diri sendiri.

Antara pengalaman saya sendiri, ketika masih menetap di Kuala Lumpur jika mahu keluar sebentar memang sukar untuk meninggalkan mereka. Walau keluar untuk setengah hari saya perlu mencari alternatif dengan meninggalkan mereka di tempat asuhan atau di rumah jiran. Sudah semestinya khidmat perlu dibayar. Tapi kini memandangkan saya tinggal bersama ibu bapa, nilai tambahan ialah rasa anak-anak lebih selamat berada di bawah pengawasan datuk dan nenek mereka.

Lebih disiplin

Saya juga merasakan lebih berdisiplin dalam menguruskan rumah tangga. Tinggal di rumah orang tua juga boleh membantu meringankan beban mereka. Saya dapat kembali semula dengan niat asal untuk menemani mereka ketika usia emas. Saya juga dapat melakukan kerja dengan sempurna di rumah. Tak perlu tergesa-gesa mengejar masa. Apabila kita melakukan sesuatu dengan tenang hasilnya memang luar biasa. Jika buat dalam keadaan tergesa-gesa dan jiwa gelisah hasilnya pasti ‘kacau’.

Tempat paling sesuai untuk wanita

Rumah memang tempat paling sesuai untuk wanita. Aurat tidak dilihat oleh bukan muhrim malah keselamatan juga terpelihara. Sebenarnya bekerja di rumah lebih bebas terutama dalam aspek berpakaian. Sudah tentu sedikit sebanyak menjimatkan kerana tidak perlu membeli banyak baju kerja.

ANTARA WAHM & S0H0

Satu lagi istilah konsep bekerja di rumah yang sering didengar adalah WAHM atau singkatan dari Work At Home Mums (wanita bekerja di rumah). Apa bezanya dengan SOHO?

PERSAMAAN

  • Mempunyai ruang dan pejabat khusus di rumah. Ruang ini mempunyai kelengkapan dan peralatan yang lengkap untuk membantu melancarkan urusan kerja atau bisnes.

  • Kebebasan dalam melakukan hobi, minat, pengalaman ditransformasikan kepada pilihan kerja atau mengusahakan bisnes.

  • Bebas dalam membuat keputusan jadual kerja yang lebih fleksibel.

  • la boleh dilakukan secara sambilan atau sepenuh masa.

  • la boleh dijadikan sebagai menjana pendapatan sampingan.

  • Bisnes internet atau bisnes fizikal boleh sahaja diusahakan oleh individu yang berminat untuk menjana pendapatatan.

PERBEZAAN

  • WAHM menjadi pilihan sun rumah atau wanita yang bekerja dari rumah

  • SOHO boleh dimiliki oleh sesiapa sahaja yang berminat menjana pendapatan dari rumah sama ada lelaki, wanita, bujang, atau sudah berkeluarga, pelajar, warga emas.

  • Mempunyai perkaitan dengan bisnes berskala kecil.

  • Bengkel di tepi rumah, butik pakaian, butik andaman, kedai pakaian kanak-kanak adalah contoh perusahaan yang boleh dijalankan di rumah atau didirikan kedai, bengkel atau apa sahaja perusahaan yang berskala kecil.

  • Industri kecil sederhana adalah contoh bisnes skala kecil yang popular Malaysia.

Karier

Tip atasi rasa bosan bekerja

Ada ketikanya kita melalui hari di ternpat kerja dengan perasaan bosan. Bukan disebabkan tiada kerja tetapi jemu bergelumang dengan perkara sama setiap hari. Ketika bosan, kita asyik mengira waktu mengharapkan pagi segera bertukar petang.

Jika sering terhimpit dengan perasaan bosan di tempat kerja pekerja cemerlang sekali pun akan merudum prestasinya. Akibatnya tidak mustahil berlaku kes letak jawatan, mensabotaj rakan sekerja, mengabaikan kerja berkumpulan dan sengaja menggagalkan sesuatu tugasan. Kerja menjadi kurang produktiviti dan pelbagai kesalahan sengaja dilakukan.

Sememangnya perasaan bosan ini tidak boleh dibiarkan menghantui diri, bimbang akibatnya dibuang kerja. Oleh itu mari kita lihat cara menyuburkan semula semangat bekerja dan menjadikan hari-hari yang dilalui lebih ceria walaupun rutinnya masih di pejabat yang sama.

Segarkan emosi permulaan aktiviti

Segarkan emosi anda terhadap aktiviti seharian yang boleh memberi pengaruh kepada jiwa dan emosi. Mungkin ketika bersiap ke tempat kerja atau dalam perjalanan, anda boleh mendengar siaran radio yang segar dan bermotivasi.

Selain itu, tidur yang mencukupi dapat membantu permulaan hari yang baik. Jika anda berasa tidak bermaya amalkan makanan kesihatan yang dapat menambah nutrisi untuk saraf. Berdoalah semoga diberi semangat baru untuk meneruskan kehidupan seharian.

Hias meja kerja untuk hasil tenaga baru

Hiasan atau susun letak di meja kerja memainkan peranan penting terhadap emosi anda. Aksesori yang diletakkan boleh menambah keceriaan, keselesaan dan juga memberi tenaga baru, namun jangan terlalu penuh hingga nampak semak. Mungkin anda boleh hias dengan pokok kecil, mini akuarium, bar, kata-kata motivasi atau sebagainya.

Berehat seketika

Kadangkala, bukan kerja harian menyebabkan kita berasa bosan. la lebih kepada rasa penat yang dialami hingga menyebabkan ketiadaan tenaga dan semangat untuk bekerja.

Cara terbaik adalah berhenti seketika, tarik nafas sedalamnya kemudian lakukan beberapa gerakan ringkas yang akan melancarkan semula aliran darah dalam badan.

Selain itu, bekerja sambil berdiri seketika dapat membantu mengecas semula tenaga. Mungkin anda boleh melelapkan mata sebentar untuk mengatasi kepenatan, awas jangan sampai terlebih tidur.

Jadikan mesyuarat lebih produktif

Ramai orang tidak suka hadir mesyuarat, bosan atau selalu beranggapan membazir waktu. Sedangkan banyak kerja masih belum siap. Bagi mengatasinya sediakan perancangan mesyuarat agar perjalanan mesyuarat lebih teratur. Anda juga boleh berbincang sebarang idea dengan pengurus untuk menjadikan mesyuarat lebih produktif.

Beri nafas baru pada kerja yang dibuat

Jika anda sudah bosan dengan kerja seharian, apa kata beri nafas baru terhadap kerja tersebut. la bukan sahaja mengecas semangat, malah anda juga akan mendapat perhatian istimewa daripada pengurus atas usaha yang dibuat.

Selain itu mungkin anda boleh bertukar-tukar tugasan kecil dengan rakan sekerja. Ini akan membuatkan hari anda lebih menarik kerana anda belajar dan cuba membuat perkara baru.

Pekerja mungkin akan mengalami kesan psikologi sementara akibat kebosanan di pejabat seperti tekanan, tidak gembira dan kurang keyakinan diri. Pada masa sama perasaan bosan di pejabat sebenarnya adalah nilai yang sangat mahal harganya buat seorang pekerja kerana dia mungkin akan kehilangan bakat dan sumbangan penting dalam jangka masa lebih panjang jika dibiarkan berterusan.

Berjumpalah ketua untuk mengatasi masalah ini jika ia begitu serius buat anda Sudah menjadi tanggungjawab ketua membuatkan pekerja rasa selesa dan kurang tertekan. Mereka bukan sahaja mengurus kerja pekerja tetapi juga harus mengurus emosi pekerja. ltulah peranan ketua yang ideal.

Mengurus Kewangan

Pelajaran dari brosur bank

Kita biasa menerima brosur-brosur daripada pihak bank ke peti surat rumah. Lazimnya “surat-surat” sedemikian tidak disimpan lama malah terus masuk bakul sampah. Begitu juga dengan saya, tetapi kadang kala saya sengaja membacanya untuk mencari tip kewangan yang mahu diberikan kepada penerimanya. Berikut hasil pemerhatian saya, perenggan berwama ialah petikan asal diikuti dengan ulasan saya sendiri.

Mulalah menyimpan sebanyak RM200 sebulan ke dalam pelaburan yang akan meningkat purata sebanyak 8 peratus setahun dan selepas 30 tahun, anda akan memiliki sebanyak RM300,000. Jika anda mula 10 tahun lewat, anda perlu menyimpan sebanyak RM500 sebulan untuk mencapai jumlah yang sama. Lebih baik anda bermula dengan apa yang anda miliki sekarang daripada sesuatu yang tidak boleh kemudian.

Tip ini menggunakan keajaiban hukum kompaun (compound interest magic)untuk menghimpun wang secara sistematik dan selamat tetapi mungkin lambat sikit. Apa yang penting bukan pemahaman matematiknya tetapi pelaksanaan untuk memenuhi sebarang bentuk wawasan jangka panjang seperti tabung pendidikan anak.

Dapatkan pelan insurans yang sesuai agar anda tidak perlu menggunakan wang simpanan anda apabila sesuatu yang tidak diingini berlaku. Menyerahkan risiko kepada syarikat insurans boleh membantu anda membayar kos rawatan perubatan, penyaraan hidup dan mungkin boleh memberi pendapatan seandainya anda tidak lagi mampu untuk bekerja.

Hidup kita sentiasa dihantui risiko. Sememangnya kita boleh mengambil banyak langkah untuk mengurangkan (menghapuskannya sukar) kejadian-kejadian yang tidak diingini berlaku kepada kita tetapi kadang-kadang jika sudah takdir….Kalau berlaku apakah kita sudah bersedia menghadapinya dari segi kewangan?

Kebolehan anda melakukan kerja untuk majikan bergantung kepada dua faktor – iaitu keupayaan anda dan kesihatan anda. Mutu kedua-dua faktor ini boleh merosot dan mengakibatkan beban kewangan kepada anda.

Biasanya pihak majikan ada menyediakan insurans kelompok. Bila sudah menerima surat pelantikan lihat kontrak insurans tersebut. Apakah sekiranya anda berkeluarga perlindungan tersebut boleh dilanjutkan secara percuma?

Ketahui juga jenis perlindungan yang diberikan. Adakah ia insurans hayat, insurans kemalangan atau insurans perub Kalau ada kekurangan dari segi faedah, lengkapkan dengan mengambil insurans peribadi. lnsurans sebegini boleh menjadi satu sistem “simpanan/pelaburan” paksaan yang mendisiplinkan anda.

Buat pelaburan

Melabur memang ada risikonya tetapi di sebaliknya, kalau anda tidak melabur risikonya lebih besar. Pelaburan boleh memberikan pendapatan untuk perbelanjaan anda dan boleh membantu anda bersara lebih awal. la juga boleh meningkatkan simpanan anda apabila pelaburan anda matang.

Pembaca mungkin bertanya bagaimana pula dengan instrumen tanpa risiko seperti simpanan tetap? Dalam kes simpanan tetap pulangannya memang boleh dijamin dan simpanan selamat tetapi hasil pulangan tidak menguja.

Katakan kita memberikan wang kita kepada Bank untuk disimpan di dalam akaun simpanan tetap. Tetapi pihak bank tidak akan memeram wang ini dalam gedungnya. bank mesti mencari pulangan yang lebih besar supaya boleh membuat untung di samping membayar balik faedah yang sudah dijanjikan kepada anda dan pada masa yang sama mengembalikan modal asal anda. Jadi pengurus pelaburan pihak bank sudah tentu tidak akan memindahkan duit tersebut ke akaun simpanan tetap yang lain contohnya di syarikat insurans untuk mendapat pulangan kecil.

Hakikatnya pihak bank sendiri perlu ambil risiko untuk mendapat pulangan tinggi. Jadi sebagai pelabur individu yang bijak, kenapa harus menyimpan semua duit dalam bank atau lebih tepat lagi akaun bank yang memberikan pulangan kecilan.

Kenapa tidak melabur terus di tempat yang bank sendiri melabur contohnya saham atau instrumen kewangan lain? Cara ini bagus kalau pelabur sedia membayar harga dan masa untuk memperoleh pengetahuan dan kepakaran berkaitan. Kalau pelabur ini tidak memiliki pengetahuan atau tidak berminat memantau dengan teliti, dia boleh menyerahkan tugas sukar ini kepada pengurus dana.

Untuk maklumat lanjut tentang konsultasi kewangan, bengkel, seminar dan buku-buku tulisan saya SMS kepada 017-8719444 atau emailkan kepada ilmudigital@gmail.com. Berita terkini laman web www.suntharasegar.com

Personaliti Lelaki

Shahiffei korban cita-cita demi bisnes kek lapis

Demi minat yang mendalam anak muda ini sanggup melupakan cita-cita yang diimpi sejak kecil demi menyertai bisnes ibunya. Meski tindakannya dipertikai namun kalau hati sudah tekad, ia tidak menjadi halangan.

Usahawan muda Mohan Shahiffei Masri Si Kumbang ini mengorbankan cita-cita sebagai jurutera kerana mahu menumpukan kepada perniagaan kek Iapis.

Graduan dalam bidang kejuruteraan di Universiti Teknologi Malaysia ini bagaimanapun mengakui pada peringkat awal dia sendiri agak gusar dengan keputusan tersebut kerana bimbang bisnes kek lapis yang diusahakan tidak menjadi atau hanya sekerat jalan.

Namun, berpegang kepada kata-kata belum cuba belum tahu di samping menyahut seruan kerajaan yang mahu anak muda terbabit dalam perniagaan, dia bulatkan hati.

Memegang jawatan sebagai Pengurus Besar di Shaf Mujaheed Batrisya Enterprise perniagaan milik keluarga, dia mendapat-galakan dan dorongan daripada ibu bapanya. Bercerita tentang perniagaan kata pemuda berusia 24 tahun ini ia bermula oleh ibu ketika bapanya bekerja sebagai wartawan di kedutaan Malaysia di Jakarta, Indonesia.

“Ayah saya mempunyai ramai kenalan kalangan masyarakat di sana. Pada satu ketika sewaktu di sana seorang kenalan mahu mengadakan majlis yang memerlukan pelbagai hidangan kuih-muih termasuk kek.

“Ibu memang pandai membuat kek lapis Sarawak dan kenalan ayah menempah dari ibu. Oleh kerana kek jenis ini hanya terdapat di Malaysia khususnya di Sarawak, mereka tertarik dengan keunikan dan kesedapan kek ini.

“Selepas itu mereka selalu menempah kek lapis dan ini memberi idea kepada ibu untuk membuka perniagaan,” ujar Mohamad Shahiffei atau lebih mesra disapa Shaf.

Kesungguhan ibu membuka mata

Sambungnya pada peringkat awal ibunya, Kartini Buyong hanya mengusahakannya secara kecil-kecilan tapi sambutan yang diterima memang di luar dugaan. Tidak mahu mensia-siakan peluang yang ada ibunya mengembangkan perniagaan.

“Memang ibu sengaja buka di Semenanjung kerana di negeri kelahirannya Sarawak perniagaan kek lapis sudah banyak. Pada awal pembukaan iaitu pada tahun 2002 keadaan bisnes memang agak sukar kerana ketika itu kek lapis ibu belum begitu dikenali. Apatah lagi ketika itu masih belum ada laman sosial bagi mempromosikan produk.

“Kami hanya mempromosikan Kek Lapis Batrisya dari mulut ke mulut sahaja. Malah, ketika itu hanya berniaga di rumah sahaja. Selepas sembilan tahun mengukuhkan perniagaan kek lapis, Julai 2003 baru ibu mendapat keyakinan untuk melakukannya secara komersial,”ujar Shaf.

Katanya keyakinan itu datang selepas melihat permintaan dan sambutan terhadap kek lapis Sarawak makin tinggi. Inspirasi dan semangat yang ditunjukkan ibunya ini benar-benar membuka mata dan minda anak muda ini untuk membantu usaha ibu.

“Melihat apa yang ibu lalui barulah saya tahu untuk berniaga bukannya perkara senang dan banyak yang perlu diperhatikan. Malah, untuk memulakan bisnes ini secara serius memerlukan modal besar dan ada risikonya.

“Bertolak dari situ, saya nekad menolong ibu menguruskan perniagaan. Sebagai anak sulung, itulah peranan saya kerana kalau bukan anak-anak yang menolong siapa lagi. Saya tidak kisah cita-cita saya menjadi jurutera terkubur begitu sahaja kerana saya yakin perniagaan ini juga mampu mendatangkan hasil dan menjamin masa hadapan.

“Saya dan ibu dibantu oleh adik saya Mujaheed selaku pengurus pemasaran. Dia juga seperti saya sanggup meninggalkan kerjayanya sebagai pramugara kerana mahu menolong ibu,” ceritanya yang ditemui di kedai keknya yang terletak di Kampung Nakhoda, Batu Caves baru-baru ini.

Ejekan pembakar semangat

Cerita Shaf saat dia menyatakan mahu terlibat dalam perniagaan kek lapis, ada beberapa pihak yang cuba memperlekehkan niat murninya itu.

“Mereka mempersoalkan boleh hidupkah kalau setakat jual kek. Saya kuatkan semangat dan menganggap kata-kata mereka itu sebagai satu cabaran. Alhamdulillah setelah bekerja keras, akhirnya hasil itu nampak. Sungguhpun begitu kami masih lagi mencari idea untuk memastikan ia terus berkembang dan mampu bersaing.

“Kalau dulu kami hanya berniaga di rumah, kini alhamdulillah kami sudah mempunyai kedai dan kilang membuat kek di bawah syarikat Shaf Mujaheed Batrisya Enterprise dan kami juga menerima tempahan melalui talian dan laman sosial,” kata Shaf yang tamat pengajian pada tahun 2010 dan terus membantu ibunya.

Ujar Shaf dalam memasarkan kek lapis dan memastikan ia mendapat sambutan, dia amat menekankan kualiti, keaslian produk selain kelainan.

“Saiz kek kami lebih besar dengan harga berpatutan. Tapi diakui untuk menghasilkan kek lapis ini bukanlah mudah kerana ia remeh dan memakan masa. Jadi, selalunya kami menyarankan agar pelanggan menempah awal.

“Bagi memberi pilihan kami menyediakan lebih dari 30 jenis kek lapis Sarawak dan ia resipi turun-temurun. Malah, selain kek lapis kami juga berjinak-jinak menjual kek-kek terkini seperti kek keju meleleh dan kek keju nestum.

“Alhamdulillah kini kek lapis ibu makin mendapat sambutan, kami menerima begitu banyak sekali tempahan. Kalau dulu hanya musim perayaan sahaja tetapi kini setiap hari ada tempahan. Berikutan itu kami membuka francais untuk mereka yang berminat mencuba bisnes ini.

“Perancangan masa hadapan kami adalah membuka cawangan di zon selatan iaitu di Mersing, Johor. Kami sudah meninjau pasaran di sana dan mendapati permintaannya begitu tinggi,” katanya yang turut menerima tempahan daripada artis popular.

Dunia Lelaki

Hargai wanita lelaki perlu romantis

Dilayan bak puteri dan menerima kata-kata cinta pasti meninggalkan kesan di hati wanita. Bertuah badan andai ditakdirkan teman lelaki atau suami seorang yang romantis.

Tutur lembut dan perbuatan yang menyenangkan menjadikan wanita rasa sangat dihargai. Pun begitu selalunya perlakuan romantis lelaki biasa boleh dilihat menerusi drama cinta di televisyen. Tapi sebenarnya tidak salah sesekali mencuba menjadi romantis kepada pasangan anda.

Peka tarikh penting

Berbanding wanita yang mudah nnengingati tarikh penting dalam menjalinkan hubungan cinta, lelaki pula sebaliknya. Terima atau tidak, lelaki amat memandang remeh tarikh-tarikh penting yang berlaku dalam perhubungan. Oleh itu, tidak salah belajar mengingati tarikh-tarikh tersebut. Sebagai permulaan, tulis pada diari supaya anda tidak terlupa tarikh keramat dalam hubungan bersama pasangan.

Berikan kejutan

Sekali-sekala berikanlah kejutan kepada pasangan. Mungkin anda boleh membuat kelainan dengan menunjukkan kemahiran memasak di dapur. Lagi bagus andai anda boleh memasak makanan kegemaran wanita kesayangan anda. Percayalah usaha anda itu pasti membuatkan Si dia berasa bahagia dan terharu meskipun hasilnya tidak sesempurna mana.

Beri Pujian

Memahami wanita tidak sesukar mana. Anda boleh belajar memuji mereka meskipun untuk perkara remeh. Tambah bermakna, saat anda memuji Si dia, pandang tepat ke dalam matanya sambil memegang erat tangannya. Percayalah, wanita akan rasa lebih bahagia diperlakukan seperti itu.

Layanan istimewa

Andai hari-hari biasa dilalui dengan kesibukan menguruskan rumah tangga, apa kata anda mendukung Si isteri atau mengurut badannya yang keletihan. Pasti si dia rasa sangat disayangi oleh suami.

Tidak salah sekiranya anda memberikan layanan istimewa kepada si dia seperti membuka pintu kereta sewaktu menghantar Si dia pulang.

Pujukan manja

Si dia mungkin merajuk kerana mahukan perhatian daripada anda. Justeru cubalah belajar mengalah dan memujuk ketika si dia merajuk. Gunakan nada yang lemah lembut dan kata-kata cinta. Tidak salah anda menggunakan ayat-ayat seperti pada awal percintaan dahulu untuk memujuk. Paling terkesan andai anda memohon maaf atas kekasaran anda. Ingat jangan bersikap ego.

Berpimpin tangan

Masalah utama si suami adalah membiarkan isteri menguruskan anak-anak ketika keluar bersiar-siar misalnya. Tidak kira walaupun anda sudah mempunyai anak berjalanlah sambil berpegangan tangan bersama si isteri. Pasti isteri rasa sentiasa selamat kerana suami sentiasa memaut tangannya.

Kejutan bunga

Bunga amat sinonim dengan wanita. Mereka sangat menyukai bunga lebih-lebih lagi menerima kejutan bunga daripada orang yang dicintainya. Apa kata anda mengirimkan jambangan bunga ros ke pejabatnya tanpa si dia mengetahui. Selitkan juga kata-kata cinta kepadanya. Pasti si dia berasa terharu dengan kejutan istimewa anda itu.

Ungkapan sayang dan cinta

Lelaki memang terkenal dengan sifat sukar melafazkan kata sayang. la adalah kerana sikap ego yang ada dalam diri mereka. Sesekali belajarlah mengucapkan kata-kata cinta. Andai tidak mampu meluahkannya secara berdepan, ungkapan menerusi pesanan ringkas atau menulis di kertas yang kemudiannya diletakkan pada pintu peti ais juga boleh diguna pakai. Pasti hati si dia berbunga-bunga keriangan.

Beri sokongan

Memberi sokongan terhadap idea dan cadangan si dia pasti membuatkan wanita rasa dihargai. Sekiranya kurang bersetuju, mungkin anda boleh memberikan pendapat anda. Si dia pun mahu dengarkan pendapat anda. Bukannya kata-kata yang boleh melemahkan dan menjatuhkan semangat si dia.

Pelukan dan ciuman

Sewajarnya seorang suami terus memberikan pelukan dan ciuman buat isteri tersayang. Caranya ialah setiap kali sebelum keluar kerja, peluklah si dia dan berikan ciuman sebagai tanda kasih dan sayang anda.

Klinik Lelaki

Peluh berlebihan cetus gangguan psikologi

Ramai beranggapan peluh yang berlebihan adalah perkara normal yang berlaku dalam kehidupan seharian. Ubah tanggapan itu kerana ia mungkin masalah kesihatan yang perlu diberi perhatian serius. Lebih-lebih lagi andai anda berpeluh tanpa sebab seperti sedang bersenam, melakukan kerja berat atau sebagainya.

Wanita mempunyai bilangan kelenjar peluh yang lebih banyak berbanding lelaki. Namun kelenjar peluh lelaki lebih aktif mengeluarkan peluh. Maka tidak hairanlah lelaki mengeluarkan lebih banyak peluh dan bila ia berlebihan, akan mengundang kepada penyakit yang dikenali sebagai hiperhidrosis.

TAKRIFAN

Hiperhidrosis atau masalah peluh berlebihan yang sehingga menitik dari badan adalah satu perkara tidak normal. Walaupun ia bukan penyakit kategori berbahaya namun boleh sebabkan gangguan psikologi.

Tiada punca tepat namun yang pasti aktiviti saraf simpatetik keterlaluan memberikan rangsangan kepada kelenjar peluh yang normal seterusnya menyebabkan kelenjar menghasilkan banyak peluh dalam masa yang singkat.

Hiperhidrosis berlaku hampir dua peratus daripada jumlah penduduk dunia. la juga bersifat keturunan dengan anggaran 30 peratus daripada penghidapnya mewarisi daripada ahli keluarga mereka. Anak-anak yang dilahirkan oleh ibu bapa penghidap hiperhidrosis mempunyai kebarangkalian sehingga 25 peratus mendapat masalah serupa.

JENIS DAN GEJALA

Primer

  • Jenis ini yang tidak diketahui puncanya. la biasanya terjadi setempat pada bahagian badan, kaki, ketiak dan muka.

  • Masalah berpeluh berlebihan turut dikesan pada bahagian kepala, dada, belakang dan pangkal paha

Sekunder

  • Boleh terjadi pada keseluruhan badan yang disebabkan oleh jangkitan kulat, obesiti, penyakit autoimun, menopaus, kehamilan, kencing manis, tumor, batuk kering dan gangguan psikiatri.

  • Kadangkala penghidapnya tidak menyedari bahawa masalah berpeluh berlebihan ini adalah satu penyakit sehinggalah pada satu tahap mereka tidak berasa selesa dalam menjalani kehidupan seharian.

PENCEGAHAN RAWATAN:

Penggunaan deodoran

Fungsinya untuk menjadikan kulit dalam berkeadaan ‘asid’ menyebabkan kuman bakteria tidak sesuai tinggal di kawasan itu.

Teknik lontophoresis

Teknik yang mana arus elektrik bervoltan rendah digunakan di kawasan yang mempunyai peluh berlebihan. la amat berkesan pada sesetengah pesakit.

Pembedahan simpatektomi torasik endoskopi atau ETS

la adalah satu pembedahan tanpa torehan yang dilakukan oleh pakar bedah memusnahkan saraf yang mengawal kelenjar peluh. la akan mengurangkan pengeluaran peluh. Rawatan ini sesuai untuk pesakit yang menghadapi masalah berpeluh secara berlebihan terutama di tangan dan kaki.

Teknik ‘No Sweat’

Satu teknik yang melibatkan prosedur selama 15 minit dengan tusukan kecil di bawah kedua-dua lengan. Rawatan tersebut bukan sahaja memberi keputusan yang cepat malah pesakit boleh meninggalkan hospital pada hari yang sama dengan keadaan tangan, kaki atau mana-mana bahagian yang bermasalah lebih selesa tanpa peluh.

Teks untuk Podcast 2014 012 02

Podcast 2014 012 02, merupakan bahagian kedua rakaman audio rencana-rencana daripada Mingguan Wanita 20 Disember 2013 dan teks asalnya adalah seperti berikut:

Info Sihat

Trend dan risiko kanta lekap

Mungkin ada yang berasa rimas apabila `teropong’sentiasa diletakkan di atas hidung. Mungkin kerana faktor itu juga kanta lekap dicipta. Meskipun harganya sedikit mahal dan sukardipakai buat kali pertama tetapi itu bukanlah alasan untuk mereka tidak menggunakannya.

Senario yang diceritakan hanya berlaku suatu ketika dahulu di mana penggunaan kanta lekap masih belum meluas. Namun, perkembangan dunia optometri dan fesyen terkini membuatkan kanta lekap menjadi sebahagian daripadanya. Fungsi asal sebagai pengganti cermin mata berubah sekelip mata. Rata-rata anak remaja malah tidak kurang juga golongan dewasa mengenakan kanta lekap adalah untuk melengkapkan trend berfesyen selain ingin tampil berbeza dari orang lain.

Rentetan dari itu maka bermulalah permintaan terhadap kanta lekap berwarna malah ada juga ditawarkan kanta lekap bercorak bagi memberi kelainan. Sambutan yang diterima cukup menggalakkan dan harga yang ditawarkan cukup murah selain mudah diperoleh.

Jika dahulu kanta lekap hanya boleh dibeli di kedai-kedai optometri sahaja tetapi sekarang ia seakan bebas dijual di mana-mana sahaja termasuklah pasar malam serta perniagaan di dalam talian.

Di sinilah berlakunya pengabaian aspek keselamatan. Tanpa perlu melalui proses pemeriksaan kesihatan mata, mereka sewenang-wenangnya membeli dan mengenakan kanta lekap berkenaan.

Perlu diingatkan bahawa risiko yang menanti cukup tinggi. Dikatakan antara masalah mata yang sering terjadi adalah berpunca dari berlakunya jangkitan kuman, alahan malah ada yang lebih teruk lagi iaitu buta.

Minggu ini disediakan info tentang kanta lekap sebagai panduan untuk mereka yang menggunakannya dan mereka yang bercadang memakainya. Terdapat sebanyak dua jenis kanta lekap di pasaran dan anda harus memilihnya mengikut kesesuaian anda.

Kanta lekap lembut

Lazimnya dikategorikan sebagai kanta lekap pakai buang sama ada penggunaan harian, mingguan atau bulanan. Ramai mengatakan bahawa kanta lekap jenis ini lebih selesa dan sesuai dipakai untuk melakukan aktiviti lasak di samping jam pemakaian yang lebih lama.

Kanta lekap keras

la turut dikenali sebagai RGP (Rigid Gas-permeable). Diperbuat dari plastik, dikatakan kanta lekap ini lebih tahan lama. Selain itu, ia juga membenarkan oksigen untuk masuk ke dalamnya tetapi tidak sesuai dipakai sekiranya ingin melakukan aktiviti lasak.

Pasti ramai tertanya-tanya adakah kanta lekap sesuai digunakan oleh semua atau sebaliknya. Sebenarnya, ia masih selamat digunakan sekiranya pemakai mematuhi nasihat yang diberikan oleh pakar optometri sekali gus mempraktikkan amalan penjagaan yang baik.

Satu bonus juga buat mereka yang memiliki mata yang sihat. Begitu juga faktor usia. Tiada masalah mereka menggunakan kanta lekap tetapi perlulah merujuk kepada pakar optometri.

Bagaimanapun, bagi individu yang mempunyai mata yang mudah kering, menghidap penyakit mata, ibu mengandung atau mengambil ubat-ubatan untuk penyakit yang serius dinasihatkan agar tidak menggunakan kanta lekap. lni kerana keadaan mata pada waktu itu lebih sensitif sekali gus mengundang ederma dan beberapa penyakit lain.

Tapi usah bimbang memakainya kerana kanta lekap hanya akan membahayakan pemakai yang tidak berdisiplin sahaja.

PANDUAN PENJAGAAN ELAK MASALAH MATA

Berikut adalah beberapa penyebab masalah mata yang berpunca dari kanta lekap yang tidak diselenggarakan dengan baik :

Elak guna kanta, lekap sewaktu tidur

Kejadian yang biasa berlaku ialah amalan penggunaan kanta lekap sehari-hari. Ada yang memakainya melebihi dari jam yang sepatutnya malah tidak kurang juga yang malas menanggalkan kanta lekap ketika tidur pada waktu malam. Menganggap ia satu perkara remeh sebenarnya mengundang seribu satu macam risiko yang boleh membahayakan mata.

Jangan melebihi tempoh

Dari segi fizikalnya, keadaan kanta lekap masih lagi elok walaupun telah dipakai selama tiga bulan. Tetapi jika dilihat dari segi fungsi dan jangka hayatnya berkemungkinan besar kanta lekap itu sudah tidak boleh digunakan. Boleh dikatakan ramai individu masih menggunakan kanta lekap meskipun tempohnya telah lama tamat. Alasannya mudah sahaja, tidak merasa apa-apa perubahan kepada kanta lekap malah mata juga tidak bermasalah tatkala menggunakannya.

Tahu cara mencuci dan menyimpan

Walaupun kedengaran mudah tetapi cara mencuci dan menyimpan kanta lekap juga perlu dipelajari dengan betul. Jika tidak, kanta lekap tersebut mungkin rosak dan membahayakan mata. Cara mencuci dan menyimpan yang tidak sempurna mengundang kuman dan jangkitan kepada kanta lekap berkenaan seterusnya merebak ke mata.

Tukar bekas kanta lekap tiga bulan sekali

Selain membersihkan jari dan kanta lekap itu sendiri, bekas menyimpan yang dibekalkan juga perlu dibersihkan sekurang-kurangnya setiap minggu. Ini bertujuan untuk mengelakkan bakteria berkumpul di dalamnya sekali gus mengakibatkan jangkitan. Selepas dibersihkan, perlulah disimpan dengan baik dan dinasihatkan agar menukar bekas tersebut setiap tiga bulan berikutnya.

Tip guna kanta lekap

  • Pengguna baru pastinya keliru untuk membezakan bahagian luar atau dalam kanta lekap yang akan digunakan. Bagi membezakannya, letakkan kanta lekap pada jari hingga ia kelihatan seperti bentuk U sempurna tanpa ada `kelopak’ yang terkelepet. ltulah posisi yang betul untuk dilekapkan pada mata.

  • Memastikan jari anda bersih sebelum menyentuh atau mengambil kanta lekap. Elakkan dari menggunakan sabun atau pewangi yang keterlaluan ketika membersihkan jari. Dikhuatiri ia memberi kesan terhadap kanta lekap berkenaan.

  • Jangan sekali-sekali berkongsi kanta lekap dengan individu lain kerana ia hanya akan mengundang bahaya kepada mata anda kelak.

  • Jangan gunakan kanta lekap melebihi jam serta tempoh yang sepatutnya.

Tip Sihat

Tip cegah gigi berlubang

Ramai setuju apabila dikatakan biarlah sakit hati dari terkena sakit gigi. Benar, ia menjadi satu seksaan yang teruk. Hilang segala fokus untuk bekerja atau melakukan tugas-tugas harian.

Sakit yang dirasai membuatkan individu yang menderita tidak senang duduk. Bila diperiksa, rupa-rupanya ada lubang terbentuk di dalamnya. Rentetan dari lubang tersebut maka terjadilah bermacam masalah lain termasuklah mulut berbau.

Jadi, sebelum diserang sakit gigi maka segeralah dapatkan rawatan pencegahan, paling tidak enam bulan sekali. Dalam masa yang sama, anda juga perlu lakukan rawatan pencegahan sendiri berpandukan beberapa tip berikut :

Berus gigi selepas makan

Menggosok gigi setiap kali selepas makan adalah satu perbuatan yang patut diamalkan. la bagi memastikan tiada sisa makanan yang menempel di gigi sekali gus membersihkan kuman-kuman. Walau bagaimanapun, elakkan dari terus menggosok gigi selepas mengambil asam atau jeruk kerana ia boleh mempercepatkan proses pereputan gigi. Lengahkan waktu setengah ataupun satu jam selepas makan makanan berkenaan sebelum menggosok gigi.

Dua kali sehari

Mungkin anda pernah mendengar saranan daripada pakar-pakar pergigian supaya memberus gigi dua kali sehari. Apa yang pasti, ia memang berkesan. Waktu yang dicadangkan ialah selepas bangun dan sebelum tidur. Bagaimanapun, adalah lebih baik sekiranya anda menjadikan amalan memberus gigi setiap kali selepas makan.

Gunakan dental floss

Partikel kecil yang tersangkut di celah-celah gigi memang sukar dikeluarkan sekalipun diberus berkali-kali. Di sinilah dental floss berperanan bagi mengeluarkan sisa-sisa tersebut. Pada masa sama, ia juga membantu bagi mencegah gigi dari berlubang. Perlu diingat bahawa sisa makanan yang tersangkut dan tidak dibersihkan boleh mengakibatkan kerosakan pada dua batang gigi sekali gus.

Ambil makanan sihat

Pengambilan makanan sihat dan seimbang adalah aspek penting yang perlu diberi perhatian bagi mengekalkan ekuatan gigi. Oleh sebab itulah kalsium perlu diambil selalu kerana itulah sumber kekuatan dan kesihatan gigi. Jangan hanya berpuas hati sekiranya anda telah menggosok gigi tetapi ingatlah kembali keperluan nutrisinya.

Pemeriksaan berkala dengan doktor gigi

Jangan sengaja buat-buat lupa melakukan pemeriksaan gigi secara teratur dengan doktor. Melalui rawatan pergigian lubang-lubang kecil di gigi anda dapat ditampal kembali tanpa mengorbankan gigi berkenaan.

Kelab Diet

Cara sihat tambah berat badan

Wanita sangat prihatin kepada bentuk tubuh mereka. Bagi individu berbadan gempal, pastinya tubuh langsing menjadi idaman. Oleh itu pelbagai usaha dijalankan bagi mengembalikan tubuh ke bentuk asal persis anak dara. Perkara yang sama juga berlaku ke atas wanita yang mempunyai badan terlalu kurus. Mereka juga bercita-cita menaikkan berat badan agar tubuh kelihatan menarik.

Bagaimanapun, usaha menaikkan berat badan bukanlah sesuatu yang mudah. Ramai berpendapat untuk gemuk mereka hanya perlu makan dalam kuantiti yang banyak. Sebenarnya apa yang dikatakan itu tidak benar sama sekali. In kerana, mengambil makanan tanpa kawalan hanya akan memburukkan lagi keadaan.

Berikut adalah beberapa tip yang boleh dijadikan panduan bagi menaikkan berat badan dengan kaedah selamat dan sihat.

Ambil nutrisi

Menambah berat badan tidak bermakna anda perlu kerap mengambil makanan berlemak. Ingat, bahawa anda bukan hanya ingin menambah berat badan tetapi cuba menaikkan otot. Makanan berlemak tidak digalakkan begitu juga dengan makanan ringan.

Sebaiknya pilihlah makanan sihat dan mengandungi lemak, karbohidrat serta nutrisi penting yang diperlukan oleh tubuh. Mungkin dengan mengambil susu, ikan salmon, daging ayam, pasta, keju, telur serta produk-produk yang mengandungi krim dan protein boleh membantu pertambahan berat badan seperti mana diinginkan. Oleh itu, pilih makanan yang mempunyai nutrisi, tidak hanya kalori tanpa zat-zat yang diperlukan.

Rajin bersenam

Sekiranya anda beranggapan bahawa senaman hanya boleh menurunkan berat badan, pertimbangkan semula. Sebenarnya, senaman yang dijadikan sebagai rutin memainkan peranan besar menaikkan berat badan. Sebaiknya, mintalah bantuan daripada mereka yang lebih pakar berkaitan senaman seperti mana yang disediakan di pusat-pusat gimnasium. Dengan pengetahuan yang dimiliki sudah pasti mereka lebih arif mencadangkan senaman-senaman yang boleh dipraktikkan untuk menaikkan berat badan.

Bagi mendapatkan kesan lebih cepat amalkan minuman yang kaya dengan protein seperti coklat smoothie sebaik selesai melakukan senaman.

Dapatkan tidur teratur

Ramai mengambil mudah perihal tidur. Oleh kerana terlalu sibuk dengan urusan harian maka ia sering diabaikan. Meskipun senaman dan menjaga pemakanan telah dilakukan tetapi jika waktu tidur tidak teratur maka ia hanya akan menggagalkan misi sebenar. Anda perlu dapatkan waktu tidur yang cukup sekiranya ingin menambah atau mengurangkan berat badan. Jangan sekali-kali mengambil mudah perkara ini.

Kesihatan

Selulitis bahaya pada pesakit diabetes

Selulitis adalah jangkitan pada kulit dan permukaan bawah tisu lembut kulit. la berlaku apabila bakteria menyerang kulit pecah atau normal dan merebak di bawah kulit atau pada kulit itu sendiri. Ini menyebabkan jangkitan dan keradangan. Keradangan adalah proses di mana tubuh memberikan reaksi pada bakteria.

Keradangan boleh menyebabkan pembengkakan, kemerahan, kesakitan atau kepanasan. Mereka yang berisiko mendapat selulitis termasuklah mereka yang mengalami trauma pada kulit atau masalah perubatan seperti berikut:

  • Diabetes

  • Masalah peredaran seperti peredaran darah tidak mencukupi pada anggota tubuh, penyaliran vena atau limfa yang tidak baik atau vena varikos.

  • Masalah kulit seperti ekzema, psoriasis,atau penyakit berjangkit yang menyebabkan lesi (luka) kulit seperti cacar air.

Penyebab

  • Kecederaan yang memecahkan kulit.

  • Jangkitan berkaitan dengan prosedur pembedahan.

  • Sebarang pemecahan dalam kulit yang membenarkan bakteria untuk menyerang kulit (contohnya masalah kulit kronik seperti ekzema atau psoriasis).

  • Benda asing dalam kulit.

  • Jangkitan di bawah kulit (contohnya luka terbuka yang terlalu lama dan cukup dalam untuk mendedahkan tulang pada bakteria. Kadangkala ini berlaku pada mereka yang menghidap diabetes yang tidak dapat merasai kaki mereka).

Gejala-gejala selulitis

Selulitis boleh muncul dalam sebarang bahagian tubuh. Kebanyakan muncul pada bahagian yang telah menjadi radang seperti luka bahagian kulit tidak baik atau peredaran tidak baik. Gejala-gejala biasa selulitis adalah seperti berikut:

  • Kemerahan pada kulit.

  • Jalur warna merah pada kulit atau kawasan kemerahan yang besar.

  • Pembengkakan.

  • Kepanasan.

  • Sakit atau rasa nyeri.

  • Keluarnya cairan atau kebocoran cecair warna kuning atau nanah daripada kulit.

  • Jika masalah ini merebak pada tubuh melalui darah, demam dan rasa sejuk menggigil akan dialami.

Rawatan

Segeralah berjumpa dengan doktor jika anda mengalami sebarang tanda-tanda atau gejala-gejala selulitis seperti berikut:

  • Demam atau rasa sejuk menggigil.

  • Kemerahan pada kulit.

  • Jalur warna merah pada kulit.

  • Pembengkakan.

  • Rasa nyeri.

  • Keluarnya cairan daripada kulit.

Jika anda mengalami sebarang tanda-tanda atau gejala-gejala selulitis seperti berikut, segeralah mendapatka rawatan kecemasan:

  • Demam tinggi atau rasa sejuk menggigil.

  • Loya dan muntah-muntah.

  • Pembesaran terlalu jelas atau pengerasan pada kawasan yang telah menjadi merah.

  • Sakit yang meningkat.

  • Kekejangan pada kawasan kemerahan atau rasa nyeri di kawasan yang disentuh.

  • Masalah perubatan lain yang boleh memberi kesan walaupun daripada jangkitan ringan.

Pemeriksaan dan ujian untuk selulitis

Kebanyakan doktor akan melakukan diagnosis selulitis daripada sejarah perubatan, pemeriksaan fizikal dan pemeriksaan dan ujian berikut:

  • Doktor juga mungkin akan mengambil darah untuk ujian jika pesakit merasakan jangkitan adalah teruk secukupnya untuk berada di dalam aliran darah.

  • Doktor juga mungkin akan melakukan X-ray pada kawasan yang dikhuatiri telah dimasuki benda asing pada kulit atau jika tulang dijangkiti.

  • Doktor juga mungkin akan mengeluarkan cecair dari kawasan yang dijangkiti dengan jarum dan menghantar cecair itu ke makmal untuk diuji.

Rawatan, penjagaan di rumah

Anda boleh melakukan langkah-langkah berikut untuk merawat dan menjaga sendiri masalah selulitis di rumah:

  • Rehatkan kawasan tubuh yang terlibat.

  • Tinggikan kawasan tubuh yang terlibat. Ini akan membantu mengurangkan pembengkakan dan melegakan rasa tidak selesa.

  • Gunakan ubat pelega kesakitan seperti acetaminophen atau ibuprofen. Ini akan mengurangkan kesakitan dan juga membantu memastikan demam berkurangan.

Rawatan perubatan untuk selulitis

Jika jangkitan selulitis tidak terlalu teruk, anda boleh merawatnya di rumah. Doktor akan membekalkan ubat antibiotik yang dipreskripsi selama seminggu hingga 10 hari. Doktor juga akan menggunakan intravena (IV) atau antibiotik intraotot dalam rawatan-rawatan kepada pesakit berikut:

  • Jika jangkitan adalah teruk.

  • Mempunyai masalah perubatan.

  • Terlalu muda atau terlalu tua.

  • Jika selulitis melibatkan kawasan besar atau kawasan yang dekat dengan struktur penting seperti jangkitan di sekeliling soket mata.

  • Sekiranya jangkitan menjadi teruk selepas mengambil antibiotik selepas dua hingga tiga hari.

Pesakit mungkin akan dimasukkan ke dalam wad jika jangkitan menjadi besar, merebak atau di dalam kawasan penting seperti di muka. Dalam kebanyakan kes, antibiotik yang diberikan melalui intravena akan diberikan sehingga jangkitan dikawal dengan baik dalam tempoh dua hingga tiga hari. Selepas itu anda boleh bertukar kepada ubat yang dimakan di rumah.

Ubat

Perubatan antibiotik untuk selulitis dimasukkan ke dalam mulut atau melalui suntikan. Beritahu doktor anda mengenai sebarang reaksi yang pernah anda alami sebelum ini terhadap antibiotik.

Pembedahan

  • Amat jarang sekali jangkitan selulitis memerlukan pembedahan.

  • Nanah atau pengumpulan nanah dalam tisu mungkin perlu dibuka secara pembedahan bagi membenarkan pengaliran keluar.

  • Tisu mati perlu dipotong untuk membenarkan penyembuhan.

Aneka Petua

Daun pandan wangikan kereta

Ada cara mudah mengharumkan kereta. Ambil beberapa helai daun pandan segar, letakkan di bawah kerusi atau mana-mana tempat yang tidak menyemakkan mata. Bila daun ini sudah kelihatan kering dan tidak mengeluarkan bau lagi, tukarkan kepada daun baru. Boleh juga gunakan sabun wangi. Letakkan di dalam kereta sebaiknya di ruang terbuka. Jika mahu kelihatan cantik, bungkus sabun dengan kain net. Baunya lembut dan tahan lama.

Hilangkan kesakitan cekam kuku

Cekam kuku memang menyakitkan. Jika mengalaminya boleh amalkan petua ini sebagai rawatan. Ambil sebiji limau nipis atau kasturi dipotong sedikit bahagian atasnya. Kemudian bakar limau tersebut sehingga bertukar warna kekuningan. Biarkan limau berkenaan suam-suam kuku. Selepas itu, cucuk bahagian jari yang mencengkam atau bernanah itu pada bahagian limau yang telah dipotong tadi. Insya-Allah kuku yang bernanah akan mengecut dalam tempoh beberapa hari sahaja.

Ubati cirit birit

Bancuh air suam bersama teh tanpa gula. Biarkan rasa pahit atau kelat sedikit. Bacalah selawat dan minum. Insya-Allah akan mengurangkan cirit birit.

Melegakan selesema

Ramai yang akan menghadapi selesema ketika musim hujan ini. Rawat sendiri masalah ini dengan panaskan secerek air hingga menggelegak. Selepas itu masukkan dalam besen. Masukkan sedikit serbuk teh atau serbuk kopi dan titiskan dua titis minyak geliga. Ambil gebar dan selimutkan seluruh badan bersama besen sekali. Tunggu hingga 10 minit. Bernafaslah seperti biasa dan badan akan berpeluh-peluh. Tapi pastikan anda tidak menitiskan lebih dari dua titik minyak geliga, dibimbangi terlalu panas untuk badan.

Penawar gatal kulit dan alahan

Bagi menghilangkan gatal kulit dan alahan, ambil beberapa helai daun sirih dan rebus. Biar hingga mendidih. Celup kain bersih ke dalam air rebusan sirih yang sudah suam-suam kuku. Tekapkan kain itu pada bahagian kulit yang gatal kira-kira setengah minit. Insya-Allah kegatalan akan hilang.

Buah pinang ubati kudis

Kudis memang sering dialami oleh kanak-kanak. Bagi merawatnya ambil beberapa biji buah pinang yang sudah kering. Buang kulitnya, kemudian tumbuk pinang tadi hingga lumat. Campurkan dengan minyak kelapa supaya habuk buah pinang itu melekat di kulit. Bahagian kulit yang berkudis itu hendaklah dibersihkan sebelum disapu dengan serbuk pinang.

Misteri Alam

Labu botol kurangkan tahap gula dalam darah

Labu botol atau nama botaninya Lagenaria Siceraria adalah sayuran yang tergolong dalam keluarga Cucurbitaceae. Labu botol berasal dari kawasan tropika Afrika dan sekarang mempunyai taburan di keseluruhan kawasan tropika dunia.

Pokok labu botol adalah jenis tumbuhan pemanjat dengan batang yang mempunyai jalur-jalur panjang dan sulur yang kuat. Sulur biasanya terbahagi dua, satu lebih panjang daripada yang satu lagi. Daun labu botol ringkas, membulat bujur, berbulu dan berbau.

Bunga terletak pada ketiak daun, tunggal dan berwarna putih. Buah yang tua mempunyai kulit yang keras dan tahan lama, isi putih dan lembut. Buahnya mempunyai pelbagai saiz dan bentuk, kebanyakannya bulat seperti bentuk botol.

Banyak kegunaan labu botol. Buah muda boleh dimakan sebagai sayur setelah direbus, digoreng, dimasak sup, kari dan jenis masakan lain. Biji labu botol matang boleh dipanggang dan dimakan seperti kuaci. Minyak biji digunakan sebagai minyak masakan.

Pucuk dan daun muda boleh digunakan sebagai sayur yang dimakan setelah dicelur atau dimasak buat lauk. Kegunaan lain labu botol adalah apabila dikeringkan ia boleh dijadikan bekas air, kraf tangan, alat muzik dan sebagainya.

Makanan sesuai pesakit diabetes

Buah labu botol mengandungi 95 peratus air dan menyebabkan ia mudah dihadamkan. Selain itu, buah labu botol juga turut mengandungi 3.5 peratus karbohidrat, 0.5 peratus protein, 0.1 peratus lemak, mineral besi, fosforus, kalsium, vitamin A, B1, B2, serta niasin dan vitamin C.

Glukos dan gula dalam labu botol dikatakan hampir tidak ada dan ini menyebabkan ia menjadi salah satu makanan pilihan sesuai untuk pesakit diabetes. Labu botol dikatakan mampu mengurangkan tahap gula dalam darah. Oleh itu dikatakan pesakit diabetes boleh memakan buah labu botol dalam diet pemakanan seharian atau menjadikan tabiat meminum jus labu botol setiap hari bagi mengurangkan gula dalam darah.

Buah labu botol dikatakan boleh direbus dan dibuat sirap ubat herba yang diminum untuk merawat sakit dada. la juga dikatakan boleh direbus dan diminum untuk menyejukkan badan, melawaskan pembuangan air kecil, mengeluarkan batu karang dalam pundi kencing, mengubati sakit perut dan usus serta demam panas. Namun begitu perlu berhati-hati kerana pengambilan yang terlalu banyak digunakan boleh menyebabkan muntah-muntah dan cirit-birit.

Kurangkan berat badan

Dikatakan jus yang dihasilkan daripada buah labu botol mampu digunakan untuk mengurangkan berat badan. Cecair buah yang telah dicampurkan dengan air limau nipis dikatakan boleh disapu untuk rawatan jerawat. Jika mengalami demam panas, cecair air labu botol disapu pada kepala dan tapak kaki untuk menurunkan suhu badan.

Jus buah labu botol juga dikatakan mampu membantu dalam merawat cirit-birit. Minum jus labu botol yang telah dibubuh sedikit garam untuk melegakan cirit-birit. Jika anda mengalami masalah urinari, dikatakan meminum jus labu botol sehari sekali mampu melegakan rasa panas terbakar di laluan urinari berikutan dengan keasidan tinggi air kencing. Jus labu botol dikatakan mampu bertindak sebagai campuran beralkali.

Buah labu sayur ini juga dikatakan amat baik untuk menyeimbangkan fungsi hati. la juga kerap dicadangkan dalam perubatan Ayurveda apabila hati meradang dan tidak dapat memproses dengan baik untuk mendapatkan zat yang maksimum.

Biji labu botol dikatakan boleh ditumbuk lumat dan ditampal pada gigi atau gusi yang sakit. Manakala bunga dan isi batang labu botol dikatakan boleh direbus dan diminum sebagai penawar racun.

Walaupun labu botol dikatakan memiliki khasiat ubatan, namun begitu penggunaannya untuk perubatan perlulah mendapat nasihat daripada pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari.

Panduan Ibu Muda

Ketahui 7 kaedah perancangan keluarga

Perancangan keluarga yang baik disarankan memandangkan kos sara hidup yang semakin meningkat. Lantaran itu tidak hairanlah bilangan ahli keluarga semakin mengecil berbanding suatu ketika dahulu. Bagi yang bergelar ibu bapa, mereka berusaha untuk menjarakkan kelahiran bagi mengehadkan bilangan anak.

Pelbagai faktor yang mendorong pasangan suami isteri mengamalkan perancangan keluarga seperti berkahwin pada usia terlalu muda atau usia lewat, memiliki anak terlalu ramai dengan jarak yang rapat, masalah kesihatan, faktor kewangan, menyambung pengajian dan lain-lain lagi.

Terdapat pelbagai kaedah dalam merancang keluarga. Lazimnya ia selamat, berkesan, mudah digunakan, tiada kesan sampingan dan kos yang berpatutan.

1. Semula jadi – menggunakan kaedah masa selamat, tempoh kesuburan, mukus serviks dan azal, iaitu mengeluarkan zakar sebelum ejakulasi. Bagaimanapun peratus kegagalan tinggi.

2. Penggunaan kondom – penggunaan kondom mampu menghalang sperma daripada memasuki serviks. la kaedah yang selamat selagi kondom tersebut tidak berlaku kebocoran. Bagaimanapun ramai lelaki tidak menggemari kaedah ini.

3. Pil – pil perancang begitu popular di kalangan wanita bagi menghalang pengeluaran telur dari kilang ovari serta menyebabkan mukus dari pintu rahim menjadi pekat. Jika anda mengambil pil seperti yang dicadangkan, keberkesanan menggunakan kaedah ini amat tinggi.

4. Suntikan – hormon progestogen disuntik bagi mengelakkan pengeluaran telur dari kilang ovari di samping mengakibatkan mukus seseorang wanita menjadi pekat.

5. Implanon – alat kontrasepsi berbentuk rod kecil yang dipasang di bawah lapisan kulit di bahagian tengah lengan atas dan berfungsi selama tiga tahun. Setiap rod implanon mengandungi etonogestrel yang bertindak melepaskan hormon progestin pada paras yang tetap. la sangat berkesan dengan kurang daripada satu peratus kegagalan dilaporkan. Wanita yang memakai implanon akan subur semula setelah tiga minggu alat tersebut dibuka.

6. Alat dalam rahim – alat dimasukkan dalam rahim. la berkesan antara tiga hingga lima tahun dan kejayaannya mengelakkan kehamilan sehingga 98 peratus. Selain itu terdapat juga alat dalam rahim yang diserap bersama hormon.

7. lnstrauterin (IUD) – alat anjal berbentuk T dimasukkan ke dalam rahim bagi mengganggu pergerakan sperma dalam ruang uterin. Terdapat dua jenis IUD iaitu yang mampu melindungi daripada kehamilan selama 10 tahun dan yang perlu diganti setiap tahun.

BERDUA LEBIH BAIK

Sukarnya menyediakan waktu yang berkualiti bersama anak, ditambah dengan kos pendidikan yang semakin mahal membuatkan anda dan suami bercadang untuk menambah bilangan ahli keluarga.

Bagaimanapun melihat rakan-rakan yang mempunyai ramai anak, membuatkan anda terfikir untuk mempunyai seorang lagi cahaya mata. Berikut lima alasan bahawa memperoleh dua orang anak lebih baik daripada seorang.

1. Bahagi kasih – Ketika anda mempunyai seorang anak, anda dan suami menyayanginya dengan sepenuh hati. Namun setelah lahirnya anak kedua, ternyata anda boleh menyayangi kedua-dua anak dengan sama adilnya.

2. Kasih adik-beradik – Setiap adik-beradik mempunyai ikatan yang khusus. Meskipun mereka saling bertengkar, mereka akan tetap menjadi sahabat terbaik.

3. Makin ramai, makin seronok – Melihat keluarga besar melakukan pelbagai aktiviti bersama-sama membuatkan anda berasa Iebih seronok. Keadaan pasti lebih meriah.

4. Teman bermain – Bermain bersama-sama bukan sahaja memberi pengalaman tetapi mengukuhkan lagi hubungan kekeluargaan.

5. Belajar mengatasi masalah – Tidak mudah untuk anak-anak belajar nilai-nilai seperti berkongsi, bersahabat dan bekerjasama. Dengan adanya saudara kandung, mereka akan mempelajari nilai-nilai tersebut melalui interaksi sesama mereka.

INFO

Satu daripada lapan orang ibu bapa menggunakan internet untuk mendapatkan makluman kesihatan. Malah mereka memeriksa keadaan kesihatan anak melalui internet sebelum membawanya bertemu doktor.

Untukmu Mama

Puting tenangkan bayi tapi….

Ramai ibu menggunakan puting sebagai alat penenang kepada bayi semenjak dahulu lagi. Walaupun han ini ibu bapa banyak didedahkan kepada keburukan penggunaan puting, namun ia tetap digunakan secara meluas dan sernakin meningkat. Malah melalui satu kajian melaporkan bahawa dua per tiga ibu menggunakan puting.

Lazimnya puting diberi kepada bayi berusia dari dua bulan. Bukti juga menunjukkan bahawa ibu bapa cenderung memberikan puting jika bayi itu bayi pertama atau jika bayi itu lelaki. Berikut pro dan kontra terhadap penggunaan puting

Sisi positif

1. Seiring peningkatan kematian mendadak kepada bayi, puting dipercayai dapat menyelamatkan nyawa bayi. Terdapat beberapa kajian yang menyatakan ibu bapa harus segera memberikan anak puting ketika baru menangis. Apabila berhenti menangis, lepaskan puting untuk mengelakkan menjadi kebiasaan.

2. Jika bayi anda jenis yang mudah menangis dan puting satu-satunya yang boleh membuatnya berhenti menangis, sebaiknya berikan puting kepadanya. Ini membantu menenangkan buah hati anda.

3. Bagi mereka yang pro puting, puting mampu memberi kepuasan refleks hisapan bayi. Ada juga ibu baru yang tidak bersedia menerima risiko ketika memberhentikan penyusuan badan. Jadi puting adalah satu-satunya alat memuaskan hasrat menyusu bayi.

4. Menghisap puting juga boleh membantu sesetengah bayi pramatang. Jika mereka diberikan puting untuk dihisap sebelum meminum susu, mereka mungkin boleh beralih dengan lebih senang daripada melalui tiub kepada penyusuan botol. Bayi pramatang yang diberi puting sebelum menyusu menjadi lebih selesa dan tenang semasa disusukan dan selepasnya.

Sisi negatif

1. Puting dipercayai menyebabkan jangkitan telinga pada bayi. Menghisap puting menambah kemungkinan jangkitan berpindah dari mulut ke tiub eustachia iaitu saluran berisi udara yang menyambungkan telinga tengah dengan bahagian belakang tekak.

2. Puting telah dikaitkan dengan risiko tinggi mendapat simptom seperti muntah-muntah, demam, cirit-birit dan kolik.

3. Doktor gigi tidak menggalakkan penggunaan puting kerana menyebabkan beberapa masalah apabila gigi tumbuh.

4. Penggunaan puting tidak membolehkan bayi membebel yang merupakan langkah penting dalam mereka bertutur. la juga tidak menggalakkan bayi berlatih berceloteh yang diperlukan mereka untuk membina kemahiran berkomunikasi.

5. Bukti juga menunjukkan bahawa ibu yang menggunakan puting cenderung untuk bercerai susu awal. Penggunaan puting telah dikaitkan dengan masa yang lebih singkat bagi penyusuan badan secara eksklusif.

MENGAPA AIR LIUR BAYI MELELEH

Bukan sesuatu yang luar biasaa apabila melihat bayi yang air liurnya membasahi mulut dan dagu. Lalu beranggapan ia kerana gigi bayi sedang tumbuh atau lainnya. Menurut jurnal Pediatric Child Health, air liur meleleh sentiasa terjadi pada bayi terutama di usia sekitar lima hingga enam bulan. Ini kerana kemampuan menelan pada bayi masih sangat terbatas.

Selain itu, mengeluarkan air liur juga memberi manfaat kepada bayi, iaitu:

1. Membersihkan – Air liur yang mengalir keluar membuatkan mulut lebih lembap dan bersih.

2. Mengenal rasa – Air liur membantu bayi lebih mengenali rasa sehingga boleh membantu meningkatkan selera makan.

3. Pelincir – Ketika si kecil tumbuh gigi, aliran air liur berfungsi untuk mencegah gejala radang di sekitar gigi.

INFO

Bayi baru lahir secara genetiknya mempunyai deria bunyi yang kuat. Mereka boleh membezakan bunyi-bunyian dan boleh mengenali suara ibu serta merta semasa dilahirkan.

Teks untuk Podcast 2014 012 01

Podcast 2014 012 01, merupakan bahagian pertama rakaman audio rencana-rencana daripada Mingguan Wanita 20 Disember 2013 dan teks asalnya adalah seperti berikut:

Wanita Cemerlang

Azryna cabar diri keluar dari zon selesa

Kebiasaannya, apabila sudah menjawat jawatan tinggi dan memperoleh pendapatan lumayan,seseorang akan berasa selesa dalam zon tersebut. Mereka tidak akan melepaskan kedudukan ini semata-mata untuk mencuba perkara baru.

Namun lain pula kisahnya dengan Azryna Kudin. Anak kelahiran Sungai Petani, Kedah ini mencabar dirinya untuk keluar dari zon selesa. Walaupun ketika itu, dia sudah memperoleh pendapatan tinggi sebagai Juru Ukur Bahan di syarikat besar namun Azryna sanggup mengambil risiko demi minat mendalam terhadap bisnes.

“Saya seorang yang bekerja keras, amanah yang diberikan syarikat saya laksana sebaik mungkin. Sepanjang 10 tahun bekerja makan gaji, saya sangat komited. Jadual kerja begitu padat sehinggakan hampir setiap hari saya pulang lewat ke rumah demi memastikan segala perancangan syarikat berjalan lancar.

“Saya sudah memperoleh kepuasan diri dalam bidang tersebut. Masa depan memang terjamin tapi saya mahu keluar dari zon selamat ini. Saya menyukai cabaran dan tidak mahu lagi terikat dengan masa. Lagipun saya fikir sudah tiba masanya untuk saya memberi tumpuan kepada keluarga.

“Keputusan saya berjinak dalam bisnes mendapat sokongan padu daripada suami, Muhammad Zuhairi. Berkat usaha dan doa keluarga, saya membuka butik pengantin, Ryn’s Avenue di Sungai Petani, Kedah dan mengembangkan bisnes di Seksyen 9, Shah Alam, Selangor,” ujarnya yang merupakan graduan Ukur Bahan Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor Bahru.

Lengkapkan diri dengan ilmu

Sebelum menceburi bisnes, ibu kepada dua cahaya mata ini melengkapkan dirinya dengan ilmu. Dia membuat persediaan rapi agar bisnes yang diusahakan tidak kecundang di tengah jalan. Cerita Azryna, ketika masih bekerja dia mengikuti kursus solekan yang dikendalikan oleh jurusolek terkenal, Saidatulnisa.

“Bidang kecantikan bukanlah perkara asing dalam diri saya. Sejak zaman remaja lagi, saya memang suka merias diri. Minat yang mendalam terhadap bidang kecantikan inilah yang mendorong saya menceburkan diri dalam bisnes perancang perkahwinan seperti solekan, busana pengantin, dekorasi dan fotografi.

“Memang teruja sangat dapat menimba ilmu solekan dengan beliau.Tidak sukar untuk saya menguasai teknik solekan kerana saya mempunyai bakat semula jadi. Kursus ini memberi peluang kepada saya menggali potensi diri yang terpendam.

“Alhamdulillah, sentuhan dan kreativiti saya menjadi. Lantaran, tanpa ragu-ragu saya diberi peluang menyolekkan pengantin. Kepercayaan ini membuatkan saya terharu. Sudah semestinya, saya memberikan yang terbaik untuk pelanggan,” katanya.

Serlah keanggunan raja sehari

Ditanya rahsia tentang solekan raja sehari, Azryna mengakui tidak mengamalkan sebarang petua khusus. Sebaliknya, wanita berkulit cerah ini mengatakan sebelum merias wajah pelanggan dia pastikan membaca Bismillah dan selawat.

“Saya fikir, apa juga yang kita lakukan mesti bermula dengan niat baik. Saya suka berhias dan saya gunakan bakat ini untuk mencantikkan wanita lain. Teknik solekan yang betul akan menutup kekurangan dan menyerlahkan kecantikan wanita.

“Masih segar dalam ingatan, pengalaman awal menyolek pengantin. Saya diberi amanah merias wajah adik saya, Asnidar, serta rakan karib saya, Izatul Laili pada hari bersejarah mereka. Saya lakukan tugas ini dengan sepenuh jiwa, Alhamdulillah mereka tampil anggun dan berseri di majlis perkahwinan mereka.

“Keluarga dan kenalan suka dengan hasil kerja saya. Dari situlah, saya mendapat pelanggan. Seorang demi seorang menemui saya untuk mendapatkan khidmat solekan. Sehingga kini, saya masih diberi kepercayaan merias wajah pengantin. Saya gembira dapat membantu mereka tampil menawan pada hari bahagia,” ujarnya

Minat mendalam terhadap seni halus juga mendorong wanita ini menghasilkan rekaan busana pengantin dan dekorasi bagi majlis perkahwinan. Rekaannya yang terkini dan unik ternyata menambat hati pelanggan. Bagi menghasilkan busana dan dekorasi istimewa, Azryna memberi sepenuh tumpuan.

“Saya menjadikan buku fesyen sebagai rujukan. Saya juga gemar melayari Internet untuk nnengikuti perkembangan dunia fesyen. Tidak mahu terikut dengan gaya sedia ada, saya sentiasa mencipta kelainan dalam setiap busana dan dekorasi yang dihasilkan. Busana rekaan saya lebih kepada gaya Muslimah, ia menyerlahkan ciri feminin dan membuatkan mempelai tampak manis serta sopan.

“Selain itu, saya amat mementingkan kualiti agar pelanggan selesa menggayakan busana tersebut. Aspek lain yang dititik berat adalah kekemasan jahitan, perincian, dan material berkualiti tinggi.

“Agar rekaan saya nnemenuhi cita rasa pelanggan, saya akan menyelami hati mereka ketika sesi konsultasi. Kami akan berbincang mengenai konsep perkahwinan yang diimpikan pelanggan. Sedaya upaya, saya akan membantu merealisasikan impian mereka dengan bajet yang diberikan,” kata Azryna yang turut menawarkan perkhidmatan fotografi, pelamin dan meja makan beradab.

Jadi teman baik anak

Walaupun hasil rekaannya sering menjadi pilihan selebriti dan orang kenamaan, Azryna tidak pernah mendabik dada. Dia bersyukur mendapat perhatian golongan tersebut dan terus berusaha menghasilkan karya terbaik.

“Saya tidak memilih bulu, semua pelanggan mendapat layanan yang sama rata. Saya bersama kakitangan bertungkus lumus bagi memastikan impian pelanggan menjadi kenyataan baik dari segi busana, dekorasi majlis mahupun sesi fotografi,” katanya.

Diminta berkongsi rahsia kejayaan, wanita bertubuh kecil molek ini tenang mengatur bicara. Katanya, cabaran dalam bisnes begitu besar. Bukan calang-calang orang mampu bertahan dengan ujian yang datang.

“Melayani pelbagai karenah pelanggan menjadi asam garam dalam bisnes. Tapi kita jangan serik dan putus asa. Saya sentiasa berfikiran positif, saya percaya setiap yang berlaku ada hikmahnya. Pengalaman mendewasakan kita agar membuat keputusan yang bijak.

“Untuk berjaya dalam bisnes, kita mesti tahu selok-belok bidang yang diceburi dan turun padang memastikan segalanya berjalan lancar. Persaingan sihat juga menjadi pemangkin kepada saya untuk terus menghasilkan rekaan eksklusif serta memberi perkhidmatan terbaik untuk pelanggan.

“Bagi diri saya, kepuasan dalam memberi perkhidmatan adalah apabila pelanggan rasa berpuas hati. lni tidak akan dapat dicapai tanpa dedikasi yang ditunjukkan oleh adik saya, Asnidar, yang nnengendalikan butik pengantin Ryn’s Avenue di Sungai Petani, kakitangan di kedua-dua cawangan, serta sokongan moral yang kuat daripada ahli keluarga dan rakan-rakan. Saya sangat berterima kasih kepada mereka.” jelas Azryna.

Kesibukan menguruskan bisnes tidak membuatkan wanita ini alpa. Dia tidak sesekali mengabaikan suami dan anak-anak. Azryna bijak mengimbangi masa antara keluarga dan kerjaya.

“Jika bercuti panjang, saya akan melancong di dalam dan luar negara bersama keluarga. Di samping dapat merehatkan minda dan mengeratkan silaturahim, percutian ini juga memberi ruang kepada saya meninjau peluang bisnes.

Hubungan saya dan anak-anak sangat rapat, kami bagaikan teman balk. Anak-anak pun tidak malu berkongsi cerita peribadi mereka dengan saya. Kami suka meluangkan masa bersama melakukan aktiviti yang digemari. Antaranya membeli belah dan bersiar-siar. Saya juga suka memasak juadah kegemaran suami dan anak-anak. Inilah cara kami menjaga hubungan kekeluargaan,” ujar ibu kepada Muhammad Danish, 17, dan Camilia Putri, 14.

Ibu Tunggal Berjaya

Pengalaman ikat perut jadikan Norsalam makin tabah

Sepasang kain ela dibentangkan. Diukur kemudian digunting dengan teliti sebelum dijahit mengikut rekaan yang diminta pelanggan. Tertunduk-tunduk Norsalmi Misri menjahit di mesin yang sengaja diletakkan di atas Iantai. Meskipun nampak tidak selesa tetapi itulah cara menjahit yang telah dipraktikkan sekian lama.

Meski penat tetapi bila memikirkan anak-anak, ibu tabah ini gagahkan juga. Tiada siapa lagi yang boleh diharap kerana dialah segala-galanya buat mereka. Dialah ibu, dialah ayah. Mengadu kesusahan kepada orang ramai bukanlah caranya. Selagi ada kudrat dan upaya, dia akan terus berusaha untuk memberi didikan sekali gus membesarkan anak-anak yang dianugerahkan Allah kepadanya.

“Sebelum ini saya pernah bekerja di sebuah kilang tetapi bertahan selama satu tahun sahaja. Ya lah, bimbangkan anak-anak di rumah walaupun yang sulung sudah besar. Sebab itulah saya bertekad terus mencari rezeki dengan menjahit. Sebenarnya, sudah lama saya ambil upah menjahit pakaian, sejak ada suami lagi. Tetapi ia dilakukan secara sambilan, tidak serius macam sekarang.

“Alhamdulillah, sejak mendapat bantuan dari Pusat Zakat, hidup kami anak beranak tidaklah sesusah dahulu. Rumah ini pun diberikan oleh mereka. Jika tidak, kami terpaksalah menumpang di rumah emak. Sebolehnya saya memang tak mahu bebankan sesiapa,” ujar Norsalmi mengimbas kepayahan hidupnya.

Sambungnya pernah satu ketika, dia anak beranak diuji dengan kesukaran yang cukup menyedihkan namun situasi itulah yang menjadikan dirinya makin tabah.

“Mana tidaknya, tiga hari kami tidak menjamah nasi kerana tak mampu membeli beras. Saya hanya buatkan cekodok untuk anak-anak. Hati ibu manalah yang tak sedih tetapi saya kuatkan semangat dan pesan kepada mereka supaya jangan beritahu orang lain.

“Bagaimanapun, rahsia yang disimpan akhirnya dibongkar oleh arwah bapa. Dia kemudiannya membeli sedikit barang keperluan dapur termasuk beras untuk kami sekeluarga.

“Bukan hendak berkongsi duka sendiri tetapi sebolehnya saya tak mahu menyusahkan mereka atau siapa sahaja. Selagi tulang empat kerat ini masih boleh bekerja, saya akan usahakan.

“Bagi mendapatkan wang sampingan, saya turut menjual nasi lemak dan mengambil anak-anak jiran balik dari sekolah. Alhamdulillah, cukuplah untuk menampung kami lima beranak.

“Pada waktu itu saya memang tak tahu caranya memohon bantuan zakat hinggalah ketua kampung mencadangkan nama saya ke Pusat Zakat,” terang ibu kepada empat cahaya mata ini panjang lebar.

Pentingkan pelajaran anak

Sekalipun terpaksa menempuh dugaan getir, Norsalmi tetap berjuang meneruskan kehidupan. Manakan tidak, sewaktu berpisah dengan bekas suami, dia masih mengandungkan anak bongsu sementara yang lainnya kecil-kecil lagi. Masih tidak mengerti tentang kehidupan.

Sekalipun bersedih dengan apa yang terjadi, dia tidak hanyut dengan emosi yang membelenggu diri. Ibu tabah ini berfikir bahawa dia harus bangkit demi anak-anak. Anak-anak yang akan mengubah nasib mereka kelak.

“Waktu siang saya berniaga nasi lemak dan ambil budak-budak balik dari sekolah. Ulang-alik dengan motor sahaja. Pada sebelah malam pula, saya menjahit.

“Kalau dilihat jadual memang padat tetapi kata orang mana datangnya senang kalau tidak menempuh kesusahan. Saya tak kisah asalkan anak-anak dapat pelajaran dan membesar seperti anak-anak lain. Meskipun hidup tidak semewah mana tetapi buat masa sekarang, makan pakai mereka tak pernah berkurang,” ujarnya.

Setelah sekian lama berkorban membanting tulang empat keratnya, hasil kian dirasai oleh ibu tunggal ini. Meski hidup tidak mewah namun selesa untuk dia sekeluarga.

“Alhamdulillah, hasil pengorbanan yang dilakukan kian nampak. Anak sulung dan kedua banyak meraih pingat dan anugerah di dalam sukan. Mereka memang minat ke arah itu dan saya tak pernah ada masalah dengannya.

“Soal pelajaran dan kerjaya, saya tidak suka memaksa malah memberi kebebasan untuk mereka memilihnya. Begitu juga dengan anak-anak yang lain. Potensi diri mereka menyerlah perlahan-lahan. Hanya iringan doa dan harapan agar apa juga impian mereka terlaksana,” ujarnya yang bertekad mahu mengubah kehidupannya.

Cukuplah derita yang ditanggung selama ini. Sebolehnya, Norsalmi tidak mahu kesusahan itu menjadi `badi’ buat anak-anak pula.

“Sebab itulah saya tidak pernah bersungut jika terpaksa bekerja lebih. Sekarang, bukan waktunya untuk saya fikirkan diri sendiri. Semuanya untuk anak-anak kerana merekalah yang akan diharapkan kelak,” katanya yang tidak menang tangan menerima tempahan menjahit baju daripada penduduk setempat.

Anak tak merungut

Sekalipun mesin jahitnya sering kali terhenti kerana terlalu kuat ‘bekerja’ tetapi Norsalmi tidak pernah berputus asa. Satu hingga dua jam sekali, dia akan berehat seketika dan membuat kerja-kerja rumah lain seperti memasak, mengemas dan menguruskan anak-anak.

“Walaupun kami pernah susah, anak-anak tidak pernah merungut atau minta makanan yang sedap-sedap. Apa yang saya beri itulah yang dimakan.

Tetapi, sekali-sekala saya cuba dapatkan menu sedap sedikit atau makanan segera di bandar.

“Mereka memang seronok apabila berpeluang menikmatinya. Kala itulah gugur air mata saya melihat gelagat mereka. Syukurlah, walaupun bukan selalu tetapi saya berjaya mengadakan makanan tersebut seperti ibu bapa lain. Begitu jugalah dengan barang-barang lain. Saya akan cuba beri walaupun bukan dalam tempoh yang singkat. Selagi terdaya tenaga ini, saya akan usahakan demi keselesaan anak-anak.

“Kini, masing-masing dah besar panjang, anak sulung baru sahaja habis SPM, begitu juga dengan anak kedua yang baru selesai PMR. Sementara yang ketiga berada di Tahun Lima dan yang bongsu sekali baru berusia lapan tahun,” jelasnya yang tidak pernah penat berpesan kepada anak-anak supaya belajar dengan tekun bagi mengubah nasib keluarga di masa hadapan.

Wanita & Bisnes

Warisi bisnes ayam proses – Nur Amalina realisasikan harapan ayah

Jika gadis lain lebih berminat menceburi bisnes kecantikan, lain pula buat anak muda ini. Fatin NurAmalina Masri, 27, memilih mewarisi bisnes pemprosesan ayam milik bapanya.

Meski bukan bisnes yang glamor seperti produk kecantikan mahu pun fesyen namun Nur Amalina bangga melakukannya sementelah semangat usahawan semakin mendalam di jiwanya.

Gadis ini juga banyak menjadikan kisah dan pengalaman bapanya membina perniagaan sebagai motivasi. Katanya, hal itu menjadikan dia lebih bersemangat untuk membawa Masri Processing Sdn Bhd, ke mercu kejayaan.

“Ayah seorang peniaga yang gigih. Syarikat yang telah diusahakan sejak tahun 1993 ini benar-benar memberi satu motivasi besar kepada saya untuk menerajuinya.

“Bermula sebagai penjual ikan dan ayam secara kecil-kecilan dan berjualan di sekitar kampung, kami tidak pernah menyangka bahawa suatu hari nanti akan mempunyai sebuah kilang memproses ayam.

“Mendengar kisah dan pent jerih ayah itu menjadikan saya lebih bersemangat untuk mengharungi dugaan dan cabaran dalam perniagaan,” jelas anak sulung dari enam orang beradik yang banyak menerima dorongan daripada bapanya.

Selain itu kata Nur Amalina yang kini memasarkan ayam proses sekitar Johor Bahru, bapanya turut berkongsi ilmu untuk menjadi seorang peniaga yang baik.

“Saya ceduk banyak ilmu daripada ayah. Pengalaman yang dimiliki oleh ayah rugi kalau tidak saya gunakan sebaik mungkin.Saya mahu bergelar peniaga berjaya seperti ayah suatu hari nanti.

“Kini saya ke arah untuk harapan ayah dan juga impian saya sendiri. Kalau ada yang bertanya dan berkata, tidak bosankan dengan perniagaan sedemikian, jawapan saya hanyalah satu, berniaga apa sahaja memang ada keseronokan tersendiri,” luah Nur Amalina.

Cabar diri

Kata graduan dalam bidang pengurusan perniagaan daripada Universiti Teknologi Mara ini, berniaga banyak mencabar dirinya sendiri. Melalui dunia perniagaan juga mengajar dia menghargai masa dan cara untuk berurusan dengan pembekal.

“Perniagaan ini memerlukan saya berjumpa dengan ramai pembekal dengan pelbagai kerenah. Mereka menawarkan harga yang berbeza untuk urus niaga. Jadi saya harus matang dan bijak menilai mana satu yang terbaik untuk diberikan kepada pelanggan saya pula.

“Saya tidak boleh terima sembarangan tanpa memikirkan apa yang akan kami dapat kelak. Selalunya, saya dan ayah berbincang mengenai hal ini dan kebiasaannya pembekal yang sentiasa mengekalkan hubungan baik dan senang berurusan akan kami kekalkan. Tidak dinafikan ada juga pembekal baru yang kami cuba untuk berurusan. Kami sentiasa mengamalkan win-win situation,” ujar anak sulung dari enam beradik ini.

Sambung Nur Amalina selain berdepan pembekal. cabaran lain adalah dari segi pengurusan masa. Luahnya yang sudah berumah tangga, mujur juga suami turut sama terbabit dalam perniagaan ini.

“Dia memahami kesibukan saya kerana dia suami juga bekerja di pejabat seperti saya. Jadi kami sentiasa amalkan waktu yang berkualiti. Masa kami berdua tetap ada begitu juga masa untuk keluarga.

“Kebiasaannya waktu itu kami manfaat untuk bercuti ataupun berkumpul satu keluarga. Hal ini tidak mendatangkan masalah apabila masing-masing tahu tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Lagipun kerja itu juga satu ibadah jadi tidak perlu dipayahkan urusan yang boleh dipermudahkan. Itu adalah prinsip saya,-kata peniaga muda yang cekal ini.

Proses 35 ribu ekor ayam sehari

Bercerita mengenai pengalamannya lagi, saat diberikan amanah untuk menerajui Masri Processing Sdn Bhd, pelbagai persoalan bermain di fikirannya. Pertama sekali mampukah dia membawa Masri Processing kepada tahap yang diharapkan oleh keluarganya.

“Saya risau jika keadaan sebaliknya yang berlaku. Tetapi atas dorongan dan semangat yang diberikan oleh keluarga saya ambil tanggungjawab itu dan hingga kini alhamdulillah perancangan berjalan dengan lancar. Cuma biasalah dalam perniagaan akan berdepan sedikit sebanyak cabaran dan itu adat dalam perniagaan,” ungkap Nur Amalina.

Akui anak kelahiran Johor ini lagi, dia bernasib baik kerana mewarisi perniagaan yang sudah dalam keadaan stabil dan sedang berkembang. Pun begitu untuk mengekal apa yang sudah dilaksanakan oleh orang tuanya itu bukanlah mudah.

“Masri Processing Sdn Bhd menyasarkan pasaran yang lebih meluas dan bukan hanya tertakluk di negeri Johor sahaja. Saya mahu mennasarkan ayam keluaran syarikatnya ke serata negeri. Buat permulaan mulai tahun hadapan Masri Processing Sdn Bhd, cuba memasarkan ayam ke sekitar Lembah Klang.

“Kami sedang berusaha membuka cawangan baru di Semenyih, Selangor dalam usaha memasarkan ayam ke serata negeri Selangor dan juga Lembah Kiang,” ujarnya sambil memberitahu ayam proses halal yang dikeluarkan dijamin dari segi status halal dan kebersihannya.

Di samping itu kata Nur Amalina meski untuk pasaran sekitar negeri Johor sahaja, Masri Processing memproses 25,000 hingga 35,000 ekor ayam sehari menggunakan mesin canggih dan tenaga pekerja.

Matlamat tahun 2014

Memasuki tahun 2014, gadis ini berkeyakinan merealisasikan matlamat yang dirancang dengan tunjuk ajar bapa dan kerjasama pekerja. Dia mahu melebarkan sayap perniagaannya.

“Kini adalah masa untuk memperkukuhkan lagi perniagaan. Semoga perancangan yang dibuat berjaya.

“Kami yakin dengan kapasiti yang ada dan mampu memenuhi setiap permintaan. Ini juga salah satu cara kami mengukuhkan lagi perniagaan sedia ada” ungkap Nur Amalina.

Keranamu Guru

Rosnita tak pinggir pelajar lemah

Setiap makhluk ciptaan Allah punyai kelebihan don kelemahan. Begitu juga dengan manusia, tidak ada istilah sempurna. Mengambil iktibar di sebalik semua ini, Rosnita Mat Ail, 36, sentiasa muhasabah diri dan berlapang dada menerima ujian daripada Yang Maha Esa.

Rosnita percaya penglibatannya dalam bidang perguruan bukanlah kebetulan sebaliknya semua yang berlaku sudah direncanakan oleh-Nya. Dia bersyukur dan gembira diberi peluang memikul tanggungjawab mendidik anak bangsa.

“Selepas tamat pengajian peringkat ijazah Sarjana Muda dalam jurus Pengurusan Perniagaan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), saya sempat bekerja di sebuah syarikat swasta. Di sana, saya diberi amanah untuk melatih pekerja baru. Dan situlah, timbulnya minat mengajar.

“Pada masa sama, Allah lorongkan jalan untuk saya bergelar pendidik sepenuh masa. Saya mengikuti Kursus Perguruan Lepasan ljazah (KPLI) di Maktab Perguruan Ilmu Khas Cheras, Selangor selama satu tahun. Sejak itu, kecintaan terhadap bidang ini semakin menebal dalam diri saya,” kata guru yang kini berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Saujana Utama, Sungai Buloh, Selangor.

Cerita Rosnita dia tidak pernah menyesal menjadi guru malah begitu teruja dapat berkongsi ilmu dan pengalaman dengan pelajar serta guru-guru lain. Dari hari ke hari semangatnya semakin berkobar-kobar untuk terus mendidik generasi muda agar menjadi insan cemerlang.

“Dalam usaha merealisasikan impian ini . sudah semestinya saya memberi sepenuh komitmen. Bukan sahaja bertanggung jawab mengajar pelajar malah saya juga diberi mandat untuk sama-sama membentuk akhlak pelajar. Tugas guru tidak berakhir di bilik darjah mahupun sekolah sebaliknya proses yang berterusan walau di mana pun saya berada.

“Saya akui bukan mudah menarik minat pelajar agar fokus dalam pelajaran apatah lagi untuk skor dalam peperiksaan. Ini kerana setiap pelajar mempunyai tahap berbeza, ada yang bijak, sederhana dan lemah.

“Pendekatan pembelajaran adalah berbeza mengikut kemampuan mereka_ Saya tidak memilih bulu, semua pelajar istimewa di hati saya. Tidak pernah saya meminggirkan pelajar lemah malah saya lebih memberi tumpuan, perhatian dan membantu golongan ini agar dapat meningkatkan prestasi dalam pelajaran seterusnya mencapai keputusan yang baik dalam peperiksaan,” jelasnya.

Kongsi teknik jawab soalan

Tidak cukup dengan pembelajaran di dalam bilik darjah, Rosnita mengadakan kelas tambahan bagi membantu pelajar membuat persiapan rapi untuk menduduki peperiksaan. Sebagai guru Bahasa Inggeris, dia amat memahami kesukaran pelajar untuk menguasai subjek tersebut.

“Saya tidak nafikan, ramai pelajar malu dan takut untuk berbahasa Inggeris. Saya sentiasa mengajak pelajar berfikiran positif dan berusaha memantapkan diri untuk menguasai bahasa tersebut.

“Jika ada kemahuan dan usaha, segalanya tidak mustahil. Saya mengambil contoh diri sendiri. Ketika saya bekerja di syarikat swasta dahulu, kakitangan di sana berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris. Pada mulanya, saya berasa sangat kekok, malu dan tidak yakin untuk berbahasa Inggeris.

“Mujur saya cepat sedar, saya tidak biarkan diri tenggelam dengan sikap negatif. Saya belajar perlahan-lahan, Alhamdulillah akhirnya saya dapat menguasai bahasa tersebut. Pengalaman ini saya kongsi dengan pelajar.

“Sebenarnya tidak sukar untuk kuasai Bahasa Inggeris. Pelajar mesti kikis rasa malu dan sentiasa berkonnunikasi dalam bahasa tersebut. Dalam proses tersebut, jangan takut melakukan kesilapan kerana ia akan mematangkan

“Mulakan dengan langkah kecil dengan menggunakan perkataan bahasa Inggeris dalam perbualan. Tidak salah bercakap dalam bahasa rojak tapi dari semasa ke semasa, pelajar mesti perbaiki diri dan belajar melalui kesilapan,” ujar Rosnita panjang lebar.

Sepanjang lapan tahun bergelar pendidik, banyak pengalaman pahit manis yang ditimba Rosnita. Wanita kecil molek ini mengatakan kenangan mendidik pelajar nakal tidak pernah dilupakan.

“Saya masih ingat lagi, pelajar ini sangat nakal dan sering menimbulkan masalah di sekolah. Saya tidak bersangka buruk padanya. Saya mengambil pendekatan psikologi, saya mengajarnya menguasai bahasa Inggeris.

“Dia memang sangat lennah dalam subjek Bahasa Inggeris dan tidak pernah lulus. Tidak putus asa, saya terus membantunya menguasai subjek ini. Saya kongsi tip skor dalam peperiksaan. Saya ajar cara mudah untuk pelajar mendapat markah.

“Menjelang peperiksaan, saya memberi latih tubi pelbagai bentuk soalan agar pelajar mendapat pendedahan. Persediaan mental juga turut dititik berat, selain melakukan solat hajat dan ceramah motivasi, saya bersama rakan sejawat dan ibu bapa tidak putus mendoakan kejayaan pelajar,” cerita Rosnita.

Kutip dana, bantu pelajar miskin

Melihat pelajar yang kurang berkemampuan, Rosnita terpanggil untuk membantu golongan ini. Dia bersama guru dan Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG) melaksana tanggung jawab sosial dengan mengutip dana bagi meringankan beban golongan tersebut.

“Ada pelajar yang datang daripada keluarga berpendapatan rendah, mereka tidak mampu membeli buku latihan dan barang keperluan belajar yang lain.

Golongan ini mendapat perhatian yang tidak berbelah bagi daripada pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), sekolah dan ibu bapa. Mereka mendapat bantuan kewangan menerusi Kumpulan Wang Pelajar Miskin (KWAM).

“Kami bekerjasama membantu mereka agar dapat belajar dalam keadaan selesa seperti pelajar lain. Bantuan ini bagi memastikan mereka tidak tercicir dalam pelajaran. Saya selalu pesan agar pelajar saya belajar bersungguh-sungguh kerana ilmu dapat membantu mengubah nasib diri dan keluarga,” ungkapnya penuh makna.

Dalam pada itu anak kelahiran Kota Bharu, Kelantan ini turut berkongsi kriteria untuk menjadi guru yang baik. Katanya, individu yang mahu melibatkan diri dalam bidang perguruan mestilah mempunyai minat mendalam.

“Minat dan kecintaan inilah yang akan mendorong kita untuk terus menabur bakti kepada agama, bangsa dan negara. Selain itu, guru juga perlu berpengetahuan luas dan berfikiran positif. Mereka juga haruslah bersabar melayan kerenah pelajar dan menunjukkan sikap yang baik agar pelajar dapat mencontohinya.

“Guru kini juga mesti bijak memenangi hati pelajar dengan pendekatan yang kreatif. Tawan hati pelajar agar mereka suka dengan karakter guru. Keserasian clan ikatan ini akan mendorong pelajar untuk meminati subjek yang diajar dan memberi fokus di dalam bilik darjah,” katanya yang gemar melancong ke lokasi menarik bersama suami, Mohd Yusnor Mohd Yusuf, 42, dan anak-anaknya, Mohd Zulqarnain, 12, dan Ardini Aeshah, 1.

Srikandi

Di kelilingi bayi sakit, hati Siti Mariam sentiasa tersentuh

Melihat sendiri dua daripada bayi! kembar tiga menemui Sang Pencipta beberapa bulan lepas meruntun emosi ibu kepada Muhammad Amsyar Ziqri ini. Nyata naluri keibuan wanita yang berasal dari Jengka, Pahang ini menjadi cetusan semangat untuk dia terus memberi khidmat terbaik kepada pesakit.

Berkongsi cerita, Siti Mariam Mohd Yusof yang senang dipanggil Siti tidak menyangka dorongan ayah membuahkan minat seterusnya memberi dia peluang merasai pengalaman yang tidak ternilai.

Ujar Siti, menyelami kesedihan pesakit menjelmakan satu perasaan yang sukar digambarkan meski mengetahui dia perlu kuat mendepani apa jua situasi.

“Saya tidak mungkin dapat melupakan pengalaman melihat dua daripada bayi kembar tiga meninggal dunia. Seorang demi seorang bayi pramatang itu pergi menghadap Ilahi.

“Bayangkanlah saya yang cuma seorang jururawat ketika itu berasa sedih dengan kehilangan dua orang bayi comel berkenaan. Bagaimana pula dengan ibu bapa bayi berkenaan lebih-lebih si ibu yang mengandung dan melahirkan bayi kembar tiga itu.

“Memang sukar digambarkan perasaan ketika itu namun saya lihat sebalik rasa sebak, ibu bapa bayi berkenaan begitu tabah menerima ujian Ilahi. Bila dikenangkan semula, saya sendiri tidak tahu bagaimara berhadapan situasi tersebut andai ia terjadi kepada saya-jelas wanita berusia 26 tahun ini lagi.

Bertugas di Wad NICUHospital Tuanku Jaafar Seremban, Negeri Sembilan. Siti mengakui penglibatannya ke dunia kejururawatan menerusi minat yang dipupuk.

“Saya tidak pernah terfikir bergelar jururawat. Mulanya saya memohon-sekadar suka-suka sahaja kerana melihat dua orang kakak lain turut bekerja sebagai jururawat. Namun tidak sangka saya mendapat tawaran mengikuti latihan kejururawatan selepas itu.

“Pada masa yang sama, saya turut menerima panggilan kemasukan ke universiti. Tawaran kedua-duanya membuatkan hati saya berbelah bahagi kerana saya memang tidak berminat menjadi jururawat.

“Namun atas nasihat ayah, saya terima tawaran mengikuti kursus latihan jururawat dan menjalani latihan di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sungai Buloh pada tahun 2007,” ujarnya yang tamat latihan tiga tahun selepas itu.

Hati perlu kuat

Daripada rasa tidak suka, minat terhadap dunia kejururawatan bercambah selepas mengikuti latihan kejururawatan.

“Timbul rasa simpati dan ingin membantu mereka yang mengalami masalah kesihatan selepas saya berkhidmat pada Ogos 2010. Saya mula bertugas menjaga pesakit-pesakit yang bernafas dengan bantuan mesin di bawah Jabatan Anaestesiologi selama dua tahun.

“Tetapi disebabkan minat mendalam untuk berkhidmat kepada bayi dan kanak-kanak, akhirnya saya memohon dipindahkan ke Unit Paediatrik. Dari situ bermulalah cabaran saya menjaga bayi-bayi yang mempunyai masalah kesihatan, kebanyakan daripada mereka adalah bayi pramatang dan bernafas dengan bantuan mesin pernafasan,” jelas isteri kepada Mohd Eazwan Shah Abd Azir

Anak keenam daripada 11 orang beradik ini turut menyifatkan penjagaan bayi yang diamanahkan kepadanya mempunyai banyak cabarannya.

“Hati kena kuat dan cekal kerana setiap hari saya pasti tersentuh melihat bayi yang baru lahir ditempatkan di NICU. Pastinya terdapat perbezaan menjaga orang dewasa dan bayi kerana kadangkala kita tidak tahu kehendak bayi tersebut.

“Mereka tidak pandai mengadu sakit berbanding orang dewasa. Bukan sahaja dari segi penjagaan bayi namun kami jururawat perlu menangani emosi ibu bapa bayi yang terbabit.

“Pastinya saya sebagai ibu memahami perasaan mereka bila berhadapan dengan anak yang mempunyai masalah kesihatan. Di sini, kami perlu bijak mengawal keadaan. Ya lah, kadangkala mereka berasa sedih dan seolah-olah mahu jururawat menjaga anak mereka sahaja.

“Dalam situasi ini, kami perlu menerangkan kepada mereka bahawa keutamaan perlu kami berikan sekiranya terdapat bayi-bayi lain yang lebih memerlukan khidmat kami ketika itu.

“Bukan tidak menjaga bayi mereka tetapi masalah kecemasan perlu diutamakan kerana tanggungjawab kami adalah cuba memberikan khidmat terbaik kepada semua pesakit tanpa mengira status,” jelasnya.

Disebabkan minat mendalam untuk memberi perawatan terhadap bayi, Siti berhasrat menyambung pengajian dalam bidang Neonatal.

“Saya bersyukur kerana keluarga dan suami menyokong kerjaya saya ini. Bukan mudah menjadi seorang jururawat dan walaupun kerjaya ini bukan kerjaya glamor namun ia memerlukan kesabaran yang tinggi.

Bayangkanlah kami terpaksa bekerja syif tanpa mengira cuti umum dan pulang pula tidak tentu masa. Tentunya saya berharap ramai lagi anak-anak muda berminat menyertai kerjaya ini,” tuturnya pada akhir kata.