Teks untuk Podcast 2014 011 03

Podcast 2014 011 03, merupakan bahagian ketiga rakaman audio rencana-rencana daripada Majalah PC November 2013 dan teks asalnya adalah seperti berikut:

Peranti

Kongsi WiFi cara mobil

Syarikat telekomunikasi (telco) biasanya menawarkan pelan data bersama modem/router tertentu, yang nneliputi jenis USB dan jenis mobil. Sifat mudah alih modem jenis USB (dongle) agak terhad, malah lebih sesuai digunakan pada PC, laptop, atau tablet Windows – seperti Samsung ATIV Smart PC Pro. Ini agak berbeza dengan modem mobil yang tidak perlu dipalamkan pada port USB, malah senang untuk dibawa atau dialihkan.

Jika modem jenis USB mendapat bekalan kuasa elektrik melalui port USB untuk beroperasi, modem mobil pula mendapat kuasa menerusi bateri yang disertakan. Selain berfungsi untuk mengakses internet, kedua-dua modem ini selalunya ada slot kad memori (microSD) untuk menyimpan data. Kini, anda boleh memilih pelbagai modem lain yang tidak terikat dengan telco tertentu. Ini meliputi model TP-LINK M5350 yang harganya cuma RM249.

Di bawah ini dijelaskan antara kelebihan modem tersebut yang mungkin mengujakan anda untuk memilikinya.

01 WIFI HOTSPOT

Melalui modem/router mobil 3G, anda boleh membina sebuah gelembung atau pusat (hotspot) WiFi. Jadi, anda boleh menggunakan peranti berbeza (seperti PC, laptop, tablet, dan telefon pintar) yang dilengkapi fungsi WiFi untuk mengakses internet, asalkan berada dalam kawasan liputannya. Tidak seperti sesetengah model lain yang ada di pasaran, model unik ini mengizinkan sehingga 10 peranti yang berbeza mengakses WiFi secara serentak.

O2 SLOT MEMORI

Selain menjadi perantara untuk mengakses internet, majoriti modem/ router mobil 3G sesuai dijadikan perantara untuk menyimpan data. Model ini contohnya, dilengkapi slot kad memori jenis microSD yang boleh menyokong kapasiti sehingga 32GB. Storan yang perlu dibeli secara berasingan ini boleh diakses menerusi kabel USB yang disertakan. Maknanya, modem ini juga boleh berfungsi sebagai pembaca kad memori yang tersisip di dalamnya.

O3 KUASA BATERI

Modem/router mobil 3G biasanya menggunakan kuasa bateri untuk beroperasi. Model ini dilengkapi bateri Li-Ion berkapasiti 2000 mAh. Kapasiti sebanyak ini dikatakan mampu menampung operasinya, selama 6 hingga 10 jam. Jika kuasanya susut, anda boleh mengecasnya menerusi kabel USB yang boleh dipalamkan pada PC, laptop, tablet, atau surnber kuasa. Kalau perlu, power bank juga boleh digunakan untuk mengecas baterinya.

O4 CIRI MENARIK

Disebabkan ada pelbagai jenama modem/router mobil 3G di pasaran, anda boleh memilih berpandukan ciri-ciri unik selain harganya. Apa yang menarik, model ini turut dilengkapi paparan OLED bagi menayangkan beberapa maklumat ketika beroperasi. Antaranya paras kuasa bateri, bilangan peranti yang mengaksesnya, dan kekuatan isyarat WiFi. Bentuk fizikal yang mirip ‘batu kerikil hitam’ mungkin menarik minat anda untuk memilihnya.

O5 SIM STANDARD

Selepas membeli modem/router mobil 3G, anda boleh memilih pelan internet yang hendak digunakan. Jadi anda boleh meninjau pelan berbaloi yang ditawarkan oleh syarikat telco tempatan U Mobile contohnya, menyediakan pakej internet, tanpa had selama 30 hari, dengan kuota sehingga 2GB, pada harga RM48. Menariknya, model ini menyokong kad SIM bersaiz standard. Jadi, tidak perlu dipotong (microSIM) sebelum boleh digunakan.

Santai I

Liputan WiFi segera

Hari ini, liputan WiFi semakin meluas. Pusat tumpuan (hotspot) untuk mengakses internet ini boleh diwujudkan hampir di mana sahaja termasuk di rumah, pejabat, restoran dan tempat awam yang lain. Malah, anda juga boleh membinanya sendiri asalkan ada modem/router mobil dengan sambungan 3G/4G. Lebih menarik apabila telefon pintar juga boleh ditukar menjadi modem/router mobil untuk berkongsi WiFi dengan serta merta. Berikut ini adalah fakta-fakta menarik mengenai WiFi hotspot mobil dan cara membinanya apabila diperlukan.

1. Selain di pejabat atau di rumah, liputan WiFi juga diwujudkan di tempat-tempat awam termasuklah restoran. Malah, khidmat capaian Internet ini biasanya disediakan percuma untuk menarik pengunjung dan orang ramai.

2. Lazimnya model/router dengan keupayaan tinggi dan kurang mudah alih digunakan bagi membina liputan di tempat-tempat yang dinyatakan tadi. Selain itu, WiFi hotspot yang terbina boleh dikatakan agak tetap sifatnya.

3. lni berlainan dengan liputan WiFi yang bersifat mobil. Anda boleh mewujudkannya pada bila-bila mesa, jika perlu. Contohnya, anda boleh membinanya ketika dalam kenderaan atau di lokasi anda berehat untuk seketika.

4. Modem/router mobil dengan sambungan 3G/4G sesuai digunakan untuk membina liputan WiFi segera atau mudah alih. Saiz peranti ini biasanya kecil, ringan, mudah dibawa, dan boleh dimuatkan dalam poket atau beg.

5. Selain menggunakan modem/router mobil yang berkuasa bateri, telefon pintar atau tablet dengan sambungan 3G/4G juga boleh dijadikan modem/router. Biasanya, ada tetapan (settings) untuk mengaktifkan fungsi tersebut.

6. Biasanya, modem/router mobil menyokong sejumlah peranti untuk mengakses liputan WiFi yang dibinanya. Begitu juga smartphone yang dijadikan modem/router. Jadi, anda boleh mengakses WiFi secara beramai-ramai.

Santai II

Mengelak jerat spam

Minat orang ramai memiliki telefon pintar semakin menjadi-jadi di Malaysia. Namun, tidak semua orang tahu mengenai selok belok menggunakan gajet canggih ini. Seperti kita sedia maklum, telefon pintar boleh menyimpan pelbagai jenis data yang meliputi rahsia peribadi anda.

Jadi, anda perlu melindungi dan menjaganya dengan rapi. lni bagi mengelak sebarang kerugian besar apabila hilang, dicuri, diragut, atau dijangkiti malware. Berikut adalah beberapa fakta menarik mengenai aspek keselamatan telefon pintar yang boleh membantu anda.

1. Sejak akhir-akhir ini, telefon pintar sering menjadi sasaran pencuri atau peragut. Fenomena membimbangkan ini mungkin disebabkan item tersebut semakin popular dan semestinya lebih mahal harganya berbanding telefon bimbit biasa.

2. Khabarnya, telefon pintar yang dilengkapi sistem operasi (OS] Android dan iOS adalah yang paling banyak digunakan. Selain digemari pencuri, pihak pembangun aplikasi juga menyokong kuat dua OS popular ni.

3. Kebanyakan aplikasi berkaitan sekuriti mobil kini dibangunkan untuk melengkapi peranti Android dan iOS. Jika telefon pintar anda dilengkapi OS ini, pastikannya sudah dilengkapi dengan aplikasi sekuriti yang berkesan.

4. Aplikasi sekuriti mobil tidak hanya untuk mengesan jangkitan malware dan membuangnya. Malah ada yang menawarkan ciri-ciri tambahan seperti anti spam, anti pencuri, pelupus data, penjejak lokasi, dan lain-lain lagi.

5. Biasanya, aplikasi sekuriti komersial atau berbayar menawarkan ciri-ciri yang lebih balk dan canggih. Tetapi jika tiada bajet, anda boleh mencuba aplikasi sekuriti yang terbaik serta berkesan dalam versi percuma.

6. Data dalam kad memori telefon pintar anda patut disalin (backup) ke lokasi lain. Jika e-mel dan laman social kerap diakses melalui telefon pintar, pastikan kata laluannya segera ditukar apabila gajet itu hilang.

Aplikasi I

Tukar smartphone jadi router

Menerusi ciri WiFi Hotspot, anda boleh menukar sebuah telefon pintar menjadi modem/router. Seperti yang kita maklum, peranti itu boleh mengakses internet melalui sambungan WiFi, 3G/4G. Kalau fungsi ini diaktifkan, peranti lain seperti PC, laptop, tablet, dan telefon pintar yang berdekatan boleh mengakses liputan WiFi yang dibina. Biasanya, fungsi menarik ini terdapat pada telefon pintar tanpa mengira model, jenama, dan sistem operasinya.

Pengguna telefon pintar Android terutamanya, boleh merujuk panduan umum cara membina WiFi hotspot seperti di bawah ini. Namun, untuk smartphone berasaskan i0S, Windows Phone, atau BlackBerry, caranya mungkin berbeza. Jika ingin menggunakan ciri WiFi Hotspot, pastikan ada sambungan 3G/4G yang diaktifkan pada smartphone anda.

01 BUAT KETETAPAN

Sebagai pengguna anda patut mencuba ciri ini. Bagi smartphone Android, ciri ini boleh diakses melalui butang atau ikon Settings. Bagi model HTC Butterfly contohnya ada pilihan Portable Wi-Fi Hotspot Settings. Perlu diingatkan, ketetapan ini boleh berbeza mengikut model/jenama smartphone, selain jenis/ versi OS yang digunakan. Pada model lebih mahal selalunya ada ketetapan (settings) tambahan, manakala pada model murah ketetapannya lebih ringkas.

O2 AKTIFKAN WIFI

Sebelum fungsi WiFi Hotspot ini diaktifkan anda perlu memasukkan butiran yang diperlukan. Mula-mula anda perlu mengisi nama router (SSID) pada ruang yang disediakan. Anda boleh memilih sebarang nama yang dirasakan sesuai dan anda boleh menukarnya bila-bila masa jika perlu. Selepas itu, isikan kata laluannya (password) pada ruang yang tersedia. Kemudian anda boleh aktifkan ciri WiFi Hotspot ini dengan mengklik pada pilihan Portable Wi-Fl Hotspot.

03 SAMBUNG PERANTI

Sekarang, anda boleh menguji WiFi Hotspot yang terbina menggunakan peranti lain. Selain tablet dan telefon pintar, anda boleh menggunakan PC atau laptop dengan fungsi WiFi. Apabila fungsi WiFi pada peranti tersebut diaktifkan, isyarat WiFi dan telefon pintar tadi akan dikesan. Apabila nama SSID yang ditetapkan terpapar, klik padanya. Selepas itu, isikan password yang ditetapkan tadi pada ruang tersedia dan peranti anda dihubungkan menerusi WiFi.

O4 MATIKAN WIFI

Apabila peranti anda tadi berjaya dihubungkan kepada WiFi Hotspot, anda sepatutnya boleh melayari internet. Jadi, anda boleh mengujinya dengan mengaktifkan pelayar web (browser) dan layari tapak web yang diingini contohnya Google. Kalau internet berjaya diakses maknanya smartphone anda telah bertukar menjadi modem/router. Biasanya, fungsi WiFi Hotspot ini boleh dimatikan menerusi menu Settings atau menu di atas skrin pada smartphone Android.

Aplikasi II

Awan Google makin besar?

Storan di awan untuk kegunaan awam kini semakin popular. Antara faktor pendorongnya termasuk prestasi jalur lebar yang semakin laju dan peranti mobil semakin banyak digunakan.

Selain itu, storan yang melengkapi peranti mobil juga kurang mencukupi. Jadi, pengguna perlukan storan tambahan untuk menyimpan data mereka. Selain menggunakan kad memori SD, storan di awan antara jalan penyelesaiannya.

Kini pelbagai pihak berlumba-lumba untuk menawarkan khidmat storan di awan. lni meliputi jenama popular seperti Google Drive, Microsoft SkyDrive, Dropbox, Amazon, dan sebagainya. Masing-masing menawarkan pakej percuma dan berbayar mengikut keperluan pengguna. Kalau anda masih tercari-cari storan di awan yang sesuai, Google Drive boleh dijadikan pilihan. lni kerana kapasitinya sudah ditambah menjadi 15GB secara percuma.

Berikut adalah perkara-perkara yang anda perlu tahu apabila ingin memaksimumkan penggunaan storan di awan ini.

O1 AKAUN GMAIL

Apa yang anda perlukan untuk menikmati ruang percuma sebanyak itu hanya akaun emel. Jika anda belum memiliki akaun Gmail, pastikan anda mendaftar segera. Ketika mendaftar, anda hanya perlu menetapkan name emel tersebut, kata laluan (password), dan butiran lain yang diperlukan. Anda juga boleh membuat beberapa ketetapan di dalamnya melalui ciri-ciri yang disediakan. Selain PC atau laptop, akaun Gmail boleh diakses melalui telefon pintar dan tablet.

O2 APLIKASI MOBIL

Peranti mobil seperti telefon pintar dan tablet turut dilengkapi aplikasi pelayar web. lni bermakna, akaun Gmail dan Google Drive juga boleh diakses dari pelayar tersebut. Cuma lebih mudah dan selesa jika kedua-dua kemudahan ini diakses melalui aplikasi (apps) yang direka khas untuknya. Jika telefon pintar dan tablet anda masih belum memiliki apps tersebut, anda boleh mendapatkannya di Google Play untuk peranti Android atau App Store untuk peranti iOS.

O3 PELUNCUR WEB

Sebenarnya, khidmat Google Drive (termasuk Gmail) boleh diakses melalui sebarang pelayar web yang melengkapi PC, laptop, tablet dan telefon pintar. lni termasuklah pelayar web seperti Google Chrome, Internet Explorer, Mozilla Firefox, Safari dan lain-lain lagi. Pelayar web yang paling serasi tentu sekali Google Chrome kerana diintegrasikan dengannya. Menerusi mana-mana pelayar web, anda boleh memuat naik dan memuat turun fail atau boleh dikongsi.

O4 PERISIAN KHAS

Selain aplikasi mobil dan pelayar web, akaun Google Drive boleh diakses melalui perisian khas yang serasi sistem operasi (OS) Windows. Jika anda berminat, failnya boleh diperolehi di tapak web Google atau Softpedia. Kemudian, anda boleh memasang fail perisian tersebut ke dalam sistem. Melaluinya, anda boleh menyeragamkan fail-fail dalam folder Google Drive dengan folder dalam PC atau laptop. Prosesnya sangat mudah clan boleh dijalankan secara automatik.

Aplikasi III

Baiki laptop ketika bergerak

Rata-rata laptop hari ini termasuk dalam kategori ultrabook dilengkapi sistem operasi (OS) Windows, contohnya 7 atau 8. Seperti yang kita maklum, OS popular ini tidak `kebal. Apatah lagi dengan serangan pelbagai malware yang semakin canggih atau gangguan ralat (error). Isu-isu seperti ini boleh menggugat kelancaran tugas seharian anda. Sebagai langkah berjaga-jaga, anda perlu membuat persediaan agar masalah tersebut boleh diatasi sendiri.

Contohnya kalau Windows yang melengkapi laptop anda gagal menjalani proses boot, masih ada peluang untuk mengakses fail di dalamnya. Atau, anda boleh menjalankan aplikasi tertentu untuk menyiapkan sesuatu tugasan. Semua ini boleh dilakukan jika anda memiliki pemacu berisi Windows To Go. Sistem bantuan ini boleh menjadi platform untuk mengakses internet melalui modem/router, tablet, atau telefon pintar dengan sambungan 3G/4G.

Tidak kira siapa anda, kemudahan berikut lazimnya membantu jika ada masalah laptop ketika dalam perjalanan. Jika anda masih ingat, cara membina sistem Windows To Go juga ada diceritakan dalam edisi yang lepas-lepas.

01 LAPTOP/ULTRABOOK

Anda tidak perlu bimbang kerana laptop semasa yang dilengkapi Windows 7 atau 8 boleh menjalani proses boot dari pemacu USB. Maknanya, anda boleh menjalankan OS yang dipasang dalam pemacu tersebut. Kebanyakan laptop hari ini dilengkapi setidak-tidaknya satu atau dua port USB 2.0. Malah, model yang lebih canggih seperti ultrabook turut dilengkapi port USB 3.0. Jadi jika anda ingin membeli laptop baru pastikan ada cukup port USB.

O2 HDD/THUMBDRIVE

Pemacu USB yang dimaksudkan meliputi pemacu cakera keras (HDD) luaran dan USB flash (thumbdrive) yang menyokong port USB 2.0 atau 3.0. Sebenarnya, kedua-dua storan ini boleh dipasang sistem Windows 8 Release Preview atau Windows 8 Enterprise jika ruangnya cukup – 32GB dan ke atas. Tujuannya, untuk membina sistem Windows To Go. Jika HDD luaran ingin digunakan, anda boleh memilih model USB 3.0 yang nipis dan ringan.

O3 MODEM/ROUTER 3G

Bagi mengakses internet ketika dalam perjalanan, anda boleh mencari pusat-pusat liputan (hotspot) WiFi. Kalau sukar ditemui, anda boleh menggunakan modem/router mobil dengan sambungan 3G/4G untuk membina liputan WiFi segera. Peranti ini juga lebih senang digunakan berbanding modem jenis USB (dongle) yang perlu dicucuk pada port USB. Selain itu, telefon pintar (smartphone) atau tablet 3G juga boleh ditukar menjadi modem/router.

O4 PELAN 3G BERBALOI

Seperti telefon pintar atau tablet, modem atau router mobil juga perlu sambungan 3G/4G. Sebagai pelengkapnya anda perlu menggunakan pelan internet yang berbaloi samada ada pakej pasca bayar atau pra-bayar. Contohnya, anda boleh memilih pakej berbaloi dengan kepantasan dan kuota data yang memuaskan. Pelan pra-bayar internet tanpa had daripada U Mobile antaranya menawarkan akses selama 30 hari sehingga 2GB, cuma berharga RM48.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s