Teks untuk Podcast 2014 011 02

Podcast 2014 011 02, merupakan bahagian kedua rakaman audio rencana-rencana daripada Majalah PC November 2013 dan teks asalnya adalah seperti berikut:

Fokus IV

Strategi berniaga di Facebook

Perniagaan anda dijalankan untuk pelanggan. Jadi, anda perlu membina hubungan yang rapat dengan mereka. Salah satu cara yang paling mudah, efisien, murah, dan berkesan adalah melalui akaun khusus untuk perniagaan anda di Facebook. Anda boleh menemui ramai pelanggan dan potensi angka jualan anda meningkat amat besar.

Lebih satu bilion orang menyukai (like) dan memberi komen di Facebook dengan purata 3.2 bilion kali setiap hari. Apabila anda datang dengan impak yang cukup besar, perniagaan anda akan menjadi sebahagian daripada perbualan ini dan mempunyai akses kepada pemasaran yang cukup berkesan iaitu mulut ke mulut. Secara umumnya, terdapat tiga langkah untuk perniagaan anda menempa kejayaan di Facebook.

1. BINA LAMAN PERNIAGAAN

Laman (Page) adalah tempat utama untuk peningkatan perniagaan, membina jenama dan rnenjalinkan hubungan dengan pelanggan. Di bawah ini adalah cara yang paling tepat untuk membina Facebook Page perniagaan anda

  • Pilih kategori dan nama Page yang memperkenalkan perniagaan anda.
  • Dapatkan logo atau imej (berkaitan perniagaan anda) untuk dijadikan profil yang menarik perhatian audien.
  • Tulis sedikit penerangan berkaitan perniagaan agar orang ramai faham apa yang sedang anda lakukan.
  • Tetapkan alamat web untuk Page yang boleh anda gunakan sebagai bahan pemasan untuk mempromosikan kehadiran anda di Facebook.
  • Pilih gambar muka depan (cover) yang mewakili jenama dan pamerkan produk atau khidmat anda. Ini ialah perkara pertama yang akan dinilai oleh orang ramai apabila melihat Page anda.

Beberapa Maklumat Penting

  • Lihat insights, suntingan kandungan Page, jejaki aktiviti baru dan maklum balas (respons kepada mesej peribadi daripada panel pentadbir (admin) anda.
  • Klik pada butang Edit Page dalam panel admin dan pilih Update Info untuk memasukkan maklumat lain yang berkaitan dengan perniagaan anda.

Kuasa Facebook News Feed

  • Page anda ialah tempat anda untuk meletakkan pelbagai pos (post) terkini yang merangkumi kemas kini, foto, video dan sebagainya. la akan terus terpamer di ruangan News Feed.
  • 40% daripada masa orang ramai di Facebook telah dihabiskan di ruangan News Feed mereka.
  • Perniagaan anda boleh terlibat dalam perbualan setelah post anda keluar di bahagian News Feed mereka. la akan dikongsi bersama rakan-rakan lain.

Rahsia Kejayaan Post Anda

  • Pendek: Post di antara 100 dan 250 aksara akan mendapat lebih 60% Like, komen dan perkongsian (share).
  • Visual: Album fote, gambar dan video masing-masing mendapat lebih 180%, 120% dan 100% penglibatan.
  • Dioptimumkan: Page Insight membantu anda mempelajari perkara seperti kandungan yang mendapat lebih penglibatan dan waktu yang sesuai untuk post sesuatu.

2. CUBA LIBATKAN AUDIEN ANDA

Apabila anda post kandungan dan mendapat respons semula pada Page anda, ia sebenarnya suatu proses yang positif untuk membina kepercayaan dan mewujudkan peluang untuk menjana jualan.

Belajar bagaimana untuk mencipta kandungan yang akan membuatkan orang ramai berminat.

Kekerapan Post Yang Berkualiti

Apabila orang ramai mula Like pada Page anda, ini menandakan bahawa meraka mula ambil tahu berkenaan perniagaan anda dan mereka mahu tahu apa yang sedang berlaku. Post kandungan yang relevan ialah perkara yang paling penting yang boleh anda lakukan bagi memastikan mereka berminat.

Cara Menulis Post Berkualiti

  • Pastikan mesej anda relevan dengan audien dan perniagaan anda.
  • Jadikan post anda ringkas, mesra audien, dan tunjukkan anda rajin berbual.
  • Kongsi gambar dan video kerana audien cenderung untuk menjadi lebih tertarik.
  • Mengemukakan soalan atau mendapatkan input daripada audien.
  • Memberikan audien akses kepada maklumat eksklusif dan istimewa.
  • Menyiarkan tentang peristjwa-peristiwa semasa atau berita tepat pada masanya.

Cuba Beberapa Tip Penting!

  • Post sekurang-kurangnya 1 atau 2 kali seminggu untuk menjadikan anda kekal relevan dan sentiasa mendapat tumpuan pengguna yang Like pada Page anda.
  • Bagi menggalakkan lebih ramai dan mengembangkan hubungan dengan Page anda, terus libatkan diri dan bertindak balas terhadap komen dan mesej peribadi.
  • Jika ramai yang mengulas pada sesuatu masa, anda boleh membalas secara khusus untuk individu tersebut dengan Tag pada nama mereka dengan menaip @ sebelum nama.

Apabila orang menghantar mesej peribadi, anda akan melihat notis mengenainya dalam panel admin anda. Jejak mesej baru dan bertindak balas kepada mereka untuk membiarkan pelanggan tahu bahawa anda `mendengar’.

3. PENGARUHI RAKAN AUDIEN

Apabila orang berinteraksi dengan Page anda, rakan-rakan mereka boleh melihat dan mengetahuinya dalam News Feed mereka sebagai cerita. la akan mengembangkan penonton anda dengan memberikan promosi percuma kepada rakan-rakan orang yang terlibat dengan Page anda.

  • Anda perlu menggalakkan ramai orang untuk berinteraksi dengan perniagaan anda. Pengiklanan dari mulut ke mulut ialah bentuk pengiklanan yang paling berkesan.
  • Apabila seseorang berinteraksi dengan perniagaan anda di Facebook ia mewujudkan sebuah cerita.
  • Orang ramai boleh melihat apabila rakan-rakan mereka menyokong perniagaan anda dengan menyukai atau berhubung dengan Page anda, dan ia boleh mempengaruhi keputusan pembelian mereka sendiri.
  • Menggalakkan orang ramai untuk ‘check in pada perniagaan anda dengan ‘sign in’, atau dengan menawarkan diskaun khas untuk orang-orang yang ‘check in’.
  • Buat acara pada Page anda dan menjemput orang ramai untuk menyertai mereka.
  • Tanya soalan dan buat post yang menggalakkan penglibatan.
  • Kongsi maklumat eksklusif dan tawaran yang membuatkan orang ramai berminat ikut serta dengan rakan-rakan mereka.

Capaian Kepada Rakan Audien

Carta tajaan ialah mesej yang datang daripada rakan berkenaan penglibatan mereka dengan perniagaan anda. Sebagai sebuah perniagaan, anda boleh membayar untuk mempromosikan berkenaan cerita anda. Tetapi cara ini merupakan suatu langkah percuma dan interaksi sebegini sangat digalakkan. Cerita tajaan ini akan muncul di bahagian News Feed di desktop dan platform mudah alih, septa di ruang sebelah kanan Facebook anda.

FAKTA: 80% daripada pengguna lebih menyukai untuk mencuba sesuatu yang baru berdasarkan kepada cadangan oleh rakan di dalam media sosial.

Fokus V

Promosi bisnes di alam maya

Bagi memastikan perniagaan dalam talian anda kukuh, anda mesti lebih peka dengan keadaan sennasa dan media sosial adalah platform terbaik untuk memantau dan meluaskan wilayah perniagaan anda.

Dalam kata lain, anda perlu ada strategi pemasaran yang jelas. Ada tiga strategi pemasaran yang semua peniaga dalam talian perlu ada.

1. TETAPKAN MATLAMAT YANG JELAS

Anda perlu mempunyai matlamat yang jelas contohnya, Dapatkan 10,000 fans Facebook Page dalam masa tiga bulan’. Jadi, tetapkan matlamat yang jelas, realistik untuk dicapai, dan perlu gigih berusaha untuk mencapainya.

2. KETAHUI APA KEKUATAN ANDA?

Sebenarnya, penjual yang berkecimpung dalam perniagaan dalam talian kini sudah mencecah ribuan orang. Jadi, anda perlu memberi sebab kenapa perniagaan anda berbeza dengan yang lain. lni untuk memberikan perniagaan anda satu keunikan dan pelanggan biasanya akan tertarik dengan keunikan tersebut sekiranya dapat ditonjolkan.

3. UKUR HASIL BERBANDING USAHA

Anda perlu sentiasa mencari apa kelemahan dan kesilapan yang telah dilakukan. Ini bertujuan untuk mengukur sama ada apa yang diusahakan itu mendapat perhatian atau sebaliknya. Adakah komuniti anda telah bertambah, dan ada respons daripada pelanggan? Pencapaian dalam seminggu dan sebagainya, juga penting untuk panduan.

4. SASARAN PEMASARAN

Anda juga perlu ada sasaran yang tepat mengenai pemasaran perniagaan dalam talian anda melalui media sosial. Jadi, anda perlu ada pelan yang mentakrifkan strategi pemasaran dan taktik dalam setiap strategi yang dirancang untuk mendapatkan maklumat tertentu.

Berikut disenaraikan lima taktik pemasaran yang perlu dipertimbangkan:

1. JARINGAN SOSIAL

Tentukan jaringan sosial yang relevan dengan perniagaan dan bangunkan rancangan untuk membina reputasi dan jenama anda agar setanding dengan perniagaan lain dalam talian. Antara kesilapan yang kerap dilakukan termasuk terlalu menekankan kepada laman peminat (fans Page), pengikut (followers), dan sebagainya. Apa yang penting, ialah jumlah penglibatan orang-orang yang aktif dan memberi tindak balas dengan akaun anda.

2. KADAR PENCARIAN

Pastikan anda berada dalam senarai 10 teratas dalam carian kata kunci. Optimumkan penggunaan laman web anda, senarai direktori dan profil media sosial bagi meningkatkan kadar pencarian dalam setiap enjin carian. Daftar dan manfaatkan program Google Authorship untuk meningkatkan kadar penemuan kandungan asal anda. Maksimumkan penggunaan pada akaun media sosial, laman web, dan blog anda untuk tujuan tersebut.

3. BANGUNKAN BLOG

Sebaik-baiknya, bangunkan dan terbitkan bahan-bahan kandungan yang berkualiti dengan lebih kerap selain mesra enjin carian. Anda juga boleh menerbitkan testimoni pelanggan, analisis berkaitan produk, pandangan pakar, kelebihan dan kekuatan perniagaan dalam talian anda berbanding pesaing terdekat secara berjadual.

4. PERHATIAN MEDIA

Cuba tank perhatian media dengan kepelbagaian dalam perniagaan anda. Tonjolkan perniagaan anda sebagai pelopor, pesaing hebat, pembekal khidmat/produk tunggal , atau apa sahaja yang sesuai sebagai bahan berita dan muncul di media elektronik atau bercetak. Manakala untuk tujuan promosi pula, anda boleh menghantar siaran akhbar, menulis artikel dan menerbitkan buku yang berkaitan dengan perniagaan dalam talian anda

5. PENGIKLANAN PPC

Anda boleh menggunakan pengiklanan bayar-per-klik di Facebook, Twitter, Bing, Google, dan lain-lain lagi. Ini boleh membantu dari segi kuantiti pengunjung yang singgah di laman web bisnes atau media sosial anda.

Fokus VI

Membina asas bisnes online

Ramai penjual yang ingin menceburi perniagaan dalam talian (online) masih tiada modal kewangan yang terlalu banyak. Malah sebilangannya hanya bergantung pada keazaman dan keinginan untuk mencuba. Jadi, percubaan untuk menerokai dunia pemiagaan dalam talian melalui medium media sosial sahaja dilihat jalan paling mudah.

Tetapi, adakah anda boleh berjaya tanpa laman web khas untuk perniagaan dalam talian? Kini, sebilangan orang telah membuktikannya. Di peringkat permulaan hanya sekadar suka-suka, separuh masa, mencari duit lebih, dan sebagainya. Akhirnya, bisnes dalam talian mereka telah menjadi sumber pendapatan tetap dan kian berkembang.

BAGAIMANAKAH CARANYA?

Banyak platform lain yang boleh anda cuba selain media sosial secara semata-mata. Di Malaysia khususnya, ada beberapa laman web jualan yang popular dan memiliki reputasi yang baik. Anda

boleh mengiklankan produk, khidmat dan sebagainya dengan hanya melaburkan modal yang tidak seberapa. Antara laman web tersebut ialah Mudah.my, Easy.my, eBay Malaysia dan Diskaun.my.

Secara umumnya, setiap perniagaan dalam talian ini memerlukan beberapa perkara penting untuk mendapatkan perhatian daripada prang ramai yang berpotensi menjadi pembeli pada produk atau khidmat yang ditawarkan.

Tidak kira sama ada anda berniaga menerusi laman web, media sosial, blog dan sebagainya, elemen aliran trafik adalah penentu kepada bilangan pelanggan yang berpotensi untuk menggunakan khidmat yang anda tawarkan.

Ada beberapa cara bagi mendapatkan aliran trafik pengunjung yang stabil, antaranya disenaraikan di bawah ini:

1. Menguatkan kandungan platform perniagaan dalam talian anda dengan artikel/post:

  • Meningkatkan kekerapan bahan baru.

  • Kandungan yang berkualiti.

  • Bijak memilih pelanggan sasaran.

  • Sesuaikan kandungan dengan cita rasa sasaran.

  • Tidak sekadar maklumat asas.

  • Cuba memberikan tindak balas yang cepat.

2. Gunakan pengiklanan dalam talian termasuklah yang ditawarkan oleh Google atau Facebook Ads.

3. Melakukan pendaftaran dengan enjin carian seperti Google, Yahoo, Bing dan sebagainya bagi mendapatkan senarai teratas platform perniagaan dalam talian anda ketika dicari oleh pengguna.

4. Kaedah pengiklanan lain yang memiliki potensi seperti berita-berita ringkas, edaran maklumat melalui e-mel, promosi ketika tarikh penting dan sebagainya.

5. Gunakan kaedah yang lebih santai dan dekat dengan bakal pelanggan kerana ia memberikan lebih keselesaan untuk berhubung sesama sendiri.

6. Majoriti pelanggan lebih selesa berhubung dengan diri sebenar penjual kerana ia lebih selamat dan mereka berpotensi untuk mencadangkan kepada rakan-rakan mereka. Jadi, gunakan akaun dengan identiti sebenar ketika berkomunikasi dengan mereka.

Fokus VII

Bank online bantu pengguna

Kita semua sedia maklum, khidmat perbankan dalam talian (e-perbankan sudah) sudah lama wujud di Malaysia. Khidnnat ini membolehkan pelanggan sesebuah institusi kewangan untuk menjalankan urus niaga atau transaksi kewangan (seperti pembayaran) di platform laman web.

Pelanggan juga tidak perlu bimbang kerana khidmat ini dilindungi sistem keselamatan yang tinggi, kendalian institusi kewangan tersebut untuk kepentingan pelanggan.

BAGAIMANAKAH UNTUK AKSES?

Secara amnya, untuk memiliki akses kepada khidmat perbankan dalam talian ini pengguna perlu memiliki akses internet peribadi dan perlu mendaftar dengan institusi kewangan berkenaan melalui pelbagai cara yang berbeza mengikut sistem sekuriti institusi kewangan terbabit.

Bagi mendapat akses kepada e-perbankan ini, anda boleh merujuk kepada institusi kewangan untuk pendaftaran kata laluan (password) dan sebagainya. Beberapa kemudahan lain juga disediakan oleh institusi kewangan untuk pengguna mengakses khidmat ini, antaranya pendaftaran di kios, mesin ATM, panggilan, SMS, dan sebagainya.

FUNGSI AM YANG DITAWARKAN.

Semakan baki dan penyata dalam talian.

Pemindahan dana antara akaun.

Membuat permohonan untuk akuan baru, kad kredit atau pinjaman.

Membayar bil, kad kredit, dan premium insurans.

Membina, mengubah dan membatalkan arahan tetap (standing orders).

Permintaan untuk buku cek dan semakan status cek anda.

Meminta untuk menghentikan pembayaran cek.

Memohon draf bank dan pemindahan telegraf

ADAKAH KHIDMAT INI SELAMAT?

Seperti sistem-sistem lain terutamanya melibatkan penggunaan dalam talian, perbankan internet turut memiliki risiko sekiranya tidak diselaraskan dengan sistem keselamatan yang sewajarnya. Tetapi risiko sekuriti ini telah menjadi isu utama kepada institusi kewangan terbabit. Setiap risiko yang berpotensi boleh dikurangkan dengan pemeriksaan secara berkala oleh institusi kewangan dan memberi kesedaran isu keselamatan kepada pengguna.

Sebagai pengguna, anda berhak mengetahuinya. Jika merujuk kepada sumber di Bank Negara Malaysia (BNM), ada beberapa langkah keselamatan yang diamalkan oleh institusi kewangan khususnya di Malaysia termasuklah:

1. Penggunaan beberapa teknologi keselamatan seperti penyulitan (encryption), firewall, autornatik log-off dan alat pemantauan

2. Pemasangan sistem untuk mengesan dan melumpuhkan serangan daripada penggodam.

3. Ujian tetap sistem untuk memastikan kebolehpercayaan.

4. Peruntukan peraturan-peraturan keselamatan Internet untuk memastikan infrastruktur yang selamat.

5. Menjalankan semakan berkala setiap enam bulan untuk menilai risiko yang mungkin berlaku dan mengesan kelemahan yang mungkin terdapat dalam sistem pengurusan risiko institusi perbankan negara.

Fokus VIII

Tip beli-belah dalam talian

Apabila perniagaan dalam talian (online) semakin berkembang di seluruh dunia termasuk di Malaysia, maka ada pihak yang cuba mengambil kesempatan. Jadi jika anda ingin membeli-belah secara online ada beberapa perkara penting yang perlu dititikberatkan, untuk menjamin keselamatan anda di dunia siber.

Panduan keselamatan ini merangkumi peranti, peribadi, sistem dan beberapa isu teknikal. Mari kita lihat panduan tersebut satu demi satu.

01 SEKURITI LAMAN

Jika ingin membeli-belah di laman web biasa, perhatikan ciri kerselamatan seperti penyulitan Secure Sockets Layer (SSL) dipasang pada laman tersebut. Ciri ini dapat dikesan pads alamat (URL) laman web berkenaan. Jika alamat bermula dengan HTTPS:// (biasanya hanya HTTP://), ini menunjukkan bahawa laman tersebut selamat.

02 ADA TESTIMONI

Ingin membeli barangan yang dijual di Facebook? Perkara penting yang perlu dilakukan ialah lihat testimoni pelanggan terdahulu di akaun tersebut. Jangan terpedaya dengan testimoni yang sudah dipilih oleh penjual. Dapatkan pandangan rakan lain yang pernah membeli melalui penjual tersebut terlebih dahulu.

03 PENGIRIM SPAM

Cuba elakkan daripada berurusan dengan syarikat yang secara tiba-tiba menawarkan barangan atau diskaun melalui e-mel. lni mungkin spam yang dihantar secara rambang kepada ribuan pengguna e-mel. Potensi anda ditipu adalah sangat tinggi. Ada sesetengah kes yang melibatkan kecurian nombor kad kredit dan debit pelanggan.

04 CARA BAYARAN

Kad kredit ialah cara pembayaran yang paling selamat berikutan pakej sistem keselamatan daripada institusi kewangan kad itu sendiri. Khidmat pembayaran dalam talian merupakan kaedah terbaik jika diamalkan. Jika anda diminta memasukkan bayaran ke akaun bank, jaga-jaga dengan akaun persendirian dan bukan syarikat.

05 POLISI PENIAGA

Sebelum membuat pembelian secara online, kaji dahulu polisi laman web dan dasar pengembalian barangan yang tertera pada laman web tersebut. Setiap laman web yang memiliki kredibiliti dalam urus niaga memiliki Polisi Peribadi tersendiri. lni akan memberikan jaminan dan perlindungan sekuriti siber kepada anda sebagai pelanggan.

06 TAWARAN PALSU

Adakalanya tawaran hebat atau potongan harga yang anda terima menerusi e-mel boleh diistilahkan sebagai tidak masuk akal atau sukar untuk dipercayai berbanding harga sebenar. Jadi jangan terlalu cepat gelap mata, selidik terlebih dahulu berkaitan dengan caj sampingan atau polisi penjualan barangan dengan teliti.

O7 KATA LALUAN

Membeli belah dengan akaun peribadi anda pada sesuatu laman sangat penting sebagai sekuriti tambahan. la lebih selamat berbanding membeli di laman yang memberikan kebebasan kepada anda untuk tidak mendaftar masuk. Apabila memiliki kata laluan sendiri, jangan masukkan terlalu banyak butiran peribadi.

08 SEKURITI PERANTI

Sentiasa kemas kini peranti anda dengan menggunakan filter pada pelayar web. lni dapat menyekat kegiatan phishing dan sebagainya. Gunakan juga pelayar web versi terkini yang dilengkapi lapisan keselamatan baru.

09 SIMPAN PENYATA

Setiap kali urusan transaksi selesai, penyata untuk urusan berkenaan biasanya akan dihasilkan. Jadi, jangan semata-mata menunggu penyata daripada pihak penjual. Jika anda membeli secara manual, simpan slip debit kepada akaun penjual. lni sangat penting sebagai bukti di pihak anda sekiranya timbul isu-isu berkaitan pembelian.

10 BUTIRAN PERIBADI

Jangan mudah mendedahkan butiran peribadi yang dirasakan tiada kaitan dengan urusan pembelian barangan secara dalam talian. Apa perlunya jika sesuatu laman web meminta tarikh lahir, nombor kad pengenalan, clan sebagainya yang mungkin mencurigakan. Jadi, anda perlu peka dan bersikap lebih serius berkaitan hal ini.

Bisnes

Bina kedai online di Easy.my

Bermigrasi ke perniagaan dalam talian (online) bukan satu proses yang mudah, lebih-lebih lagi bagi pengusaha industri kecil dan sederhana yang tidak mempunyai pengalaman dan pengetahuan teknikal. Sesetengah peniaga online pula tidak menggunakan strategi yang betul dalam mempromosi produk di dalam talian, menyebabkan perniagaan sukar berkembang biarpun mempunyai produk yang baik.

Selain itu, kebanyakan peniaga online juga sukar untuk mewujudkan kesedaran terhadap produk mereka kerana persaingan yang terlalu sengit. Lambakan produk yang hampir serupa menyebabkan sesetengah produk tenggelam dan tidak dapat dijual waiaupun terdapat permintaan yang tinggi terhadapnya. Justeru, hanya segelintir peniaga yang berjaya mengeksploitasi medium internet untuk mendapatkan keuntungan dari produk mereka.

GEDUNG DALAM TALIAN

Konsep lokasi pasaran dalam talian (online marketplace) atau gedung beli-belah maya (virtual) bukan sesuatu yang baru. Di peringkat antarabangsa, tapak web Amazon. com dan eBay.com adalah antara medium yang paling mudah untuk mendapatkan pelanggan. Sehubungan itu, penubuhan Easy.my oleh Exabytes Network Sdn Bhd sejak tahun 2011 adalah satu langkah bijak yang selari dengan perkembangan pesat perniagaan online.

Menurut Chan Kee Siak, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Exabytes, platform Easy. my ialah sebuah gedung maya yang memberi ruang kepada peniaga online untuk memaparkan dan mempromosikan produk mereka dengan mudah. “Gedung ini juga adalah satu platform bagi peniaga untuk mendedahkan produk mereka kepada ribuan pengunjung yang mengunjungi Easy.my setiap hari,” katanya.

Gedung maya ini juga memberikan peluang kepada para peniaga, khususnya dalam perusahaan kecil dan sederha (SME) untuk menjangkau pembeli-pembeli-berpotensi melalui lamen web mereka sendiri. “Easy.my memudahkan pengusaha SME dan peniaga baru untuk beralih ke perniagaan online tanpa perlu bersusah payah mempelajari aspek teknikal seperti pembinaan laman web dan pemasaran online. Melalui Easy.my, peniaga hanya perlu mengikuti beberapa langkah untuk memulakan kedai online mereka,” jelas Chan Kee Siak.

TIGA LANGKAH MUDAH

Melalui gedung jual beli maya ini, memulakan perniagaan online hanya semudah tiga langkah iaitu cipta, promosi dan jual. Menurut Chan, mereka tidak perlu bimbang kerana setiap proses disertakan dengan bimbingan langkah demi langkah. “Penjual yang berrninat boleh bermula melalui Easystore.my. di mana mereka hanya perlu mendaftar akaun baru dan mengikut langkah-langkah yang diberikan. Penjual juga boieh memilih nama kedai mereka sendiri dan membuat-tetapan (settings) lain seperti deskripsi kedai, matawang, kaedah pembayaran, zon penghantaran, kategori produk, dan banyak lagi,” ujar Chan.

Selain itu, Easy.my juga menyediakan alat-alat pemasaran pintar untuk memudahkan para peniaga mempromosi produk mereka. Melaluinya, penjual mempunyai lebih peluang untuk mencipta kesedaran dan keterlihatan produk mereka kepada khalayak digital. Chan turut menerangkan bahawa penjual boleh menarik lebih banyak pembeli berpotensi melalui alat-alat pemasaran di Easy.my.

“Kami bukan sahaja menyediakan sebuah platform untuk peniaga mempamerkan produk mereka. Di Easy.my, penjual juga boleh meletakkan kategori dan label pada produk untuk memudahkan pencarian produk oleh pengunjung. Contohnya, mereka boleh mempromosi potongan harga produk dengan label Special Deal, atau melabel produk yang telah kehabisan stok dengan Sold Out. Penjual juga boleh meletakkan produk di bawah salah satu daripada 11 kategori dan 50 sub kategori yang mesra pengguna untuk mereka mencari produk” jelasnya lagi.

ADA BANYAK PLATFORM

Selain itu, Easy.my turut mengeksploitasi platform Facebook dan mobil untuk menarik lebih banyak pembeli berpotensi. Penjual yang mendaftar dengan Easy.my bukan sahaja mendapat kedai online (web) mereka sendiri, malah produk mereka akan turut dipasarkan melalui Facebook dan gedung mobil, selain gedung Easy.my. Gedung maya ini juga mempunyai persekitaran yang optimum enjin carian, justeru akan meningkatkan keberangkalian produk mereka ditemui melalui enjin carian seperti Google dan Yahoo!

Penjual juga tidak perlu risau akan terlepas peluang sekiranya ada pembeli yang membuat pesanan kerana akan menerima notifikasi melalui emel dan SMS. “Penjual tidak boleh berada di hadapan komputer sepanjang masa, tetapi dengan teknologi mobil mereka akan tetap menerima notifikasi sekiranya ada pesanan. Namun, kebanyakan penjual akan mematikan notifikasi SMS kerana mereka mendapat terlalu banyak pesanan selepas mempromosi melalui Easy.my,” ujar Chan sambil tertawa.

BENGKEL DAN LATIHAN

Bagi memastikan Easy.my memberikan nilai tambah kepada para penjual, Exabytes turut menyediakan program latihan secara berperingkat kepada peniaga-peniaga baru yang mahu meningkatkan kebolehan dalam bidang perniagaan dan pemasaran online. Tambah Chan lagi, “bagi pelanggan sedia ada, Easy.my turut menyediakan latihan percuma kepada mereka tentang cara-cara menggunakan produk dan perkhidmatan kami dengan lebih efektif.”

Bengkel peringkat asas memberi fokus kepada cara-cara memulakan perniagaan online, cabaran dan kesilapan umum serta penyeesaian e-dagang melalui Easy.my. Seterusnya, penjual juga boleh mengikuti tutorial tentang pembinaan dan pengurusan e-dagang mereka melalui alatan-alatan yang disediakan. Bengkel pemasaran pula mendedahkan para penjual kepada pemasaran pelbagai saluran yang efektif untuk e-dagang.

Pada zaman teknologi digital yang berkembang pesat ini, golongan peniaga tidak boleh berjaya dan mengaut keuntungan dengan bergantung kepada produk mereka semata-mata. Chan menasihati golongan ini supaya mengadaptasi teknologi dan e-dagang sebaik mungkin untuk kekal relevan dalam perniagaan.

“Sebelum memulakan perniagaan di alam maya, setiap penjual juga mestilah benar-benar memahami produk yang ingin dijual. Selain itu, mereka juga perlu sentiasa mengemas kini inventori untuk mengelakkan kecelaruan kerana proses transaksi berlaku dengan cepat apabila di atas talian. Berniaga online juga memerlukan strategi dan teknik pemasaran yang betul, maka penjual perlu menggunakan alat-alat pemasaran dengan sebaik-baiknya,” Chan mengakhiri bicara.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s