Teks untuk Podcast 2014 011 01

Podcast 2014 011 01, merupakan bahagian pertama rakaman audio rencana-rencana daripada Majalah PC November 2013 dan teks asalnya adalah seperti berikut:

Dunia IT

Penipu Internet Semakin Licik

Kes penipuan internet telah banyak berlaku sejak kebelakangan ini, apatah lagi dengan wujudnya pelbagai laman web jualan dan sistem transaksi yang mudah. Malah, sempadan geografi juga tidak menjadi halangan bagi proses jual bell di alam maya ini.

Biasanya kite mendengar cerita pembeli tertipu selepas menyerahkan bayaran. Namun jangan terkejut kerana sebenarnya penjual juga boleh mengalami kerugian sekiranya mereka tidak berhati-hati.

DIPERANGKAP EMEL PALSU

Seorang peniaga dari Hong Kong meletakkan produknya (laptop) di laman jualan lelongan (auction) Yahoo!. Beliau dihubungi oleh seorang pembeli dari Malaysia yang menyatakan niatnya ingin membeli laptop berkenaan. Setelah berbincang, peniaga tersebut memberikan butiran akaun bank kepada pembeli untuk proses pembayaran. Tidak berapa lama kemudian peniaga terbabit telah menerima satu emel daripada pihak Paypal yang menyatakan sejumlah wang sudah dimasukkan hasil jualan barangan berkenaan. Tanpa berlengah lagi, peniaga tersebut terus menghantar laptop yang dijualnya kepada alamat yang diberikan oleh pembeli dari Malaysia itu. Bagaimanapun, beliau terkejut apabila memeriksa akaun Paypal, kerana tiada wang yang dimasukkan ke dalam akaun berkenaan.

Peniaga berkenaan menyedari beliau telah tertipu dengan emel yang kononnya dihantar oleh Paypal. Beliau telah meminta bantuan daripada Pusat Bantuan Cyber999 di Malaysia untuk mendapatkan kembali laptop berkenaan,

APA TINDAKAN CYBER999?

Setelah menerima aduan peniaga berkenaan, pihak Cyber999 cuba mengesan laptop tersebut menerusi ‘tracking number’ yang diberikan pengadu. Pada tarikh dan mesa kejadian itu dilaporkan, laptop berkenaan masih dalam proses penghantaran. Dua hari kemudian, didapati laptop itu telah dituntut oleh individu di Cheras berdasarkan alamat pos. Kes ini kemudiannya diserahkan Cyber999 kepada Polls Bukit Aman untuk siasatan dan tindakan selanjutnya.

PENGAJARAN DARIPADA KES

Semua pihak yang melakukan transaksi di internet, baik penjual atau pembeli harus sentiasa berwaspada. Hal ini kerana penipu semakin licik dan menggunakan taktik mudah untuk mengaburi mata pengguna internet. Penjual tidak perlu gopoh setelah menerima bayaran. Sahkan dahulu transaksi sebelum produk dihantar kepada pembeli.

Selain itu, semua pengguna internet haruslah berhati-hati dengan emel yang kononnya dihantar oleh pihak bank. Perlu juga diingatkan bahawa bank tidak akan sekali-kali meminta data peribadi seperti kata laluan melalui emel. Jika anda menerima emel seumpama itu atau tidak pasti, sila hubungi bank anda dan laporkan kepada Cyber999.

www.cybersecurity.my

www.mycert.org.my

Cyber999@cybersecurity.my

1-300-88-2999 (waktu pejabat)

019-266 5850 (24 jam/Kecemasan)

Trend I

Serangan malware melonjak ?

Pertengahan tahun 2013 menyaksikan peningkatan mendadak dalam serangan eksploitasi selain meningkatnya kecanggihan ancaman mudah alih. Threat Report F-Secure Labs H1 2013 melaporkan bahawa 60% daripada sepuluh pengesanan teratas pada pertengahan tahun 2013 adalah melibatkan exploits.

Exploits bertindak sebagai platform pembawa virus seperti malware, spyware dan adware ke dalam komputer yang turut meliputi peranti mudah alih. Umumnya, penggodam (hacker) mempunyai pelbagai alternatif kit exploits sebagai platform pembawa malware. Antara kit yang banyak digunakan secara global ialah Blackhole.

PEMBAWA MALWARE

Jika melihat lebih mendalam, masih ada beberapa aspek yang berisiko besar menjadi ‘kenderaan’ kepada virus-virus ini untuk terus merebak. lroninya, komponen tambahan (plug-in) pada pelayar web juga memiliki potensi besar. Turut direkodkan dalam laporan tersebut, platform JAVA yang sangat terdedah kepada ancaman di serata dunia jika tidak dikemas kini secara tetap dan terancang.

Di Malaysia pula angka jangkitan virus meningkat dalam tiga bulan terakhir – Julai hingga September 2013 – berbanding awal tahun. Secara logik, peningkatan mendadak ini memberikan pelbagai perspektif terutamanya berkaitan kadar penggunaan internet yang turut meningkat. Selain itu, kawasan di sekitar Lembah Klang yang meliputi tiga buah bandar – Kajang, Kuala Lumpur, dan Batu Caves – paling banyak direkodkan jangkitan virus.

SASARAN MUDAH ALIH

Rekod analisis daripada laporan F-Secure itu juga mendapati pengesanan Worm: W32/Downadup atau dikenali juga sebagai Conficker merupakan jenis serangan paling banyak di Malaysia. Bagi pengguna komputer Mac daripada Apple pula, mereka turut tidak terlepas daripada ancaman malware. Statistik global menunjukkan bahawa dalam jangka masa 6 bulan, 33 keluarga baru atau varian malware untuk komputer Mac telah ditemui.

Selain its, pengguna rnudah alih Malaysia turut berpotensi diserang oleh aplikasi yang tidak dikehendaki seperti adware dan virus pencuri wang yang dikenali sebagai malware SMS premium. Secara globalnya, berbanding pada awal tahun 2013, berlaku peningkatan sebanyak 237% serangan virus terhadap pengguna Android.

Sebanyak 358 keluarga baru dan varian malware Android telah ditemui oleh F-Secure Labs. Jumlah ini telah meningkat dua kali ganda kepada 793 dan diikuti oleh platform Symbian dengan 16 keluarga baru dan varian. Tiada pula pengesanan baru ditemui untuk platform mudah alih lain sepanjang enam bulan pertama tahun ini.

PENGGUNA PERLU BIJAK

Kini, malware Android tidak lagi beredar melalui aplikasi semata-mata. Sepanjang enam bulan pertama tahun ini, pengedaran malware ini dipacu oleh muat turun sendiri daripada pengguna apabila berkunjung ke tapak yang tercemar. Malvertising atau iklan-iklan telah digunakan untuk memandu pengguna kepada produk berniat jahat. Cara ini semakin gist diamalkan untuk pengedaran malware dan selebihnya melalui jangkauan rambang.

Oleh sebab itu, pengguna perlu lebih bijak dan berhati-hati dalam semua platform mudah alih sekarang. Biarpun tidak dapat menyekat seratus peratus jenayah siber ini daripada berlaku, namun mereka boleh meminimumkan kesannya menerusi amalan sihat cara hidup siber tanpa menggunakan apa juga aplikasi, perkakasan, perisian dan sebagainya yang tidak disahkan. Jadi, pengguna masih mempunyai pilihan untuk mengubahnya.

Trend II

Celik IT bantu ibu bapa

Ibu bapa diharapkan untuk membimbing anak-anak mempelajari serta memahami sesuatu di sekeliling mereka. Ini meliputi penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang diterapkan dalam kehidupan seharian. Jika ibu bapa tidak memainkan peranan, boleh jadi anak-anak yang lebih celik ICT dan akan mengajar mereka.

10 ISTILAH TEKNOLOGI

Bagi mengelak keadaan yang sedemikian, ibu bapa sebagai penjaga juga perlu mengikuti perkembangan semasa teknologi bersama anak-anak. Sebagai langkah awal, mereka perlu memahami beberapa istilah asas contohnya dalam dunia teknologi mobil untuk kegunaan seharian, sekali gus memudahkan komunikasi dengan anak-anak.

1. PERISIAN (SOFTWARE)

Perisian ialah program untuk mengendalikan operasi komputer, tablet atau telefon pintar (smartphone). Terdapat pelbagai versi perisian. Sebagai contoh iTunes ialah perisian muzik yang digunakan pada komputer. Selain itu, Gmail ialah perisian e-mel yang boleh diakses menerusi pelayar web. Komputer, telefon pintar dan tablet anda juga perlukan perisian untuk menjalankan semua operasi. Tanpa perisian, semua peranti anda akan kekal sebagai objek fizikal yang tidak ‘bernyawa’.

2. PERKAKASAN (HARDWARE)

Perkakasan ialah objek fizikal yang sebenar. Sebagai contoh telefon pintar, komputer, dan komponen (dalaman atau luaran) peranti tersebut. Objek fizikal ini menjadi platform untuknya beroperasi seperti membenarkan anda mengakses internet dan sebagainya.

3. PELAYAR WEB (BROWSER)

Pelayar web ialah ‘pintu masuk’ kepada web. la adalah sebahagian perisian yang membolehkan anda melawat laman web dan menggunakan aplikasi web. Ada beberapa pelayar web yang berbeza untuk dipilih, antaranya Google Chrome, Mozilla Firefox, Internet Explorer, Safari, dan 0pera. Pelayar web lebih moden menawarkan pelayaran yang selamat dan pantas.

4. KEMAS KINI AUTOMATIK (AUTO-UPDATING)

Perisian perlu dikemas kini secara tetap untuk membolehkannya terus beroperasi dengan pantas dan selamat. Banyak program yang memerlukan penggunanya melakukan sendiri. lni melibatkan banyak masa dan usaha. Kemas kini automatik ialah tetapan untuk melakukan proses kemas kini tanpa anda terlibat. Jadi anda sebagai pengguna perlu memastikan pelayar web dalam versi terkini bagi mengurangkan risiko dan menjimatkan masa.

5. APLIKASI (APPS)

Aplikasi atau sering dirujuk sebagai ‘apps’ ialah suatu variasi untuk perisian. Pengguna selalunya mengaitkan aplikasi sebagai penghubung kepada perisian dalam peranti mobil seperti telefon pintar atau tablet. Selain apps mobil, apps untuk web ialah perisian yang boleh diakses serta digunakan semasa dalam talian (online) menerusi pelayar web. Apps popular yang kini hampir semua pengguna memilikinya termasuk lnstagram dan Evernote.

6. STORAN (STORAGE)

Storan ialah tempat untuk menyimpan semua maklumat digital atau data. Storan memiliki beberapa perbezaan dari segi model. Ada juga khidmat storan yang membolehkan anda menyimpan-pelbagai fail yang boleh diakses di mana juga melalui internet. Antara storan popular seperti hard disk luaran, thumbdrive, dan sebagainya.

7. AWAN (CLOUD)

Pengkomputeran awan (cloud computing) secara umumnya ialah pengkomputeran berasaskan internet. Asasnya, semua perkara yang anda buat melalui pelayar web, sebagai contoh menggunakan khidmat emel berasaskan web seperti Gmail, YouTube, dan perkongsian foto di Picasa. Salah satu khidmat yang makin popular ialah simpanan di awan seperti Google Drive. Storan jarak jauh ini juga efektif berbanding menyimpannya di peranti fizikal.

8. TAMBAHAN (EXTENSIONS)

Tambahan ialah program kecil yang memberikan fungsi dan ciri tambahan kepada pelayar web. Ciri dan fungsi ini bertindak sebagai pintasan yang membolehkan penggunanya untuk melakukan sesuatu perkara secara tetap. Pengguna juga boleh mengubah pelayar web mengikut selera sendiri dengan ciri dan fungsi yang dikehendaki.

9. PENSTRIMAN (STREAMING)

Penstriman ialah cara untuk menghantar data audio, video atau maklumat dalam masa yang sebenar. Laman web popular untuk kaedah ini seperti Youtube dan Spotify. lni merupakan satu cara mudah untuk anda mendengar muzik kegemaran, menonton filem atau berita serta melihat sesuatu rancangan perlawanan bola atau sebagainya secara langsung pada mana-mana peranti konvensional atau mudah alih.

10. PENYERAGAMAN (SYNCING)

Penyeragaman melibatkan hubungan suatu peranti dengan yang lain. la lebih kepada cara memastikan kesemua perkara yang anda kehendaki ada apabila diperlukan. Sebagai contoh, ciri Chrome Sync akan memastikan apps, komponen tambahan dan bookmarks tidak tersekat dalam komputer sahaja sebaliknya diseragamkan ke mana-mana peranti yang sedang digunakan. Fungsi ini memudahkan penggunaan yang membabitkan multi skrin. Jadi, anda tidak perlu membuat tetapan peribadi terutamanya pada pelayar web secara manual dan berulang-ulang.

Fokus I

Cara Bisnes Online

Secara amnya, menjalankan perniagaan atau bisnes secara dalam talian (online) ini memiliki pelbagai kelebihan. lni berbeza dengan bisnes secara konvensional yang dibayangi isu-isu seperti kekurangan modal, tiada bantuan, lokasi, kerja, stok dan sebagainya. Bahkan, sering menjadi penghalang utama untuk memulakan perniagaan.

Namun kemajuan teknologi memberi penyelesaian yang efisien dan mampu pergi jauh sehingga ke serata dunia. Bisnes online kini boleh dijadikan sebagai sumber pendapatan sampingan yang berbaloi. percaya atau tidak, ada di kalangan kita yang sanggup berhenti kerja untuk menjadikan bisnes ini sebagai pendapatan utama keluarga.Kelebihan daripada bisnes dalam talian ini semestinya dapat dilihat dari segi beberapa perkara. Antaranya, kos yang lebih murah, pantas, berinteraksi terus dengan pembeli, boleh diuruskan secara sambilan dan pelbagai lagi.

Sungguhpun secara kasarnya masyarakat Malaysia masih belum dapat menerima secara sepenuhnya bisnes jual beli dalam talian terutamanya di kawasan luar bandar, lonjakan trend ini terus menjadi kegilaan sebilangan lagi masyarakat yang sebenarnya terdiri daripada pelbagai golongan di seluruh negara tidak terkecuali muda mudi. Pembali di sekitar bandar melihat ini sebagai alternatif terbaik untuk mereka berbelanja. Hal ini kerana, mereka tidak perlu bersesak-sesak dalam kesesakan jalan raya, juga tidak perlu membayar tol, minyak dan sebagainya.

Melihat kepada perkara tersebut, Majalah PC akan mendedahkan beberapa panduan dan cara untuk menjalankan bisnes secara dalam talian, Anda turut berpeluang menjana keuntungan

dengan pantas. Jika berminat, anda juga boleh meneroka dunia bisnes cara baru yang sememangnya memerlukan kecekalan.

Fokus II

Bina kedai dalam talian

Membuka kedai dalam talian (online) lebih mudah berbanding kedai fizikal. Tiada atau tidak banyak sewa yang perlu dikeluarkan, tidak perlukan modal besar, tiada pelayan genit, namun ribuan orang boleh singgah di kedai anda pada satu-satu masa. Biarpun kelihatan mudah, jika tersalah langkah anda pasti akan menemui jalan buntu.

Sehubungan itu, bagi mereka yang pertama kali ingin memulakan perniagaan, kedai dalam talian ini sebenarnya memerlukan lebih perhatian dan ‘pembinaannya’ tidak semudah yang disangka. Sebelum anda terjun ke bidang yang agak baru ini, ia juga memerlukan penyelidikan awal dan perancangan supaya langkah anda lebih tersusun. Di bawah ini adalah beberapa aspek penting yang perlu diambil kira sebelum anda membina kedai dalam talian.

1. PILIH PRODUK

Anda mesti membuat keputusan yang tepat kerana produk pilihan adalah aspek terpenting. Anda boleh menjual produk fizikal (barangan biasa) atau digital (seperti e-book). Malah, anda perlu mengambil berat soal pernbekal dan keupayaan anda memenuhi permintaan. Produk anda juga perlu ada variasi dan pilihan untuk sesuatu model.

2. PERANCANGAN

Anda perlu merancang daripada segi kos produk, penghantaran, bil-bil (elektrik dan internet), upah pekerja (jika ada) dan sebagainya. lni untuk mengelak anda terlepas pandang kos-kos yang perlu dikeluarkan. Meskipun pada permulaannya anda digalakkan meminimumkan keuntungan, namun ia adalah selepas kesemua kos ini ditolak daripada keuntungan yang diperolehi. Lebih baik jika anda terus mendaftarkan syarikat untuk lebih kemudahan.

3. PLATFORM WEB

Sebenarnya, platform online boleh dijadikan tulang belakang untuk perniagaan anda. Atau lebih tepat lagi, kedai dalam talian. Reka bentuk platform ini perlu memudahkan pengunjung untuk memeriksa, melihat stok, variasi produk dan pamerkan apa sahaja kelebihan yang anda ada. Adakan ruang untuk pelanggan mengisi alamat e-mel (untuk iklan), tidak banyak warna dan pelanggan tidak perlukan lebih daripada dua klik untuk melihat produk.

4. CARA BAYARAN

Kaedah bayaran yang biasa digunakan ialah menggunakan akaun bank. Di sini, ada kelebihan bagi syarikat yang berdaftar kerana setiap urusan transaksi di atas nama syarikat anda. Tetapi, anda juga perlu peka dengan akaun bank yang digunakan majoriti rakyat di Malaysia. Jika ada bajet lebih, dapatkan perisian untuk perbankan dalam talian. Antara tujuannya agar pelanggan boleh membuat pembayaran terus dan mereka juga akan lebih percaya.

5. MEDIA SOSIAL

Biarpun lebih selesa membuka ‘kedai’ utama di Facebook, sebenarnya cara ini agak kurang selamat. Anda mesti juga memiliki platform tapak web yang berupaya mengendalikan seratus peratus urusan kedai dalam talian anda dan mengesahkan domain bisnes anda dalam talian. Media sosial seperti Facebook dan Twitter, hanya dijadikan sebagai ejen promosi untuk barangan anda, di samping menjadi ajen penarik pelanggan untuk singgah di ‘kedai’ anda. Urusan masih boleh dilakukan di media sosial, selain menjadi `umpan’ pelanggan untuk terus menjelajah.

Lima perkara di atas merupakan asas utama untuk memulakan kedai dalam talian. Sekiranya anda sememangnya sudah memiliki tapak yang agak kukuh, ada dua langkah pengembangan perniagaan di kedai dalam talian anda.

6. IKLAN PROMOSI

Anda boleh mengiklan secara kecil-kecilan atau modal kecil seperti menghantar promosi ke e-mel pembeli yang pernah singgah di ‘kedai’ anda. Cipta satu berita mengenai produk baru dan sebagainya dengan reka letak yang menarik atau pun promosi terbaru yang dijalankan. Anda cuma perlu e-mel untuk mendapatkan maklum balas.

7. CARA BAYARAN

Anda perlu membuka akaun (untuk bisnes anda) dengan sebuah institusi kewangan atau bank, supaya pelanggan juga boleh membayar kepada anda dengan kad kredit. Selain menyediakan cara bayaran melalui kad kredit, anda juga boleh menyediakan bayaran menerusi akaun PayPal, yang kini sudah ada dan diamalkan di Malaysia.

Fokus III

Kaedah bayaran pilihan ramai

Elemen pembayaran penting terutamanya untuk mendapatkan kepercayaan pelanggan. Banyak kes-kes penipuan yang membuatkan pelanggan kini lebih peka dan berhati-hati ketika membeli belah. Jadi usah terlalu mendesak. Sebaliknya berikan khidmat yang terbaik kepada pelanggan kerana kepercayaan itu akan timbul sendiri. Selain itu, anda digalakkan menawarkan banyak pilihan kaedah pembayaran kepada pengguna untuk lebih keselesaan.

Kaedah bayaran ini boleh memenuhi keperluan jika anda bekerja dari rumah. Jika ingin memproses bayaran dari rumah, perkara pertama yang perlu diberikan perhatian ialah pelayan (server). Komputer yang memiliki penyulitan (encryption) akan menyukarkan sebarang pencerobohan untuk memintas maklumat sulit akaun anda.

Teknologi keselamatan seperti Secure Socket Layer (SSL) sudah lama diperkenalkan dan sesuai digunakan bagi perlindungan data-data sensitif. Anda boleh memohon untuk mendapatkan pensijilan SSL melalui dalam talian. Di samping itu anda juga perlu memiliki nama domain dan hosting laman web sendiri untuk lebih perlindungan. Sekarang mari kita lihat beberapa kaedah pembayaran popular yang boleh ditawarkan oleh peniaga dalam talian.

1. KAD KREDIT

Kaedah ini merupakan sistem yang popular digunakan jika ia disediakan oleh perkhidmatan dalam talian . Bagi membolehkan pemprosesan kad kredit (seperti MasterCard, Visa dan American Express) di laman web bisnes, anda perlu ada akaun internet merchant terlebih dahulu. Anda boleh mendapatkan akaun berkenaan dari bank-bank tempatan. Selain itu anda perlu membeli khidmat gerbang (getway) internet yang bertindak sebagai pintu masuk untuk pengesahan maklumat, pemindahan permintaan dan membenarkan kad kredit pada masa sebenar.

2. KAD DEBIT

In’ merupakan kaedah bayaran yang mudah dan banyak diamalkan di negara kita. Pelanggaa akan memberikan kebenaran untuk melakukan pembayaran secara terus ke akaun bank mereka. Ini sebenarnya memberikan lebih keselamatan kepada pelanggan kerana mereka tidak perlu mendedahkan nombor kad atau maklumat kewangan kepada pihak penjual kerana pembayaran terrsebut akan diuruskan oleh pemilik bank/institusi kewangan mereka. Anda boleh berbincang dengan bank/institusi kewangan untuk membolehkan sistem ini berfungsi di laman web.

3. CARA PAYPAL

Sistem ini popular di serata dunia kerana menawarkan kaedah bayaran dalam talian semua-dalam-satu. Program Website Payments Standard membolehkan anda menerima bayaran kad kredit Visa, MasterCard, dan American Express, pemindahan bank dan menawarkan PayPal dengan kadar tertentu. Mereka juga menawarkan PayFlow Gateway dan PayPal Express Checkout untuk peniaga yang sudah memiliki akaun internet merchant.

4. AKAUN BANK

Tidak dapat dinafikan, ada pelanggan yang kurang selesa dengan kaedah bayaran secara online ini. Golongan ini juga masih berpotensi untuk menjadi pelanggan anda dan boleh jadi pelanggan tetap jika anda turut menawarkan cara bayaran manual ke akaun bank. Caranya mudah. Masukkan wang bayaran secara manual ke akaun syarikat anda, kemudian faks atau e-mel resit kepada anda. Jadi, kaedah bayaran ini masih lagi relevan untuk digunakan.

5. BAYAR TUNAI

Percaya atau tidak, kaedah bayar tunai juga popular di kalangan pembeli dan penjual secara online. Menariknya, kaedah ini turut ditawarkan oleh peniaga kecil dan peniaga lebih besar. Bahkan, cara ini memberi pilihan kepada pelanggan, selain memudahkan dan meningkatkan kepercayaan pelanggan. Biasanya, bayaran tunai akan dikutip daripada pelanggan ketika barangan dihantar. Bayaran di luar talian ini juga dipanggil COD (Cash On Delivery).

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s