Teks untuk Podcast 2014 007 02

Podcast 2014 007 02, merupakan bahagian kedua daripada rakaman audio rencana-rencana daripada Mingguan Wanita 13 Disember 2013 dan teks asalnya adalah seperti berikut:

Info Sihat

Elak khasiat terjejas

Ketahui cara betul simpan makanan

Ramai yang tidak tahu bahawa cara menyimpan makanan yang salah boleh menjejaskan khasiat sayur, ikan, ayam dan pelbagai lagi sumber makanan. Dalam hal ini adalah penting terutama buat kaum wanita mengetahui cara yang tepat menyimpan makanan di rumah.

Cara penyimpanan ini tidak terhad kepada bahan mentah yang belum dimasak tapi juga lebihan hidangan. Terdapat tiga garis panduan penyimpanan makanan iaitu:

  • Penyejukan

  • Pembekuan

  • Menyimpan pada suhu bilik

Antara tujuan makanan perlu disimpan dengan betul dan sempurna ialah bagi memastikan makanan berkenaan berada dalam keadaan selamat sehingga ia dimakan semula.

Selain itu ia juga bagi mengekalkan bentuk fizikal dan rasa makanan tersebut agar sentiasa terpelihara dan paling penting mengekalkan khasiat yang terkandung di dalamnya.

Penyimpanan dalam peti sejuk

Mungkin ramai tertanya-tanya, cara terbaik menyimpan makanan berkenaan terutamanya di dalam peti sejuk. Berikut adalah panduannya :

Guna beg plastik

Sebaiknya, simpan semua jenis makanan yang siap dimasak dalam bekas berpenutup seperti beg plastik bertutup dan dibalut dengan kertas aluminium atau plastik nipis. Cara ini membantu mengurangkan proses pengeringan, pencemaran, perubahan atau tertumpah.

Asingkan bahan makanan

Amalkan menyimpan makanan yang telah dimasak di bahagian sejuk (atas) tetapi bezakan dengan bahan yang masih mentah. Ini kerana, bahan-bahan seperti daging, ikan dan sayur-sayuran lazimnya mengandungi bakteria berbahaya yang boleh mencemarkan makanan yang siap dimasak sekali gus mengakibatkan masalah keracunan dan basi.

Bekas berpenutup untuk bahan mudah tumpah

Cuba simpan bahan mentah yang mudah tumpah ke dalam bekas bertutup. Selepas itu, letakkan di bahagian bawah peti sejuk kerana tumpahan yang berlaku di dalam peti sejuk hanya akan membiakkan bakteria dan mengotorkan kawasan sekitarnya.

Cara simpan telur

Di manakah anda menyimpan telur? Adakah di dalam peti sejuk atau di luar? Sebaiknya simpanlah di bahagian yang Iebih sejuk dalam peti sejuk kerana suhu yang lebih rendah hanya akan melembapkan lagi proses pembiakan bakteria.

Bungkus sayur

Sayur-sayuran sebaiknya dibungkus dengan plastik berlubang berupaya mengurangkan kehilangan air sekali gus melancarkan pengaliran udara di dalamnya.

Simpan sayur di tempat sesuai

Bagi mengelakkan sayur-sayuran dan buah-buahan rosak maka simpanlah di bahagian laci bawah peti sejuk. la penting untuk mengelak masalah pembekuan.

Jadikan rutin

Dalam melakukan penyimpanan bahan-bahan makanan ramai yang sebenarnya melakukan kesalahan. Ada banyak perkara yang menjejaskan khasiat makanan dan juga berbahaya telah dijadikan rutin di dapur. Untuk itu pelajari cara betul penyimpanan makanan ini untuk hidangan yang lebih sihat kepada ahli keluarga.

Alih makanan dalam tin

Makanan dalam tin yang telah dibuka tidak boleh disimpan di dalam peti sejuk begitu sahaja. Cara paling baik menyimpannya adalah dengan memindahkan makanan tersebut ke dalam bekas plastik atau kaca bertutup. Ini bagi mengelakkan berlakunya tindak balas logam (tin) ke atas udara apabila makanan berkenaan dibiarkan di dalamnya.

Sejukkan makanan sebelum disimpan

Makanan siap dimasak tidak boleh diletakkan terus ke dalam peti sejuk. Sebenarnya, ia adalah kaedah yang diguna pakai bagi menghalang pertambahan kelembapan di samping mengekalkan suhu di dalam peti sejuk. Cara paling mudah adalah dengan membiarkan makanan tersebut sejuk dahulu sebelum disimpan di dalam peti sejuk.

Simpan bekas rapat-rapat

Sewaktu menyimpan bekas makanan di dalam peti sejuk, sebaiknya susun bekas berkenaan rapat-rapat agar udara yang mengalir di dalamnya dapat disebarkan sekata.

Tiga hari untuk simpan makanan basah

Dinasihatkan agar tidak menyimpan makanan mentah seperti daging, ikan atau yang serupa dengannya di dalam peti sejuk lebih dari tiga hari. la bagi mengelakkan pembiakan bakteria akibat dani kandungan protein serta kelembapan yang tinggi malah ada di antaranya akan mengeluarkan bau busuk.

Buang makanan lebih dari lima hari

Lebihan makanan yang tidak habis dimakan masih boleh disimpan tetapi ada tempohnya. Setelah masuk hari kelima dinasihatkan agar membuang sahaja makanan berkenaan kerana dikhuatiri berlakunya pembiakan bakteria berbahaya di dalamnya.

Jika simpan di luar peti sejuk

Jika sebelum ini diterangkan cara menyimpan makanan di dalam peti sejuk, bagaimanapun, makanan masih boleh disimpan pada suhu bilik tetapi dengan kaedah berikut:

BEKAS KEDAP UDARA UNTUK BAHAN KERING

Bahan-bahan kering seperti tepung, gula, beras, serbuk teh dan sebagainya perlu disimpan dalam bekas kedap udara. Tujuannya untuk menghalang pencemaran di samping mengelakkan `pencerobohan’ daripada makhluk perosak seperti lipas, tikus dan macam-macam lagi.

JAUHKAN RENCAH MEMASAK DARIPADA SINARAN MATAHARI

Seperkara lagi, jauhkan bahan berkenaan dari terkena sinaran matahari kerana ia mudah bercambah dan tidak elok jika ingin digunakan dalam masakan.

SlMPAN SUSU DI TEMPAT SEJUK DAN KERING

Susu kotak yang masih belum dibuka perlu disimpan di tempat sejuk. Bagaimanapun, setelah dibuka maka ia perlu disimpan di dalam peti sejuk dan dihabiskan dalam tempoh satu minggu.

Tip Sihat

4 langkah mudah tingkatkan imuniti tubuh

Sistem imuniti tubuh boleh juga disamakan dengan tentera-tentera yang bersedia untuk melawan musuh. Bagaimanapun, sekiranya imuniti mulai lemah maka individu berkenaan mudah sahaja diserang penyakit.

Sebaliknya, apabila imuniti sentiasa kuat maka penyakit yang datang akan imun dengan sendiri. Oleh itu, apakah cara yang boleh dilakukan bagi meningkatkan sistem daya tahan tubuh? Mudah sahaja dengan beberapa panduan ringkas di bawah :

1. Membasuh tangan

Jadikan membasuh tangan sebagai amalan kerana ia mampu meningkatkan sistem imuniti tubuh sekali gus memelihara kesihatan diri. Dengan membasuh tangan, anda secara tidak langsung telah menghalang bakteria dan virus yang mungkin terlekat bersamanya masuk ke dalam tubuh. Sekiranya anda berada jauh daripada sumber air maka gunakan sahaja sanitizer (cecair pembunuh kuman) yang boleh dibawa ke mana-mana.

Namun, janganlah terlampau kerap membasuh tangan kerana boleh jadi bakteria baik yang ada bersama anda turut `terbunuh’ dengan tabiat berkenaan.

2. Berhati-hati ketika minum

Sematkan di dalam hati bahawa tidak semua air bersih. Pada dasarnya mungkin ia kelihatan jernih dan boleh diminum tetapi hakikatnya, banyak bendasing yang berbahaya terkandung di dalamnya. Sebaiknya, gunakan penapis air sebelum memasak air berkenaan. Selepas itu, barulah ia boleh diminum dengan selamat.

3. Antibiotik

Apabila terkena jangkitan bakteria maka anda bolehlah mengambil antibiotik atas nasihat doktor. Bagaimanapun, pastikan ia diambil hingga habis mengikut dos yang ditetapkan oleh doktor.

Jangan sekali-sekali berhenti separuh jalan hanya kerana anda berfikir bahawa diri telah sihat. Jika bakteria yang ada dalam tubuh hanya dilemahkan dan tidak dibunuh, tidak mustahil bakteria akan kembali menyerang malah mungkin lebih kuat dari sebelumnya.

4. Guna cara semula jadi

Kebanyakan individu mengalami selesema dan demam yang kerap pada tempoh agak singkat. Hal ini boleh berlaku apabila sistem kekebalan tubuh kian lemah. Jadi, cuba kembalikan kekebalannya dengan mengambil makanan seperti sup ayam, vitamin C atau zink. Jika anda mula merasa hendak selesema, segera dapatkan 500 miligram vitamin C dan ambillah sebanyak empat kali sehari. Boleh juga mencuba sup dalam kekerapan yang sama dengan vitamin C iaitu empat kali dalam sehari.

Cubalah mempraktikkan beberapa langkah di atas bagi mengembalikan semula sistem daya tahan badan. Secara tidak langsung, anda sebenarnya telah melakukan langkah pencegahan dari terkena jangkitan virus atau bakteria pembawa penyakit. Tidak hanya itu, kaedah di atas juga berupaya mempercepatka anda pulih daripada demam atau selesema. Selamat mencuba!

Kelab Diet

5 jenis makanan bakar lemak di perut

Selain senaman, lemak-lemak di perut yang menyebabkon perut buncit boleh dibakar dengon cara yang lebih mudah. Kaedahnya adalah makan! Tapi bukan sebarang makanan sebaliknya jenis makanan yang boleh membantu mencairkan lemak. Apa makanan tersebut?Amalkan lima jenis makanan ini ya.

Salad

Salad adalah kategori sayuran hijau yang dikatakan membantu mempercepatkan proses pembakaran lemak di perut. lni kerana pengambilan salad yang kerap membuatkan perut cepat merasa kenyang sekali gus membuatkan anda tidak makan makanan lain secara berlebihan.

Yogurt

Bakteria baik yang terkandung di dalam yogurt dipercayai boleh membuang sisa toksin yang terdapat di dalam perut. Secara tidak langsung, proses penyerapan nutrisi dapat berjalan dengan lebih lancar.

Antara senarai makanan yang dikatakan mampu membakar lemak dengan cepat, yogurt berada di tangga paling tinggi kerana fungsi lainnya adalah meningkatkan metabolisme di dalam perut.

Oat

Makanan yang berupaya membakar lemak di perut adalah makanan yang relevan diambil pada waktu siang mahupun malam. Begitu juga waktu sarapan. Sebab itulah oat adalah pilihan yang sesuai. Pengambilannya dikatakan membantu kelenjar tiroid untuk menghasilkan sejenis hormon yang mampu membuang lemak di dalam perut.

Telur

Rata-rata para ahli pengkaji mengatakan bahawa bersarapan dengan telur mampu mengurangkan berat badan. lni kerana kandungan vitamin B12 dan protein di dalamnya membantu meningkatkan sistem kerja metabolisme dalam tubuh sekali gus mempercepatkan proses pembakaran lemak yang terkumpul di dalamnya.

Kekacang

Kekacang seperti badam, walnut dan kacang tanah adalah ejen pembantu untuk membakar lemak di perut. Bagaimanapun harus diingat, hadkan pengambilannya kerana jika melebihi jumlah yang sepatutnya kolesterol dalam darah boleh meningkat.

Sebagai kesimpulannya, lemak dalam tubuh akan hilang dengan cepat sekiranya anda memberikan komitmen bersungguh-sungguh untuk melaksanakan program diet yang teratur disusuli dengan aktiviti senaman.

Amalkan pengambilan makanan segar dan sihat seperti mana contoh-contoh yang telah ditunjukkan di atas agar bentuk tubuh yang diidamkan dapat diperoleh dengan segera. Ingat, jangan sekali-sekali mengambil ubat terlarang sebagai jalan pintas untuk kelihatan kurus kerana ia mampu memberi kesan buruk terhadap kesihatan.

Kesihatan

Konjunktivitis punca mata merah, bengkak

Melihat mata merah dan membengkak memang merisaukan namun masalah yang selalu kita kategorikan sebagai sakit mata ini memang selalu dihadapi.

Secara khususnya mata yang merah dan bengkak ini dikenali sebagai konjunktivitis. la juga dipanggil mata kalas atau mata jingga (pink eye). Konjunktivitis adalah kemerahan dan pembengkakan pada konjunktiva, membran mukus yang melapisi kelopak mata dan permukaan mata. Lapisan dalam mata biasanya jelas. Jika iritasi atau jangkitan berlaku, lapisan itu menjadi merah dan membengkak.

Secara tradisional, rawatan sendiri di rumah amat berguna untuk melegakan konjunktivitis berkaitan dengan demam selesema yang tidak rumit, jangkitan ringan atau alahan. Rawatan ini termasuklah mencuci mata dan mencegah jangkitan daripada merebak.

Konjunktivitis virus biasanya berlanjutan dari satu hingga dua minggu. Oleh kerana konjunktivitis virus tidak disebabkan oleh bakteria, bermakna konjunktivitis virus ini tidak bertindak balas terhadap antibiotik. Air mata buatan mampu membantu melegakan gejala-gejala.

Bagi masalah konjunktivitis bakteria pula, rawatannya termasuklah ubat titis antibiotik atau ubat sapu. Biasanya rawatan ini akan menghilangkan gejala-gejala dalam beberapa hari.

Penyebab

Meski kerap dialami namun konjunktivitis biasanya tidak serius dan akan hilang dalam masa tujuh hingga 10 hari tanpa rawatan perubatan. Kebanyakan masalah konjunktivitis adalah disebabkan oleh:

  • Jangkitan yang disebabkan oleh virus atau bakteria.

  • Mata kering daripada kekurangan air mata atau terdedah kepada angin dan matahari.

  • Kimia atau asap (konjunktivitis kimia).

  • Alahan.

Konjunktivitis yang disebabkan virus dan bakteria adalah berjangkit dan merebak dengan mudah. Disebabkan kebanyakan konjunktivitis adalah disebabkan oleh virus bermakna ia biasanya tidak mempunyai rawatan perubatan. Oleh itu mencegahnya daripada merebak adalah amat penting.

Tabiat mencuci tangan yang tidak sempurna adalah penyebab utama merebaknya masalah konjunktivitis. Berkongsi objek seperti tuala dengan penghidap konjunktivitis boleh menyebarkan jangkitan.

Konjunktivitis akibat virus

Konjunktivitis akibat virus kerap disebabkan oleh adenovirus. la adalah virus pernafasan biasa yang turut boleh menyebabkan sakit atau jangkitan pada bahagian atas pernafasan. Virus herpes juga boleh menyebabkan konjunktivitis.

Gejala-gejala konjunktivitis akibat virus termasuklah:

  • Kemerahan dalam bahagian putih

  • Pembengkakan pada kelopak mata

  • Kegatalan atau rasa panas terbakar pada kelopak mata.

  • Pembengkakan dan rasa sakit apabia disentuh di kawasan hadapan mata.

  • Cairan berwarna putih yang jelas atau sedikit tebal.

Gejala-gejala konjunktivitis akibat virus biasanya berlanjutan dari lima hingga tujuh hari tetapi ia boleh berlanjutan hingga lebih dari tiga minggu dan boleh menjadi berterusan atau kronik.

Konjunktivitis virus boleh menjadi serius jika:

  • Mengalami masalah yang mengurangkan kebolehan tubuh untuk menentang jangkitan (menjejaskan sistem imun).

  • Hanya dapat melihat pada satu mata sahaja.

  • Memakai kanta lekap.

Jika konjunktivitis disebabkan oleh virus, penghidap biasanya akan kembali melakukan urusan biasa apabila gejala-gejalanya mula hilang. Biasanya dalam masa tiga hingga lima hari. Ubatan biasanya tidak digunakan untuk merawat konjunktivitis akibat virus. Oleh itu amat penting untuk mencegah penyebaran jangkitan virus ini.

Konjunktivitis yang disebabkan oleh virus herpes amat jarang berlaku tapi boleh dirawat dengan ubatan antivirus. Rawatan sendiri gejala-gejala konjunktivitis akibat virus boleh membantu anda berasa lebih selesa sehinggalah jangkitan itu sembuh.

Konjunktivitis akibat bakteria

Jangkitan boleh berlaku apabila bakteria memasuki mata atau kawasan di sekeliling mata. Beberapa jangkitan biasa yang menyebabkan konjunktivitis termasuklah:

  • Jangkitan staph.

  • Haemophilus influenzae type b (Hib).

  • Penyakit cakaran kucing.

  • Gonorea.

Gejala-gejala konjunktivitis akibat bakteria termasuklah:

  • Kemerahan dalam bahagian putih mata.

  • Cairan kelabu atau kuning daripada mata. Cairan ini boleh menyebabkan bulu mata melekat bersama.

  • Sakit ringan.

  • Pembengkakan pada bahagian atas kelopak mata yang akan menjadikan kelopak untuk menurun (pseudoptosis).

Konjunktivitis akibat bakteria boleh menyebabkan lebih banyak cairan keluar daripada konjunktivitis akibat virus. Jangkitan bakteria biasanya berlanjutan dari tujuh hingga 10 hari tanpa sebarang rawatan antibiotik dan dua hingga empat hari dengan rawatan antibiotik.

Penghidap biasanya boleh kembali melakukan urusan seharian dalam masa 24 jam selepas antibiotik mula memberi kesan. Rawatan antibiotik biasanya membunuh bakteria yang menyebabkan konjunktivitis.

Mata merah

Mata merah adalah terma umum yang bukan sahaja melibatkan konjunktivitis tetapi masalah-masalah lain yang menyebabkan kemerahan pada mata atau sekeliling mata. Konjunktivitis adalah penyebab utama mata merah. Mata merah memiliki penyebab lain. lni termasuklah:

    • Benda-benda asing yang memasuki mata seperti logam atau serangga.

    • Luka atau kecederaan atau jangkitan pada bahagian dalam mata (sebagai contoh uveitis, iritis, atau keratitis).

    • Glaukoma.

    • Jangkitan pada soket mata dan kawasan di sekeliling mata.

    • Pembengkakan, kelopak mata merah juga boleh disebabkan oleh ketumbit, benjolan yang dikenali sebagai kalazion, keradangan pada kelopak mata (blepharitis) atau kekurangan air mata (mata kering).

Diari Doktor

Hormon mengatur kehidupan

Setiap individu itu unik. Bukan sahaja setiap orang mempunyai raut wajah yang berbeza namun ketidaksamaan juga wujud dari segi pemikiran, bahasa tubuh, sikap, tingkah laku dan pemilihan makanan. Bahkan perbezaan juga wujud dari segi pemilihan gaya hidup, kebolehan adaptasi cuaca sejuk dan panas.

Tanpa disedari banyak aspek kehidupan kita bergantung kepada fungsi hormon kita. Kelenjar hormon yang pelbagai mengeluarkan hormon-hormon bagi mengatur cara kehidupan kita. Hormon yang paling tinggi akan mengawal banyak aspek tubuh. la dinamakan hormon dominan.

Secara am manusia terbahagi kepada lima kumpulan bergantung kepada tahap hormon ini. Sistem ini saya namakan sistem Plato. Sistem Plato membolehkan kita mengenal diri dengan lebih baik dan memahami kecenderungan kepada sesuatu makanan kegemaran atau tabiat tertentu.

Kumpulan ‘P’ merupakan mereka yang mempunyai kelenjar pituitari yang aktif. Mereka mudah dikesan kerana mempunyai bentuk kepala yang agak besar berbanding orang lain. Mereka mempunyai soket mata bulat oleh itu mereka kelihatan awet muda, bentuk tubuh mereka pula sering mempunyai rangka kaki yang panjang dan rangka tubuh yang pendek. Mereka tampak seperti kanak-kanak riang. Sifat utama kumpulan ini ialah gemar berangan angan dan berfantasi. Mereka mudah didekati namun sukar difahami berikutan sifat mereka yang sering berkhayal di alam ciptaan sendiri.

Mereka berhati baik dan mudah untuk meminta tolong, justeru itu mereka ini merupakan pekerja yang mudah mengikut arahan, makanan kegemaran mereka biasanya yang berempah dan agak panas. Mereka sukakan cita rasa yang lembut dan sederhana.

Kumpulan ‘U’ pula mempunyai perut yang besar. Walaupun tubuh tidak gemuk namun perut mereka buncit dan mengendur. Mereka mempunyai perawakan suka berjenaka. Mereka merupakan pendengar yang baik dan setia. Sebagai kawan. mereka boleh dipercayai dan meriangkan. Kumpulan ini gennarkan makanan berlemak. Tidak hairanlah mereka mudah terkena masalah berkaitan jantung dan kolesterol.

Lemak pada muka

Kumpulan Adrenal merupakan kumpulan yang paling ramai. Mereka ini mempunyai bentuk tubuh yang berupa epal. Rangka tubuh bahagian atas agak berisi manakala rangka tubuh bahagian bawah tampak kecil. Bentuk muka mereka sering kali bulat.

Kumpulan ini rajin bekerja, mereka juga bersemangat dan sering berjaya dalam kerjaya. Namun mereka mudah stres dan mudah marah. Mereka juga tidak pandai mengawal rasa marah. Namun sifat setia kawan dan prihatin ada dalam jiwa mereka. Mereka sering berjaya nnenjadi ketua dalam suatu organisasi. Oleh kerana mereka mengumpul lemak pada muka, leher dan badan atas, wajah mereka menjadi terlalu bulat dan berpenampilan tidak menarik. Hal ini sering membuatkan mereka gelisah dan menjadikan mereka kurang keyakinan diri. Makanan kegemaran mereka ialah karbohidrat dan bergaram maka mereka ini mudah terkena penyakit kencing manis dan darah tinggi.

Kumpulan ‘T’ merupakan kumpulan yang agak besar. Mereka mempunyai bentuk wajah yang bujur dan panjang. Mereka sering mempunyai rangka seinnbang di mana bahagian tangan dan kaki kelihatan sama panjang serta cenderung dalam aktiviti sukan maraton.

Minat mereka mendalam terhadap pelbagai jenis sukan kerana mereka tidak mudah merasa penat. Makanan mereka sederhana, tidak berapa manis dan tidak berapa pedas. Mereka ini kadang kala cerewet dalam memilih makanan kegemaran mereka. Sikap mereka amat perasa namun mereka suka nnemendam rasa marah dan kecewa dalam hati. Mereka ini amat berahsia dan sangat berhati hati dalam memilih kawan. Penyakit yang sering melanda mereka ialah penyakit jantung dan masalah salur darah.

Kumpulan yang terakhir ialah kumpulan ‘0’. la merujuk kepada ovari wanita. Justeru itu biasanya ahli kumpulan terdiri daripada wanita sahaja. Wanita dimaksudkan ini mempunyai lemak banyak berkunnpul di paha dan punggung.

Bentuk mereka ialah bentuk pear. Wanita jenis ‘0’ ini bersifat sangat penyayang. Mereka mempunyai ciri-ciri keibuan yang tinggi. Mereka sering bercakap tanpa memikirkan akibatnya. Oleh itu mereka sering dilabelkan sebagai mulut celupar.

Makanan kegemaran mereka ialah yang berasaskan keju. Mereka gemarkan kek dan mentega dan kuih muih yang lembut dan berkrim. Masalah kesihatan yang sering melanda mereka ialah masalah berkaitan rahim seperti fibroid dan masalah haid.

Di Marissa Estetik, saya sering menekankan kepentingan sistem PIato ini. Plato bolehlah dianggap sebagai tubuh seseorang. Melalui pengelasan boleh mengenal pasti apa jenis senaman dan pemakanan yang perlu dipatuhi bagi mendapatkan kesihatan yang ideal. Bagi tujuan penurunan berat badan juga kaedah pemakanan berdasarkan Plato masing-masing akan membantu menurunkan berat badan dengan berkesan.

Kebanyakan dari kita mempunyai jenis tubuh yang bercampur namun ciri-Plato tetap tidak hilang. Contohnya jika seseorang yang mempunyai punggung lebar dan berperut besar, kita boleh namakan dia jenis campuran ‘0’ dan ‘I’.

Oleh itu pada pendapat saya ciri bukanlah dominan. la boleh wujud dalam mana-mana kumpulan ataupun secara berasingan. Mengetahui jenis PIato membolehkan kaedah saintifik penurunan berat badan dibuat. Ini kerana setiap hormon mempunyai tugas tersendiri dalam proses penurunan berat badan. Saya akan membincangkan dengan lebih mendalam lagi cara mengurangkan berat bad melalui sistem Plato pada ruang yang akan datang.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s