Teks untuk Podcast 2014 007 01

Podcast 2014 007 01, merupakan bahagian pertama daripada rakaman audio rencana-rencana daripada Mingguan Wanita 13 Disember 2013 dan teks asalnya adalah seperti berikut:

Wanita Cemerlang

Ditipu beratus ribu tidak patahkan semangat Nor Athirah

Bergelumang dengan pasir, simen dan habuk bukanlah masalah buat wanita ini. Demi cita-cita mahu bertapak dalam perniagaan plaster siling semua kerja yang sinonim dengan lelaki sanggup dilakukan.

Sekalipun tidak mempunyai kelayakan yang tinggi tapi satu sikap Nor Athirah Abdullah, dia suka belajar sesuatu yang baru walaupun bidang itu tidak berkait dalam hidupnya.

Bertemu jodoh dengan Abdul Gafar Sarkawi yang juga seorang kontraktor seakan menjadi batu loncatan untuk mereka bergabung mewujudkan satu perniagaan baru dan di situlah terlahirnya AGA Plaster Ceiling.

“Kami bermula dengan sebuah kedai kecil, berukuran hanya 20 x 20 dan tiada pekerja. Oleh kerana minat dalam bidang hiasan dalaman kami teruskan perniagaan ini dengan sabar dan komitmen yang tinggi.

“Alhamdulillah, lama kelamaan nampak hasilnya sekalipun terpaksa bersaing dengan syarikat-syarikat lain. Mungkin disebabkan kualiti produk serta perkhidmatan yang diberikan membuatkan pelanggan menaruh kepercayaan yang tinggi untuk terus mendapatkan kerja-kerja kami,”ujar wanita berusia 40 tahun ini.

Cerita Nor Athirah lagi sbelum melibatkan diri secara serius dalam perniagaan ini, sudah banyak pekerjaan dilakukan. Daripada kerani di firma guaman hinggalah aktif dalam jualan langsung, semuanya dilakukan demi mendapatkan pendapatan lebih.

“Tetapi usaha tersebut belum menampakkan tanda-tanda kejayaan. Selepas beberapa tahun mendirikan rumah tangga, saya akhirnya akur pada permintaan suami untuk membantunya menjalankan perniagaan plaster siling.

“Setelah menimbang sebaiknya, saya terima pelawaan itu atas alasan ingin membantu suami dan mengembangkan lagi perniagaan kami,” ujarnya yang turut membekal dan memasang plaster siling seterusnya menjual cermin-cermin berukir tulisan jawi atau rekaan flora dalam pelbagai corak dan bentuk.

Keupayaan pernah dipertikai

Bercerita tentang pengalaman dalam bisnes plaster siling ini katanya ada satu kejadian yang berlaku di sebuah masjid sedikit masa dahulu yang kekal di ingatan Nor Athirah hingga ke hari ini.

“Seorang Nazir masjid berminat mendirikan masjid di Sungai Kandis jadi saya pun datanglah ke sana untuk mengambil ukuran. Sebaik melihat wajah saya, dia seperti tidak percaya lantas menyuarakan kebimbangannya.

“Soalnya, adakah saya boleh melakukan kerja-kerja mengukur memandangkan saya adalah seorang wanita. Saya hanya tersenyum mendengar sambil meminta sebuah tangga.

“Fikirnya, mungkin saya akan mendaki anak tangga berkenaan bagi memeriksa atap yang bocor tetapi sebenarnya tidak. Saya hanya minta tangga tersebut bagi memudahkan penyelia yang akan datang kemudian untuk menambah baik siling yang rosak.

“Mendengar penerangan saya, Nazir berkenaan tersipu-sipu menahan malu malah beberapa orang individu yang berada dalam bilik tersebut turut ketawa dengan apa yang berlaku.

“Walaupun sedikit tersentuh tetapi saya cuba mempositifkan diri. Inilah yang dinamakan dugaan yang mana setiap dugaan itu pasti tersembunyi sedikit kemanisan,” kata anak bongsu kepada enam orang beradik ini yang kini cuba meneroka bidang bisnes yang baru.

Memandangkan punya minat dalam bidang kecantikan maka dia bercadang untuk mewujudkan sebuah spa dan berniaga pakaian.

“Pusat spa sudah diwujudkan tapi ketika ini kami terpaksa hentikan operasinya seketika kerana masalah pekerja. Tentang jualan pakaian pula, alhamdulillah ia berjalan lancar.”

Motivasikan diri sendiri

Jatuh bangun dalam perniagaan adalah asam garam yang harus dilalui. Bak kata pepatah, jika takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai. Mudah cerita, setiap pekerjaan menjanjikan risiko yang berbeza tetapi apabila berniaga sendiri maka kemungkinan untuk untung atau rugi lebih dirasai.

“Saya berasal dan i keluarga susah. Ayah hanya pembantu hospital sementara ibu pula bekerja kontrak membancuh simen. Seawal usia tujuh tahun saya telah mula berniaga nasi lemak yang dimasak oleh ibu.

“la menjadi rutin sebelum berangkat ke sekolah. Waktu petang, saya akan jual kuih muih dan dengan pendapatan tersebut, sedikit sebanyak dapatlah digunakan untuk menambah duit gaji ibu dan ayah.

“Hati memang teringin sambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi tetapi disebabkan masalah kewangan, impian tersebut terpaksa dipendam begitu sahaja.

“Walau bagaimanapun, saya tidak berserah pada takdir. Meskipun anak bongsu dalam keluarga, saya rasa perlu mendapatkan pekerjaan dan alhamdulillah, tamat tingkatan lima, saya diterima bekerja sebagai kerani di sebuah pejabat guaman.

“Sebab itulah, bila sudah ada perniagaan sendiri, saya terpanggil untuk membantu individu yang mungkin miliki impian seperti saya tetapi dihalang oleh beberapa perkara seperti kewangan dan ilmu pengetahuan,”imbasnya.

Menceritakan tentang cabaran, ujar Nor Athirah banyak yang dilalui dan antara yang memeritkan pernah ditipu oleh pemaju dan kontraktor.

“Bukannya sedikit nilainya, ratus ribu. Sedih dan kecewa memang ada tetapi saya cuba ‘pusing’ keadaan dengan memotivasikan din sendiri. Saya kata Allah masih menyayangi saya dan mungkin ada rezeki lain yang akan diberi oleh-Nya nanti.

Syukur, dengan berfikiran begitu saya kembali terinspirasi untuk melangkah terus ke hadapan dan di sinilah saya bersama rakan-rakan pekerja yang lain,” ujarnya yang menjadikan suami serta anak-anak sebagai sumber kekuatannya.

Ibu Tunggal Berjaya

Zuraini temui ketenangan di Baitullah

Dunianya pernah gelap seketika. Semangatnya turut melayang entah ke mana. Meski kesedihan menyesak dada, Zuraini Maulud, 54 tidak menolak takdir yang memisahkan dia dan suami.

Belum puas merajut cinta, suami yang dikasihi pergi menyahut panggilan Ilahi. Kehilangan suami memudarkan harapan mahu bersama hingga ke tua. Hasrat bahagia tidak kesampaian. Ajal telah memisahkan mereka.

Suami Zuraini telah kembali rahmatullah 10 tahun lalu akibat masalah jantung. Mulai hari itu, wanita ini bertekad membanting tulang buat mencari rezeki buat empat orang anak yang memerlukan dirinya.

“Saya redha dengan apa yang ditetapkan oleh Allah SWT. Cuma saya sedikit terkilan, arwah meninggal di tempat kerja ketika sambutan Hari Guru. Dia meninggal dunia pada 16 Mei, tiga hari selepas hari jadinya. Suami meninggal ketika dalam perjalanan ke hospital.

“Semasa dikhabarkan tentang kematiannya, saya hilang punca. Saya tak boleh terima kenyataan akan berpisah dengan orang yang paling rapat dalam hidup saya. Perginya bagaikan mimpi, lebih-lebih lagi arwah yang juga merupa seorang guru tidak menunjukkan sebarang tanda akan meninggalkan kami. Cuma kawan-kawan arwah ada bercerita seminggu sebelum meninggal dunia, arwah mengatakan akan berpindah ke rumah baru,” ujar Zuraini.

Dua tahun lamanya dia hidup dalam keadaan lara. Namun ibu kepada empat orang cahaya mata ini tidak mahu selamanya dibelenggu kesedihan. Apatah lagi anak-anak bergantung harap padanya. Justeru, Zuraini membuat keputusan mencari ketenangan diri dengan menunaikan ibadah haji pada tahun 2006. Dia ke Makkah ditemani anak sulungnya yang ketika itu berusia 22 tahun.

Di rumah Allah itu, dia memanjatk doa ke hadrat Ilahi agar dikuatkan iman, diteguhkan kesabaran dan dilimpahi rahmat agar menjadi insan kuat dan tidak goyah iman. Dia mohon dijadikan hamba-Nya yang pasrah dan bertakwa ke jalan Allah.

Sesungguhnya Allah itu Maha Mendengar setiap permohonan hamba Nya. Zuraini merasakan ketenangan sebaik pulang dari menunaikan haji. Jiwanya lebih-redha dan semangatnya kembali subur serta bersedia berdepan dengan apa juga dugaan di dunia ini.

Namun seketika menikmati ketenangan dia kembali diuji apabila dibuang kerja tanpa pampasan sedangkan dirinya sudah lama bekerja. Yakin dengan rezeki dan takdir, Zuraini memperjuangkan haknya berlandaskan undang-undang. Alhamdulillah, dia berjaya mendapatkan haknya.

Dianggap pengancam kebahagiaan orang lain

Status ibu tunggal meninggalkan stigma negatif di mata masyarakat. Inilah yang dialami Zuraini dalam hidupnya. Masyarakat menganggap ibu tunggal sebagai pengancam kebahagiaan orang lain.

“Jika rapat dengan seseorang lelaki, kita dilabel cuba merampas suami mereka. Jika tidak pun kebaikan kita disalah erti, mereka mengambil kesempatan terhadap kita.

“Hanya Allah tempat saya mengadu. Setiap hari saya akan berdoa semoga Allah temukan saya dengan orang baik-baik dan dijauhkan orang yang berniat tidak baik. Tapi sekiranya saya terlalu memikirkan pandangan masyarakat terhadap saya, bagaimana dengan masa depan anak-anak saya.

“Saya tidak boleh terperuk di rumah semata-mata takut berdepan dengan masyarakat. Dalam diri, saya berpegang pada fikiran positif, buat sesuatu itu kerana Allah dan demi anak-anak,” katanya yang mendapat pekerjaan baru di Syarikat Pharmaniaga Berhad, Shah Alam sebagai Penolong Pusat Panggilan, Negeri Sembilan.

Dalam pada itu Zuraini bersyukur kerana mempunyai pekerjaan tetap berbanding ibu tunggal lain yang tidak bekerja. Manakala pesan suami tersimpan erat di hati, iaitu memberikan yang terbaik untuk anak-anak, mendidik mereka dengan ilmu dunia dan akhirat.

Menyedari kos menampung perbelanjaan buat anak-anak bukan sedikit dia mencari wang sampingan dengan menjual kek dan biskut. Hasil jualan bersama wang pencen suami digunakan untuk perbelanjaan pengajian anak-anak.

“Kemahiran yang saya peroleh ini sebenarnya didorong oleh arwah suami. Anak-anak saya suka makan kek lapis dan biskut. Arwah suami menghantar saya mengikuti kursus untuk mendapatkan kemahiran itu dan akhirnya saya gunakan untuk mencari wang tambahan. Nasihat saya, jika ibu tunggal ada kemahiran eloklah dijadikan sumber pendapatan. Lakukan dengan ikhlas, insya-Allah, Allah akan bantu,” katanya.

Kini mendung berarak lalu. Hidup Zuraini tidak lagi dihimpit kesedihan malah dia bangga anak-anak sudah dewasa dan berjaya dalam hidup. Anaknya Mohd Hafnizam, 31, ketika ini bekerja sebagai pengurus syarikat swasta; Mohd Hafrizal, 27, Penyelenggara di Proton; Nita Fasrina,

22, bekerja di bahagian kewangan di Pharmaniaga Berhad sementara Muhammad Haffief Radri, masih menuntut di Institut Kemahiran MARA, Jasin.

Menantu pun ibu tunggal

Hanya ibu tunggal yang faham perasaan ibu tunggal lain. Kerana itulah Zuraini merestui hasrat anak sulungnya yang mahu menamatkan zaman bujang bersama seorang ibu tunggal anak dua.

Kini Zuraini bahagia mendapat gelaran nenek sejurus anaknya selamat diijabkabulkan. Mengakui tidak mudah baginya menerima bakal menantu, namun Zuraini tidak mahu menjadi penghalang kebahagiaan anak.

“Selepas solat istikharah, saya yakin jodoh anak saya adalah yang terbaik buatnya. Saya ibu tunggal, saya faham apa yang menantu saya rasa. Restu saya mengiringi perkahwinan mereka,” kata Zuraini yang turut membuka pintu hatinya jika ditemukan jodoh kali kedua.

Wanita & Bisnes

Wan Asmira selesa beri tumpuan pada bisnes online

Menjadikan diri sendiri sebagai testimoni dengan hasil memberangsangkan membuatkan anak jati Kuala Krai, Kelantan ini mencuba nasib menceburkan diri dalam bidang perniagaan.

Justeru, tidak hairanlah anak sulung daripada 12 orang beradik ni nekad mengambil keputusan berhenti kerja di sebuah syarikat. Menyingkap awal penglibatannya sebagai stokis produk kecantikan dan penjagaan kulit Dnars Skincare, ujar Wan Asmira Wan Aziz, ia bermula selepas dia diperkenalkan oleh rakan-rakan tentang produk berkenaan.

“Ketika itu, kulit muka saya berjerawat. Alhamdulillah bila saya cuba produk ini ternyata ia serasi dengan kulit wajah saya. Dari situ saya tergerak hati untuk cuba menjalankan perniagaan ini. Saya bermula dari bawah iaitu menjadi ejen selepas itu pengedar dan seterusnya menjadi stokis,” ungkapnya membuka bicara.

Kegigihan wanita berusia 31 tahun ini merangka perjalanan perniagaannya dengan bermula secara online membuahkan hasil cukup lumayan.

“Saya bertuah kerana pihak Dnars banyak membantu terutama dari segi pemasaran produk. Jadi saya sebagai stokis sebaik mungkin menjualnya ke pasaran. Tambahan pula produk ini semakin hari semakin dikenali. “Semua urusan saya lakukan sendiri dengan dibantu oleh suami yang banyak memberi sokongan kepada saya meneruskan perniagaan ini,” tutur isteri kepada Mohd Fakrul Ahmad ini lagi.

Penerimaan positif

Empat tahun bersanna rangkaian produk Dnars, ternyata wanita ini yang senang disapa Mira cukup memahami rencah dunia perniagaan. Menurutnya, awal kemunculan produk berkenaan kurang mendapat sambutan berikutan belum dikenali secara meluas.

“Peringkat awal memang sukar tapi Alhamdulillah, produk ini makin dikenali. Produk cepat laris dan selalu sahaja kehabisan stok. Mereka yang menggunakan produk ini kebanyakannya memberi respons positif.

“Selain menjual, saya turut memberi khidmat runding kepada pelanggan berhubung produk ini. Setakat ini tiada komen negatif berhubung produk ini.

Lagi pula ia sangat sesuai kepada semua golongan termasuk lelaki. Daripada remaja hinggalah kepada dewasa, produk ini sesuai digunakan mengikut jenis muka.

“Dengan harga serendah RM12.90 untuk sabun muka sehinggalah RM99.90 untuk jenis Puteh Pitera, ia sememangnya berpatutan dan mampu dibeli oleh sesiapa sahaja,” katanya sambil menyifatkan pemasaran daripada cakap-cakap orang turut menyumbang kepada penjualan produk ini di pasaran.

Impi buka kedai sendiri

Dengan keuntungan bulanan mencecah lima angka, jelas Mira lagi, dia turut mengimpikan mempunyai premis perniagaan sendiri.

“Rancangan ke arah itu memang ada namun buat masa sekarang, saya selesa memberi tumpuan kepada online. Insya-Allah dalam tempoh masa tiga hingga empat tahun lagi, saya akan menubuhkan kedai sendiri,” ujarnya yang menyasarkan pasaran bagi kawasan Kota Kemuning dan Subang Jaya.

Adat setiap perniagaan pasti ada pasang surutnya. Namun bagi Mira, segalanya dihadapi dengan tenang dan profesional.

“Selalu perang harga antara cabaran yang saya hadapi. Lebih-lebih lagi menerusi perniagaan online ini, saya berhadapan dengan ramai rakan pesaing. Selain memberi penerangan jelas berhubung produk, kadangkala harga yang lebih murah dari yang sepatutnya dijual memberi cabaran kepada saya untuk mengembangkan perniagaan ini.

“Namun itu bukan masalah besar kerana saya percaya setiap orang ada rezeki masing-masing. Alhamdulillah, produk ini terus mendapat sambutan menggalakkan daripada pengguna di luar sana.

“Cumanya kadangkala berhadapan dengan masalah daripada syarikat kurir yang lewat membuat penghantaran adalah risiko yang perlu saya hadapi. Mujur kebanyakan pelanggan memahaminya,” ujarnya sambil menjelaskan produk tersebut mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.

Keranamu

Shahizan belajar fahami kehendak pelajar

Cabaran mengajar subjek Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar membuatkan Shahizan Selamat, 26, jatuh cinta dengan subjek berkenaan. Bermacam kejadian terpaksa ditempuh bagi membolehkannya menghasilkan pelajar-pelajar cemerlang subjek Bahasa Melayu dalam peperiksaan PMR.

Selain daripada mengajar subjek bukan opsyen, saya pernah diuji dengan perwatakan pelajar yang pelbagai seperti tidur dalam kelas, bising semasa proses pengajaran dan pembelajaran yang ada kalanya menguji kesabaran saya sebagai guru. Namun, saya percaya guru yang baik akan menghasilkan pelajar yang baik juga.

“Oleh itu, saya selalu berbincang dengan rakan-rakan guru cara untuk mengawal kelas dan berkongsi pengalaman mereka berhadapan dengan kerenah pelajar yang pelbagai. Pelajar di sekolah umpama anak-anak kita di rumah. Mereka perlukan kasih sayang, tunjuk ajar dan teguran yang membina.

“Sebagai guru ketegasan itu perlu tetapi perlu diselangi dengan kelembutan untuk mengelakkan pelajar jemu dengan gaya pengajaran kita dan membuatkan mereka bosan berada di dalam kelas,” terang guru di SMK Taman Bukit Indah, Johor Bahru.

Tahun pertama ditempatkan sebagai guru tetap di SMK Taman Bukit lndah, Johor Bahru iaitu sekitar Mei 2012, dirinya dipagut kebimbangan. Tanggungjawab menggalas jawatan Setiausaha Peperiksaan Dalaman dan perlu mengambil alih empat buah kelas peperiksaan serta mengajar 26 waktu Bahasa Melayu nnembuatkan hatinya gusar. Amanah itu cukup besar buatnya, namun berbekal semangat dan tunjuk ajar daripada guru-guru senior, dirinya mampu mengatasi kepayahan.

“Mengajar pelajar menengah rendah dan menengah atas memerlukan saya membawa perwatakan yang pelbagai apabila berada di dalam kelas. Jika berada di dalam kelas pelajar menengah rendah, saya perlu bersikap tegas dan menetapkan peraturan yang mesti diikuti memandangkan pelajar ini masih mempunyai sifat keanak-anakan.

“Kadang kala, jika saya lihat ‘mood’ pelajar agak suram pada hari tersebut saya perlu menjadi pelawak di dalam kelas untuk memastikan mereka bersedia untuk belajar. Hal ini berbeza dengan pelajar menengah atas yang memerlukan saya menjadi kawan rapat mereka dan berbual seperti seorang rakan dan ada kalanya untuk menarik perhatian pelajar memerlukan saya berpakaian cantik setiap hari.

“Seperti yang saya katakan awal tadi, generasi sekarang memang tidak sama dengan zaman kita, pelajar hari ini ada kalanya akan lebih berminat belajar sekiranya nnelihat guru mereka berpakaian kemas dan cantik. Personaliti guru juga sangat memainkan peranan untuk menarik minat pelajar di dalam kelas,” akui ibu kepada dua orang anak, Muhammad Hafiz Syazwan, 4 dan Qaseh Nur Qistina. 2 tahun.

Beza guru generasi Y

Tambahnya, menjadi guru kepada pelajar yang dikenali sebagai Generasi Y ini sangat berbeza jika dibandingkan semasa dirinya menjadi pelajar dulu. Guru perlu sentiasa peka dengan perubahan dasar pendidikan dan kesediaan guru untuk merealisasikan Pelan Pennbangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013 – 2025).

Guru pada hari ini bukan sahaja berperanan sebagai pendidik tetapi juga perlu menjalankan tanggungjawab lain di luar bidang tugas mereka dan ada kalanya perlu mengorbankan masa dan tenaga. Tugas guru bukan sahaja melibatkan aktiviti di dalam sekolah malah turut melibatkan komuniti di luar sekolah.

“Saya yakin, semua tugas dan tanggungjawab ini jika kita ambil sebagai amanah insya-Allah kita tidak akan terasa bebannya malahan akan berasa seronok berada di dalam dunia pendidikan.

“Saya percaya semua yang bergelar guru sangat komited dengan tugas yang diberikan dan mempunyai visi yang sama iaitu ingin melihat murid menjadi sebagai insan cemerlang dan seimbang daripada aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sahsiah.

“Kepelbagaian cara pengajaran dalam kelas harus dilaksanakan untuk memastikan teknik pengajaran yang digunakan dapat memenuhi enam ciri pelajar yang ingin diterapkan dalam PPPM 2013 – 2025 tercapai,” ujar anak kelahiran Johor Bahru ini lagi.

Ambil pembaharuan sebagai cabaran

Guru kala ini bukan sahaja mengajar di dalam kelas malah perlu berhadapan dengan pelbagai tugasan di luar bilik darjah. Shahizan mengakuinya guru-guru juga perlu memberi tumpuan terhadap tugas-tugas dokumentasi melebihi tugas mendidik.

Pelbagai tugasan dan pengisian secara ‘online’ menuntut pengorbanan masa malah ia juga menjadi isu besar yang hangat diperkatakan di media sosial. Perubahan daripada cara ‘chalk and talk’ kepada ‘interactive learning’ dan pengisian aplikasi atas talian yang pelbagai dan berulang kali disebabkan pertindihan maklumat boleh mendatangkan bebanan kepada guru apabila sistem ini sering tergendala.

“Saya sedar dan faham hasrat KPM adalah ingin melihat pendidikan di Malaysia bertaraf dunia lantaran itu pelbagai pembaharuan dilakukan untuk memastikan kemampuan pelajar dapat ditingkatkan semaksimum mungkin.

“Namun, tidak semua pembaharuan itu ada kalanya dapat diterima oleh semua pihak dan tidak semua pembaharuan itu boleh dilaksanakan secara menyeluruh. Sebagai guru yang bernaung di bawah KPM saya juga berhasrat merealisasikan setiap visi KPM. Mudahnya saya boleh katakan adalah sebagai guru kita perlu mengambil semua cabaran ini sebagai sesuatu yang positif dan melaksanakan arahan yang diberikan dengan berpegang teguh kepada prinsip amanah,”luahnya.

Meski ada tekanan namun katanya sepanjang bergelar guru setiap hari adalah pengalaman manis buat dirinya apatah lagi ketika bersama pelajar-pelajar di dalam kelas. Di situ, Shahizan belajar memahami mereka, belajar mengenali kehendak mereka, menjadi pendengar, merasai kekosongan jiwa mereka dan melihat mereka berjaya.

Pelajar adalah segalanya bagi seorang yang bergelar guru tanpa pelajar tiadalah guru. Kejayaan pelajar pastinya menjadi kenangan terindah buat setiap guru. Itulah yang dirasai olehnya apabila anak didiknya dapat beramal dengan ilmu yang disampaikan.

Srikandi

Ayah inspirasi Norhafizah sertai Rela

Melihat si ayah segak dengan uniform tentera semasa zaman kanak-kanaknya membuatkan wanita ini memendam impian tampil bergaya dengan uniform sama.

Justeru, selepas tamat persekolahan, Norhafizah Abd Rashid, 29, membuat keputusan memasuki pasukan tentera namun hasratnya terbantut selepas si ayah tidak mengizinkannya.

Meski terpaksa menyimpan impian jauh di sudut hatinya, Norhafizah tidak sesekali menyalahkan bapanya itu kerana dia memahami kerisauan si bapa terhadap satu-satunya anak perempuan tunggal dalam keluarga.

“Sehinggalah ayah bersara pada tahun 1999 dan menyertai pasukan Rela tahun berikutnya, saya turut sama memohon untuk bersama Rela pula. Namun reaksi ayah tetap sama, tidak mengizinkan saya menyertai pasukan beruniform,” sannbungnya lagi.

Menimba pengalaman dengan melakukan pelbagai kerja nyata tidak memberi kepuasan kepada wanita yang berasal dari Muar, Johor ini. Minat terhadap badan beruniform terus subur menyebabkan hatinya meronta-ronta mahu menyarungkan pakaian seragam.

“Dek kerana minat, saya terus memohon memasuki pasukan Rela dan akhirnya ia tercapai pada tahu 2007. ltu pun selepas ayah meninggal dunia akibat angin ahmar. Kiranya ayah tidak sempat melihat saya menyarungkan pakaian seragam.

“Namun itu bukan bermakna saya tidak menghormati keputusannya sebelum ini cumanya saya mahu mengejar apa yang begitu saya inginkan sebelum ini,” jelas anak kedua daripada lima orang beradik ini.

Momen indah gamit kenangan

Kini, tatkala usia perkhidmatan mencecah enam tahun, Norhafizah cukup puas dengan kerjayanya meski kadang-kadang kekangan masa mewujudkan rasa bersalah terhadap puteri tunggalnya, Noraleeya Maisarah, sembilan tahun.

Paling terkesan pada saat dia hampir terpijak besi konkrit semasa mengejar Pendatang Asing Tanpa lzin di tapak pembinaan sekitar Alam Damai dalam operasi bersama lmigresen pada tahun 2011.

“Sekiranya rakan yang berada di belakang ketika itu tidak menjerit nama saya, pasti tapak kaki saya sekarang ini sudah mempunyai kesan tusukan besi tersebut. Apa pun saya bersyukur kerana tidak mengalami kecederaan ketika itu. Maklumlah ketika menjalani operasi, pasti ada risiko. Tambahan pula dengan keadaan gelap gelita,” jelasnya yang aktif dengan Kawalan Kehormatan Pasukan Rela (KKPR).

Tidak cukup dengan itu, kongsi Norhafizah yang kini menyandang gelaran Koperal Tadbir, insiden dirempuh sekumpulan warga asing ketika melakukan Operasi Pemutihan di Stadium Bola Sepak Cheras pasti dikenang sampai bila-bila.

“Faham-faham sahajalah bentuk fizikal warga asing dari Bangladesh. Sampai terjatuh saya dibuatnya dan muka tersembam ke jalan. Sakitnya tidak boleh digambarkan.

“Namun semua cabaran itu saya jadikan pengalaman yang membuatkan saya lebih berhati-hati dan bersemangat pada masa mendatang. Nah, siapa cakap pasukan Rela kerjanya mudah? Justeru, apabila ada cakap-cakap memandang rendah pasukan ini, mereka sebenarnya salah,” ujarnya sambil menambah kerja Rela bukan tertumpu kepada kerja sukarela semata-nnata.

Ibu beri dorongan

Pernah menjadi peserta terbaik dalam nyanyian dalam pasukan itu, Norhafizah yang kini bertugas di Depot imigresen Bukit Jalil, menyifatkan ibunya, Royah Hamid sebagai sumber inspirasi bukan sekadar dalam kerjayanya bahkan kehidupannya.

“Mak banyak beri saya dorongan dan semangat. Selalu saya ingat kata-kata mak walaupun kita perempuan, namun kita juga boleh lakukan perkara yang lelaki boleh buat. Banyak sekali kata-kata mak membuatkan saya jadi lebih kental.

“Mak selalu menasihatkan saya berani melangkah ke hadapan dan jangan biarkan sesiapa membuli saya. Sedikit sebanyak saya bangkit melawan emosi dan pengalaman lalu menjadikan siapa saya sekarang ini,” ujarnya sambil nnemberitahu ibunya dan seorang adiknya, Mohd Hasrul Nizam turut berkhidmat bersama pasukan Rela.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s