Teks untuk Podcast 2014 006

Podcast 2014 006, merupakan rakaman audio terjemahan bebas sebuah rencana berbahasa Inggeris daripada akhbar the Star 1 Januari 2014 dan teks terjemahannya adalah seperti berikut:

Pelajar cacat penglihatan berusaha menjadi ‘ tulang belakang ‘ keluarga

HEPEI : Liu Wei yang berusia dua puluh tiga tahun dengan mahir mengurut kaki rakan sekelas beliau di dalam sebuah kelas di Provinsi Anhui Timur China dalam latihan sebagai tukang urut buta.

Liu, yang mengalami glaukoma, berhenti belajar di universiti dua tahun lalu dan mendaftar di Sekolah Menengah Pendidikan Khas Anhui pada 2012 untuk pendidikan profesional menjadi tukang urut buta selama tiga tahun .

“Saya cuba belajar dalam jurusan perdagangan antarabangsa di Universiti Anhui Xinhua. Walau bagaimanapun, dengan penglihatan yang semakin teruk, saya menghadapi masalah serius membaca buku dan pergi ke sekolah khas untuk mendapat peluang pekerjaan yang lebih baik ,” kata Liu.

Liu berkata kelas beliau kini termasuklah penjagaan diri, bahasa Cina, perubatan tradisional Cina dan amalan urut buta. Beliau juga gemar aktiviti kurikulum seperti senaman, muzik dan membaca puisi.

“Saya benar-benar berterima kasih kepada guru-guru yang berada di sekolah ini, yang memberi saya peluang kedua untuk memulakan hidup kembali dan tidak menjadi beban kepada keluarga saya,” katanya.

“Selepas tamat pengajian , saya ingin memulakan perniagaan urut buta saya sendiri dan membantu lebih ramai orang buta menjadi tulang belakang masyarakat. “

Ditubuhkan pada tahun 2008 , sekolah ini memberi tumpuan utama mendidik anak-anak kurang upaya, termasuk mereka yang kurang upaya penglihatan, pendengaran dan kecacatan badan. Kadar graduan yang berjaya bekerja adalah lebih tinggi daripada 95% , kata Ye Yun, seorang guru kanan di sekolah itu.

“Kursus utama kami termasuklah urut buta, membaiki telefon bimbit dan rangkaian pemasaran , yang akan membantu mereka bukan sahaja mendapat latar belakang pendidikan tetapi juga persijilan profesional. Di tahun akhir pengajian, pelajar-pelajar berpeluang menjalani latihan di pelbagai syarikat berdasarkan minat mereka, ” Ye menambah .

Banyak syarikat, misalnya di dalam industri pakaian, elektronik dan urut, mahu “mengambil” pelajar-pelajar itu, kerana mereka lebih berdedikasi dan mempunyai harapan yang munasabah mendapat pendapatan, kata Ye.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s